Nampaknya pengunjung akan mempunyai banyak pilihan untuk berseronok di taman tema apabila Melaka bakal mempunyai taman tema bertaraf dunia yang dijangka buka pada 2026. Dikatakan projek ini menelan belanja RM1.5 bilion.
Wow, nampaknya selepas ini pasti ramai berpusu-pusu di negeri bersejarah ini untuk menikmati kesenokan percutian.
Dalam satu kenyataan akhbar semalam, Projek Pembangunan Pulau Satu (PME1) Melaka Gateway akan diteruskan selepas kerajaan negeri menyerahkan semula projek berkenaan kepada KAJ Development (KAJD) Sdn Bhd pada 23 Februari lalu.
Exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, menerusi perjanjian yang ditandatangani itu, KAJD diberikan peluang dan sokongan oleh kerajaan negeri untuk merealisasikan projek berskala mega membabitkan kos RM15.6 bilion dalam tempoh enam tahun.
Menurutnya, ia akan dimulakan dengan pembinaan Terminal Kapal Pelayaran Antarabangsa (MICT) yang dijangka siap dalam tempoh 15 bulan dengan jumlah pelaburan disalurkan sebanyak RM1.5 bilion.
Ads
Beliau berkata, KAJD turut diberikan kelulusan untuk membangun dan meneruskan operasi terminal 'cruise' dalam lingkungan Zon Ekonomi Waterfront Melaka (M-WEZ).
"Projek Melaka Gateway akan membentuk sebahagian daripada pembangunan M-WEZ yang dirancang kerajaan negeri di sepanjang kawasan seluas 1781.9 hektar dari Pelabuhan Tanjung Bruas ke Umbai, Jasin.
"PME1 juga bakal menyaksikan kemunculan taman tema moden bertaraf dunia yang akan menarik kira-kira 5 juta pengunjung setiap tahun dengan jumlah pelaburan RM1.5 bilion yang dijangka siap awal tahun 2026," katanya kepada pemberita selepas melawat projek Melaka Gateway di Pulau Melaka pada Selasa.
Ads
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif KAJD, Datuk Michelle Ong dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu.
Mengulas lanjut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara berkata, usaha mengambil kesepakatan bagi menyelesaikan kemelut antara KADJ dan kerajaan negeri di luar mahkamah bagi menggalak dan merancakkan sektor pertubuhan ekonomi negeri selain yakin syarikat pemaju itu dapat menyiapkan projek sebagaimana dijadualkan.
Ads
Dalam pada itu, Ab Rauf berkata, PME1 akan menyumbang lebih daripada RM32.5 bilion kepada Pertubuhan Dalam Negeri Kasar Melaka dengan unjuran impak berganda hampir RM310 bilion.
Menurutnya, ia juga akan memberi limpahan rezeki dan menawarkan 11,470 peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.
"Setelah siap nanti keseluruhan Projek Melaka Gateway akan menyumbang lebih daripada RM125 bilion kepada Pertumbuhan Dalam Negeri Kasar Melaka.
"Projek mega ini akan memberi impak besar terhadap landskap ekonomi Melaka," ujarnya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tragedi letupan di Lebanon yang lalu mengingatkan setengah-setengah rakyat Malaysia kepada satu tragedi yang hampir sama yang pernah berlaku di Malaysia terutama bagi penduduk Sg Buloh.
Tragedi letupan dan kebakaran kilang mercun Bright Sparklers merupakan tragedi letupan kilang mercun serta bunga api yang berlaku di Sungai Buloh, Selangor pada 7 Mei 1991 jam 3.45 petang. Kilang mercun berkenaan dipercayai terbakar dan menghasilkan letupan gergasi yang boleh didengari sejauh 7km daripada tempat kejadian. Sejumlah 26 mangsa telah terkorban dan sebanyak 83 mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian ini. Letupan ini telah meranapkan sebanyak 200 kediaman penduduk di sekitar kilang tersebut serta tingkap-tingkap rumah di sekitar kawasan Sungai Buloh sehingga bandar Seri Menjalara dan Selayang pecah.
Kekuatan letupan dan kesan kemusnahan yang dihasilkan berikutan ledakan menggegarkan itu diibaratkan seakan-akan peristiwa bom atom dijatuhkan pesawat Amerika ke wilayah Jepun itu pada Perang Dunia Kedua. Bunyi letupan itu begitu menakutkan, ia menggegarkan kawasan sekeliling menyebabkan banyak rumah runtuh atau terbakar. Bukan sekadar rumah saja, beberapa kilang termasuk kilang makanan haiwan, kilang papan dan kilang bahan pewarna makanan yang berada berdekatan turut terbakar. Berpuluh kenderaan termasuk kereta dan motosikal musnah.
Selepas siri letupan semakin berkurangan, kedengaran raungan dan jeritan kesakitan memecah suasana sekitar. Berpuluh mangsa berlumuran darah merah manakala ratusan orang ramai mula memenuhi kawasan kejadian untuk mencari sanak-saudara yang dikhuatiri menjadi mangsa tragedi.
Punca Tragedi Letupan:
Satu persatu kisah yang terselindung di sebalik tragedi letupan kilang Bright Sparklers itu mula terbongkar. Kilang mercun dan bunga api itu disahkan beroperasi secara haram sejak 1978. Siasatan juga mendapati kebakaran di kilang mercun itu disahkan berpunca daripada bahagian makmal yang menjalankan kerja-kerja menguji mercun yang siap untuk dipasarkan.
Kesan daripada tragedi letupan kilang Bright Sparklers:
Perubahan dasar di Peringkat Kebangsaan. Kilang-kilang bunga api di seluruh Malaysia terpaksa ditutup akibat pengharaman bunga api.
Unit HAZMAT telah diwujudkan pada 29 Oktober 1992.
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 telah diluluskan di Parlimen.
Takziah kepada semua mangsa yang terlibat.
image via google | Sumber: Public Health Malaysia
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tahun 2020 bakal memberi perkhabaran gembira buat tiga buah bandar di Malaysia kerana bakal diiktiraf sebagai Bandaraya baru. Tiga bandar dijangka bakal berstatus Bandaraya adalah Kuantan, Seremban dan Subang Jaya.
Ikuti perkongsian daripada sumber facebook saudara Zulkifli Marzuki
Bagaiamana Pemilihan Sesebuah Bandaraya
Dewan atau Bandaraya merupakan hierarki tertinggi bagi sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Buat masa ini terdapat 14 buah bandar atau PBT yang diiktiraf berstatus Bandaraya di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya, Georgetown, Johor Bahru, Ipoh, Melaka, Kuching, Kota Kinabalu, Alor Setar, Miri, Kuala Terengganu, Iskandar Puteri dan terkini Seberang Perai.
Penentuan status Bandaraya ini tertakluk kepada beberapa syarat, pekeliling dan juga Akta yang membentuk sesebuah PBT seperti Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) di Semenanjung, Akta Ibukota Persekutuan (DBKL) dan Ordinans (Sabah & Sarawak). Pemberian status Bandaraya ini juga berdasarkan penilaian dan syor KPKT di peringkat Persekutuan dan SUK Negeri sebelum dibawa untuk kelulusan Kabinet sebelum watikah pengisytiharan ditandatangani oleh DYMM Agong.
Berdasarkan Pekeliling yang ditetapkan oleh KPKT, terdapat 11 kriteria untuk melayakkan sesebuah PBT dinaiktaraf sebagai Bandaraya.
Meliputi pusat pentadbiran negeri;
Jumlah penduduk tidak kurang 500,000;
Jumlah hasil tahunan melebihi RM100 juta daripada sumber kewangan secara ‘fiscal sustainable’ dan seimbang;
Berupaya menyediakan perkhidmatan pada tahap tinggi termasuk hasil kutipan hasil, kelulusan pembangunan, penguatkuasa dan lain-lain fungsi PBT serta mempunyai organisasi yang mantap serta kakitangan yang berkebolehan menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan;
Penekanan kepada pembangunan bandar secara ‘sustainable development’ dan usaha-usaha menangani isu perbandaran. Indikator bandar mampan seperti ditekankan dalam ‘Malaysia Urban-Rural National Indicators Network for Sustainable Development’ (MurniNets) akan diambilkira;
Pembentukan imej dan identiti sesuai dengan fungsi bandar dan budaya nasional yang melambangkan sejarah termasuklah memelihara bangunan warisan;
Mempunyai pusat perindustrian, institusi kewangan dan kemudahan menjalankan perniagaan dan perdagangan bagi menarik pelabur, termasuklah perhotelan bagi menggalakkan pelancong dan urusan perniagaan dengan tumpuan kepada sektor perkhidmatan dan aktiviti ekonomi yang mempunyai nilai tambah;
Mempunyai instituti pendidikan yang lengkap termasuklah universiti dan kolej, maktab, muzium dan perpustakaan awam;
Pusat aktiviti kebudayaan, acara sukan dan riadah serta konvensyen di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
Mempunyai kemudahan infra dan utiliti yang cukup termasuklah taman awam yang mesra OKU, kemudahan pengangkutan awam, sistem pengurusan lalulintas dan rangkaian jalanraya yang cekap serta perkhidmatan ICT; dan
Mendapat pengiktirafan tertentu di peringkat kebangsaan atau antarabangsa sejajar sebagai status sebuah bandaraya.
(Walau begitu, terdapat sesetengah bandaraya tidak menggunakan kriteria ibu negeri dan beberapa kriteria lain atas faktor-faktor tertentu).
Tiga (3) buah bandar yang dijangka berstatus Bandaraya pada tahun hadapan adalah:
Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)
Merupakan ibu negeri Pahang selepas pusat pentadbiran negeri berpindah dari Kuala Lipis pada tahun 1976. Mempunyai penduduk yang diunjurkan berjumlah 517,200 pada tahun 2015 dan 590,621 pada tahun 2020 (RTD Kuantan 2035 Pengubahan). Kuantan sebenarnya dari awal telahpun memenuhi kriteria sebagai Bandaraya namun cadangan tersebut ditangguhkan oleh Kerajaan Negeri bagi melihat secara teliti kesediaan infrastruktur dan kemudahan serta implikasi terhadap kos sara hidup penduduk. Walau bagaimanapun berdasarkan maklumat, Kuantan telahpun mendapat kelulusan kabinet dan hanya menunggu masa untuk diisytiharkan sebagai sebuah Bandaraya. Mungkin secara kebetulan, watikah yang akan ditandatangani oleh DYMM Agong yang juga berasal dari Negeri Pahang akan memberi lebih makna kepada pengisytiharan ini nanti.
Majlis Bandaraya Seremban (MBS)
Cadangan menaiktaraf Majlis Perbandaran Seremban kepada Bandaraya seperti yang diketahui sepatutnya pada Januari 2019 namun ditangguhkan sehingga awal 2020 bagi tujuan pemindahan pejabat ke bangunan baharu serta bagi tujuan penstrukturan semula pentadbiran sedia ada yang akan bergabung dengan Majlis Perbandaran Nilai. Penubuhan Bandaraya ini akan menjadikan keseluruhan daerah Seremban di bawah satu Pihak Berkuasa Tempatan. Penggabungan ini dijangka akan memberi kelebihan kepada usaha Kerajaan Negeri merancakkan pembangunan Malaysian Vision Valley (MVV) sehingga tahun 2045.
Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
Subang Jaya pula dijangka diisytiharkan sebagai Bandaraya pada tahun 2020 dan diikuti oleh Klang. Kertas kerja berkaitan cadangan naik taraf ini sebenarnya telah diteliti dan diulas pada tahun 2016 termasuklah cadangan naik taraf Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan Kuala Langat. Sebagai sebuah bandar yang mempunyai penduduk terpadat di Malaysia berdasarkan banci penduduk 2010 walaupun hanya berkeluasan 16,187.68 hektar, Subang Jaya sememangnya mempunyai pelbagai kemudahan dan infrastruktur yang mencukupi dan layak untuk diiktiraf serta bersedia menggalas tanggungjawab sebagai sebuah PBT berstatus Bandaraya selaras dengan keperluan kualiti perkhidmatan yang perlukan oleh penduduk di dalamnya dan seiring dengan perancangan Draf Rancangan Tempatan Subang Jaya 2035 yang menunggu proses seterusnya sebelum diwartakan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Air New Zealand diumumkan sebagai syarikat penerbangan terbaik dunia untuk tahun 2020 akan datang oleh portal web penilai produk dan keselamatan dunia di AirlinesRantings.com
Anugerah Kecemerlangan Syarikat Penerbangan AirlineRatings.com dinilai oleh tujuh editor yang mempunyai banyak pengalaman industri, menggabungkan audit-audit utama keselamatan dan kerajaan dengan 12 kriteria utama merangkumi umur pesawat, ulasan penumpang, keuntungan, penarafan pelaburan, penawaran produk dan hubungan kakitangan.
Berikut senarai penuh 20 syarikat penerbangan terbaik dunia 2020.
1. Air New Zealand (Permium Kelas Ekonomi Terbaik.
2. Singapore Airlines
3. All Nippon Airways
4. Qantas (Perkhidmatan Terbaik Penerbangan Domestik, Lounge Terbaik)
5. Cathay Pacific (Penerbangan Jarak Jauh Terbaik Eropah)
6. Emirates (Hiburan Dalam Penerbangan Terbaik, Penerbangan Jarak Jauh Terbaik Timur Tengah)
7. Virgin Atlantic
8. EVA Air
9. Qatar Airways (Katering Terbaik, Kelas Perniagaan Terbaik)
10. Virgin Australia (Kru Kabin Kelas Ekonomi Terbaik)
11. Lufthansa (Penerbangan Jarak Jauh Terbaik Eropah)
12. Finnair
13. Japan Airlines
14. KLM
15. Korean Air
16. Hawaiian Airlines
17. Bristish Airways
18. Alaska Airlines
19. Delta Airlines (Penerbangan Jarak Jauh Terbaik Amerika)
20. Etihad Airways
Mana satu penerbangan di atas anda pernah cuba?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...