Nampaknya pengunjung akan mempunyai banyak pilihan untuk berseronok di taman tema apabila Melaka bakal mempunyai taman tema bertaraf dunia yang dijangka buka pada 2026. Dikatakan projek ini menelan belanja RM1.5 bilion.
Wow, nampaknya selepas ini pasti ramai berpusu-pusu di negeri bersejarah ini untuk menikmati kesenokan percutian.
Dalam satu kenyataan akhbar semalam, Projek Pembangunan Pulau Satu (PME1) Melaka Gateway akan diteruskan selepas kerajaan negeri menyerahkan semula projek berkenaan kepada KAJ Development (KAJD) Sdn Bhd pada 23 Februari lalu.
Exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, menerusi perjanjian yang ditandatangani itu, KAJD diberikan peluang dan sokongan oleh kerajaan negeri untuk merealisasikan projek berskala mega membabitkan kos RM15.6 bilion dalam tempoh enam tahun.
Menurutnya, ia akan dimulakan dengan pembinaan Terminal Kapal Pelayaran Antarabangsa (MICT) yang dijangka siap dalam tempoh 15 bulan dengan jumlah pelaburan disalurkan sebanyak RM1.5 bilion.
Ads
Beliau berkata, KAJD turut diberikan kelulusan untuk membangun dan meneruskan operasi terminal 'cruise' dalam lingkungan Zon Ekonomi Waterfront Melaka (M-WEZ).
"Projek Melaka Gateway akan membentuk sebahagian daripada pembangunan M-WEZ yang dirancang kerajaan negeri di sepanjang kawasan seluas 1781.9 hektar dari Pelabuhan Tanjung Bruas ke Umbai, Jasin.
"PME1 juga bakal menyaksikan kemunculan taman tema moden bertaraf dunia yang akan menarik kira-kira 5 juta pengunjung setiap tahun dengan jumlah pelaburan RM1.5 bilion yang dijangka siap awal tahun 2026," katanya kepada pemberita selepas melawat projek Melaka Gateway di Pulau Melaka pada Selasa.
Ads
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif KAJD, Datuk Michelle Ong dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu.
Mengulas lanjut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara berkata, usaha mengambil kesepakatan bagi menyelesaikan kemelut antara KADJ dan kerajaan negeri di luar mahkamah bagi menggalak dan merancakkan sektor pertubuhan ekonomi negeri selain yakin syarikat pemaju itu dapat menyiapkan projek sebagaimana dijadualkan.
Ads
Dalam pada itu, Ab Rauf berkata, PME1 akan menyumbang lebih daripada RM32.5 bilion kepada Pertubuhan Dalam Negeri Kasar Melaka dengan unjuran impak berganda hampir RM310 bilion.
Menurutnya, ia juga akan memberi limpahan rezeki dan menawarkan 11,470 peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.
"Setelah siap nanti keseluruhan Projek Melaka Gateway akan menyumbang lebih daripada RM125 bilion kepada Pertumbuhan Dalam Negeri Kasar Melaka.
"Projek mega ini akan memberi impak besar terhadap landskap ekonomi Melaka," ujarnya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kadangkala dengan melihat langit yang luas sahaja boleh menginsafkan kita sebagai insan yang kerdil di bumi Tuhan.
Minggu lalu, seorang jurugambar di Kanada berjaya merakam fenomena cahaya seolah-olah memancar dari permukaan perut bumi ke langit. Foto tersebut berjaya dirakam di bandar Lacombe dan pekan Blackfalds di wilayah Alberta, Kanada.
Jurugambar yang dikenali sebagai Darlene Tanner memberitahu dia sempat merakam ilusi yang dikenali sebagai tiang cahaya (light pillars) ketika suhu di kawasan tersebut menurun di bawah paras suhu beku -30 darjah Celsius. Tiang-tiang cahaya tersebut kelihatan menari secara perlahan dan serentak mengikut hembusan angin.
Fenomena itu dikatakan akan terbentuk ketika zarah-zarah ais atau kristal memenuhi ruangan udara dan memantul semula cahaya daripada sumber luaran termasuk lampu jalan raya.
Tiang cahaya adalah fenomena yang sangat unik dan seringkali berlaku di kawasan bersuhu rendah. Fenomena ini akan terjadi sekiranya cuaca sangat sejuk dengan kehadiran kristal ais dalam udara hadir dalam keadaan berketepatan yang sesuai.
Beberapa keping gambar dikongsi Darlene menunjukkan satu barisan panjang tiang cahaya berwarna kuning dan putih memancar ke langit selepas terkena pantulan lampu jalan raya dan kediaman berhampiran.
Kristal ais akan berperanan seperti sebuah cermin gergasi yang memantul cahaya sama ada ke atas atau bawah sekali gus membentuk tiang cahaya yang kelihatan secara menegak dari jarak jauh.
Menarik bukan? Jika anda ingin menghayati permandangan langit sebegini, apa kata pergi melancong ke negara yang mempunyai suhu di bawah paras beku. Jika bertuah anda pasti dapat melihat fenomena alam ini.
Berikutan pandemik wabak COVID-19 yang telah mengakibatkan sekatan perjalanan oleh beberapa negara, Kumpulan AirAsia akan melaksanakan penggantungan sementara untuk hampir kesemua penerbangan dalam rangkaiannya.
Pengumuman ini dibuat untuk dan bagi pihak, dan seperti yang dipersetujui oleh syarikat-syarikat penerbangan yang dikendalikan di bawah Kumpulan AirAsia dan Kumpulan AirAsia X seperti berikut:
AirAsia (Penerbangan jarak dekat)
AirAsia Malaysia (AK): Penggantungan sementara semua penerbangan antarabangsa dan domestik dari 28 Mac hingga 21 April 2020.
AirAsia Filipina: Penggantungan sementara semua penerbangan dari 20 Mac hingga 14 April 2020 berikutan tempoh kuarantin komuniti di Luzon dan masih beroperasi kawasan lain di negara itu;
AirAsia Thailand (FD): Penggantungan sementara semua penerbangan antarabangsa dari 22 Mac 2020 hingga 25 April 2020, penerbangan domestik masih beroperasi dengan kekerapan lebih rendah.
AirAsia Indonesia (QZ): Mengurangkan jumlah penerbangan antarabangsa, penerbangan domestik masih beroperasi dengan kekerapan lebih rendah.
AirAsia India (I5): Penggantungan sementara semua penerbangan dari 25 Mac untuk tempoh 21 hari berikutan pengumuman kerajaan India untuk menggantung sementara penerbangan domestik di India.
AirAsia X (Penerbangan jarak sederhana dan jauh)
AirAsia X Malaysia (D7): Penggantungan sementara hampir semua penerbangan dari 28 Mac 2020 hingga 31 Mei 2020. (Kod penerbangan D7 hanya terbang ke laluan antarbangsa).
AirAsia X Thailand (XJ): Penggantungan sementara semua penerbangan dari 16 Mac 2020 untuk tempoh tiga bulan; penerbangan DMK-ICN digantung hingga 19 April 2020, (Kod penerbangan XJ hanya terbang ke laluan antarabangsas).
Jika selamat ini hotel menjadi tempat persinggahan sementara bagi melepaskan lelah dan bermalam sebelum berjalan-jalan di kawasan sekitar.
Namun disebabkan pandemik, banyak hotel yang terkesan dengan situasi ini. Malah ada yang terpaksa menutup operasi.
Justeru pelbagai cara dilakukan menjana pendapatan dan salah satunya menyediakaan khidmat rawatan dan pusat kuarantin bagi pesakit Covid-19 terutama berisiko rendah.
Kumpulan hotel jenama tempatan, Royale Chulan Hotels & Resorts bekerjasama dengan Megaklinik Zahran bagi menawarkan khidmat rawatan dan pusat kuarantin untuk pesakit Covid-19 berisiko rendah di Kuala Lumpur.
Pengurus Besar Royale Chulan Kuala Lumpur, Badrul Rezal Baharudin berkata, kerjasama itu diwujudkan selepas melihat pesakit Covid-19 sukar mencari ruang sesuai di dalam rumah bagi mengasingkan diri daripada ahli keluarga yang lain.
Selain itu, katanya, ia bagi mengurangkan kegusaran pesakit bagi mengharungi detik-detik berdepan dengan virus Covid-19.
“Sejumlah 230 kamar lima bintang menawarkan ruang kepada pesakit bagi menjalankan kuarantin dengan lebih selesa. Lebih penting, terdapat pasukan perubatan terlatih untuk memantau tahap kesihatan mereka pada setiap masa.
“Pakej yang disediakan ini termasuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam serta pemeriksaan kesihatan harian sebanyak tiga kali sehari,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Jelas Badrul Rezal, pakej berharga RM250 satu malam itu turut menyediakan perkhidmatan wifi secara percuma kepada pelanggan, selain diskaun sebanyak 20 peratus akan diberi untuk makanan dan minuman yang dihidangkan di bilik pesakit.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh menghubungi Royale Chulan Kuala Lumpur di talian 03-26889688.