Marriott International Tandatangani Persefahaman Bersama IOI Porperties Untuk Portfolio Hotel Di Malaysia

Share

Hari ini, Marriott International mengumumkan pihaknya telah menandatangani perjanjian persefahaman bersama IOI Properties Group, syarikat pembangunan hartanah terkenal bagi Tribute Portfolio hotel di Malaysia.

Di bwah perjanjian ini, Palm Garden Hotel yang memiliki sebanyak 151 buah bilik dijangka akan dijenamakan semula sebagai Marriot International’s Tribute Portfolio berikutan persefahaman strategik ini.

Jelas Ketua Pegawai Pembangunan Asia Pacific Marriot International, Paul Foskey, pihaknya berasa cukup teruja untuk membina kerjasama bersama IOI Properties Group bagi mengembangkan lagi portfolio mereka di Malaysia.

Manakala Timbalan Pengerusi Eksekutif IOI Properties Group, Lee Yeow Seng pula berkata segmen santai dan perkhidmatan hospitaliti bagi yang bakal diperkenalkan mampu memberikan kepuasan bertaraf antarabangsa kepada pengguna.

“Ia selari dengan strategi perniagaan kami untuk menawarkan kecemerlangan serta mencipta nilai tinggi untuk pemegang saham dan juga membangunkan komuniti yang mampan. Marriot International mempunyai reputasi yang cukup baik dalam memberikan servis berkualiti. Komitmen inilah yang mampu memberikan refleks yang cukup baik untuk kerjasama di antara IOIPG dan Marriot International,” tambahnya lagi.

Terletak di antara IOI Resort City Palm Garden Golf Club, hotelini bakal menyaksikan proses renovasi yang akan bermula dengan Palm Garden Hotel, Putrajaya.

Untuk maklumat lanjut anda boleh kunjungi https://www.ioiproperties.com.my/ioi-resort-city-putrajaya/palm-garden-hotel.

IKLAN