Masjid Lukisan Hamidiye Camii Di Turki

Share

Masjid kecil cantik ini terletak di tengah bandar Kırşehir, Turki. Masjid ini menarik perhatian dengan rekaan dalaman menarik. Siling dilukis langit dan awan yang cantik, ruang utama imam dilukis air terjun yang indah, pokok-pokok di antara tingkap dan permaidani seakan rumput.


Pandangan 360 dalam masjid. Guna handphone, gerak kiri/ kanan. PC,klik untuk interaksi

Sejarah
Dibina pada 1910 semasa pemerintahan Kalifah Uthmaniah di kejiranan Yenis dari Kırşehir dan diberi nama sempena Kalifah Islam, Amir al-Mu’minin Sultan Abdülhamid II Khan. Selepas beberapa dekad, masjid ini terbiar usang dan rosak. Kemudian diroboh dan dibina baru Hamidiye Camii di tapak sama.

Pemuliharaan
Motif artistik dilukis oleh arkitek Azerbaijan, dan menarik perhatian dunia bagi melihat sendiri keindahan dalaman masjid serta bersolat.
Imam masjid; Sefa Ekinci berkata ” Semasa saya ditugas di masjid ini, saya mengkaji sejarahnya dan mengikuti pembinaan baru masjid. Pembina masjid mendapat ilham dari ayat 22 surah al-Baqarah yang bermaksud

 

“(Allah) yang telah menjadikan untuk kamu akan bumi sebagai hampar­an dan langit sebagai kanopi, dan diturunkanNya air dari langit (hujan), maka keluarlah dengan sebabnya buah-buahan, rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu adakan bagi Allah sekutu-sekutu, padahal kamu mengetahui.”

Bahagian luaran masjid
seolah berada dalam taman
ringkas cantik
berasa tenang
lukisan kecantikan alam
IKLAN