
Pastinya penduduk di Paris merindui kemeriahan sekitar Menara Eiffel ini yang menjadi ikon cinta kebanggan penduduk tempatan setela lama ditutup kepada pengunjung.
Mercu tanda popular Paris, Menara Eiffel, akan kembali dibuka kepada pengunjung bermula 25 Jun 2020 ini. Penutupannya pada Mac lalu susulan wabak COVID-19 yang sangat teruk melanda dunia.

Menerusi laman web rasminya, pihak pengurusan Menara Eiffel memaklumkan mereka akan mengambil beberapa langkah berjaga-jaga antaranya pemakaian topeng muka, mengehadkan jumlah pelawat dalam satu-satu masa dan pembersihan dan pembasmian kuman harian. Pengurusan juga akan memastikan tidak berlaku kesesakan pengunjung yang naik dan turun dengan mengasingkan mereka mengikut tangga iaitu di bahagian timur dan barat.
Pelawat dinasihatkan membeli tiket melalui dalam talian untuk memudahkan proses, selain membantu mengelakkan kesesakan di kaunter jualan. Menara ikonik itu ditutup sejak 13 Mac lalu akibat wabak COVID-19. Penutupan selama tiga bulan itu adalah paling lama sejak zaman Perang Dunia Kedua.
Sebelum ini, sekitar menara popular tersebut tidak pernah sunyi dan sentiasa sesak dengan kunjungan pelancong. Ketika wabak COVID-19 melanda, buat pertama kali kawasan tumpuan itu menjadi sunyi sepi dan ia merupakan pemandangan yang sangat berbeza dan luar biasa.

Sumber: astroawani |Foto: Google Image
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Unik & Tersendiri, Wanita Kongsi Trip Ke Azerbaijan Umpama Melangkah Ke Dunia Masa Depan. Cantik & Futuristik!!

Azerbaijan mungkin bukan destinasi percutian pilihan ramai, tapi sebenarnya negara ini mempunyai pemandangan yang cukup indah selain kaya dengan budaya, adat dan senibina yang cukup unik dan futuristik. Umpama melangkah ke dunia masa depan.
Perasaan teruja ingin melawat ke negara-negara Kaukasus selepas menonton program catatan perjalanan oleh Drew Brinsky membuatkan Yaya Mohammad II ingin menjejakkan kaki ke negara-negara ini dan salah satunya adalah Azerbaijan.
Kagum dengan senibina dan juga negara yang bersih sebaik sahaja berada di bumi Azerbaijan membuatkan Yaya lebih teruja untuk meneroka ke negara Kaukasus Selatan ini.
Turut berkongsi tempat-tempat menarik dan juga info penting bila berkunjung ke Azerbaijan, jom ikuti perkongsian wanita ini.
AZERBAIJAN
Review : 10/10
Sebenarnya plan untuk ke 3 negara Caucasus ni saya sudah plan sejak sebelum pandemik lagi, memang dah lama dalam bucket list sejak menonton catatan perjalanan oleh Drew Brinsky. Trip kali ini bermula dengan Azerbaijan dan akan disambung ke negara yang terletak di banjaran Caucasus iaitu Georgia & Armenia.
Untuk siapa yang tak pernah dengar berkenaan negara ini, persoalan pertama mesti la : Selamat ke? Bukan sedang berperang ke? Ada pengganas tak?? Well, pepatah mengatakan Go & See, Tak kenal Maka tak Cinta.
Trip bermula dari bandar Baku iaitu ibu kota Azerbaijan. Bila pertama kali keluar dari airport mata saya sudah terpukau dengan keunikan senibina futiristik bangunan-bangunan di ibu kota ini. Wow! Kalah Malaysia ni. Baku memang cantik dan sangat bersih! Susah gila nak jumpa sampah di kota ini. Memang tiada! Rakyatnya peramah dan manis-manis semuanya.
Untuk perjalanan sekitar Azerbaijan kami hanya menyewa kereta, tetapi jika ingin menaiki public transport, e hailing seperti Uber & Bolt sangat meluas di bandar ini.
Selain daripada senibina bangunan yang unik dan futuristik, kawasan tumpuan pelancong juga sesak dengan kebanjiran pelancong yang ingin menghabiskan cuti musim panas mereka.
Berikut adalah lokasi yang perlu anda pergi jika melancong ke Baku :
– Flame Towers ( bangunan sgt unik melambangkan api)
– Ichereseher Old Town
– Maiden Tower
– Baku Boulevard
– Yanardag ( mini gate of Hell)
– Beibeyhebat Mosque
– Aliyev Heydar Centre ( bangunan unik oleh arkitek Zaha Hadid)
– Heydar Mosque
– Highland park
– Caspian Sea Beach
Selain Baku, kami jugak berkesempatan ke lokasi lain di Azerbaijan iaitu di Ganja, Sheki & Gakh.
Lokasi tourist utama di Ganja
– Qobustan National Park ( Unesco Heritage Park
– Heydar Park
– Shah Abbas Mosque
– Caravanserai
– Imamzadech Mosque
Lokasi tourist Utama di Sheki
– Sheki Khan Summer Palace
– Sheki Caranvansaray
– Sheki okd town
– Kish
– Nohur lake
– Three Saint Church
Matawang yang digunakan di sini ialah Manat sekitar 1 Manat = RM2.62. Makanan juga mudah didapati. Kebanyakan makanan berunsurkan Turkish food. Satu portion set makanan sekitar 5-8 Manat.
99% penduduk beragama Islam dan 15% adalah sunni. Kedatangan kami pada 10 Muharam meruapakan salah satu hari terbesar dalam kalendar Islam (shiah) di mana mereka merayakan Hari Asyura sempena mengingati kematian Husein iaitu cucu Nabi Muhammad.
Secara keseluruhan, trip ke Azerbaijan memang sgt menakjubkan dan mind blowing. Sepanjang dalam kenderaan, hati saya hanya berkata “Tak Sangka Azerbaijan Seindah Ini”, makanya…jangan dengar sahaja, book flight ticket dan pergi!
Travel Diary Of KKYY.
Trip bersama Foodpackerz by Abrar Haron.
sumber: Yaya Mohammad II
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cadang Pusing New Zealand Guna Campervan, Lelaki Kongsi 11 Tips Berguna Untuk Pertama Kali Travel

Pada yang dah pernah pergi New Zealand akan mengagumi keindahan bumi New Zealand. Tak pernah susah-susah cari angle cantik, lighting cantik untuk tangkap gambar kerana negara ini diiktiraf antara tercantik di dunia tak kira dari sudut mana korang cari angle pun.
Bentuk muka buminya yang bergunung ganang dan berpulau membuatkan kita tidak puas memandangnya dan pasti terus jatuh cinta untuk meneroka keindahan New Zealand. Terdiri dari dua pulau utama iaitu Pulau Utara dan Pulau Selatan, masukkan negara ini dalam wishlist idaman.
Dalam pada itu, panduan dikongsi oleh Saizul Hafiz di fbnya boleh menjadi panduan berguna buat yang pertama kali nak meneroka New Zealand menggunakan campervan. Jimat pun jimat teruatama bab hotel dan boleh meneroka banyak kawasan lain.
Jom baca perkongsiannya di page fb Backpackers Budddies Malaysia (BBM).
Campervan di New Zealand
Di sini saya senaraikan tips pengunaan campervan apabila merancang percutian di salah satu negara tercantik di dunia iaitu New Zealand.
1. Rancang percutian hanya 1 pulau jika hanya pergi dalam masa 7-10 hari. South Island adalah paling cantik.
2. Booking campervan mengikut berapa pax yang pergi. Booking lebih awal 6-12 bulan untuk dapat harga yang murah. Booking biasanya hanya 10% dari total harga.
3. Anda sendiri adalah jenis yang adventure, boleh hidup dalam satu ruang yang kecil selama semingu.
4. Bersedia untuk menjadi seorang Indah Water untuk mencuci black water & grey water (buangan tandas).
5. Boleh memandu kenderaan besar dan mempunyai lesen memandu. Di New Zealand mereka menerima lesen memandu dari Malaysia yang biasa, tak perlu yang international.
6. Kita bebas untuk parking di mana mana yang dikhaskan oleh Department of Conservation (DOC). Cari campervan yang ada simbol Freedom Camping.
7. Pemilihan campervan dari 2 berths hingga 6 berths. Berths bermakna katil/capacity.
8. Boleh bermalam di campsite berbayar untuk tempat yang menyediakan kitchen, tempat basuh baju, shower dan toilet. Pemilihan Campsites dari 3 hingga 5 bintang mengikut budget anda.
9. Setiap campervan di sediakan fasiliti untuk memasak dan toilet. Kita kena lakukan duty seperti isi air bersih dan bersihkan air kotor. Jadi kalau pergi ramai ramai boleh buat jadual tugasan masing masing.
10. Pemanduan di New Zealand adalah right hand side seperti di Malaysia dan had laju adalah 100km/j. Pastikan anda patuhi had laju kalau tak nak di saman 150nzd.
11. New Zealand adalah negara yang sangat cantik jadi go slow dan nikmati segalanya sepuas hati.
Moga bermanfaat
Saizul Hafiz
#OurOwnTravelWay
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puas Teroka Azerbaijan. Nak Jumpa Sehelai Sampah Pun Payah Di Negara Terkenal Cantik Dengan Seni Bina Eropah Ini

Luas perjalanan indah pemandangan. Jika kita biasa memilih negara-negara Eropah dalam wishlist travel, nampaknya sesekali tukar minda untuk meneroka tempat lain pula. Dan satu perkongian dari Fais Taib mengenai Negara Azerbaijan mungkin boleh membuatkan kita teruja kerana negara ini sangat indah.
Jom baca catatan yang dikongsikannya.
Jelajah 4 Negara
Kembara Caucasus ( Azerbaijan)
Azerbaijan merupakan negara pertama dalam kembara kali ini. Aku yakin, ramai tidak tahu kewujudan negara ini dalam peta dunia. Ini bukan negara dalam movie Bajrangi Bhaijan. Tidak sama sekali ya.
Negara Azerbaijan berkongsi laut Kaspia(Caspean Sea) dengan Iran, Rusia, Turkmenistan. Laut yang berada di daratan dan paling kaya dengan hasil minyak di laut dan daratan. Oil rig mereka tepi jalan je, tak perlu sistem cangih dan moden memang koboi je tapi sangat teratur.
Berada di ekor banjaran Caucasus yang Merentasi Negara Rusia dan Georgia. Negara dengan pemandangan indah dan bentuk muka bumi yang unik. Bukan sahaja kaya dengan minyak dan mineral, ia juga sangat subur.
.
Matawang yang digunakan adalah Manat. 1 Manat bersamaan dengan RM2.50 (lebih kurang). Mahal tak makanan kat sini? Jawapan aku ya dan tidak. Ya, jika convert dengan matawang kita. Kumpir (ubi bakar dengan pickles) sekitar 8 Manat.
Azerbaijan terkenal dengan senibina Eropah dan moden futuristik, kita seperti berada di bandar Eropah Modern dan Dubai dengan perbandaran yang teratur dan kemas. Terdapat juga ciri ciri negara Soviet kerna mereka pernah menjadi salah satu negeri soviet sebelum merdeka pada 1990.
Bab kebersihan, sukar sekali nak jumpa sehelai sampah, tong sampah pun jarang nampak tapi bandar dia sumpah bersih.
Anak-anak muda suka meluangkan masa di cafe menikmati coffee atau tea sambil bermain catur atau membaca..segenap sudut dan lorong pasti terdapat cafe cafe hipster.
Rakyat diorang sangat baik, peramah dan selalu memberi salam. Rupa paras cantik dan tampan bak orang Eropah tetapi bertutur bahasa Azer. Makanan tradisi mereka adalah sha plov ( korang boleh tengok video potong nasi).
.
Banyak lokasi menarik dan bersejarah. Negara ini mengalami pelbagai campuran budaya kerana pernah dijajah Greek sebelum kedatangan Islam.
Kota ini pernah dihuni penganut agama Zoroastrian sebelum mereka berpindah ke Iran. Islam, adalah agama rasmi dan Mazhab Syiah adalah majaroti disini.
.
Untuk memasuki negara ini Visa diperlukan bagi Malaysian, E Visa boleh diisi melalui laman sesawang mereka. Fee sekitar USD 25 dan tempoh kelulusan sekitar 3 hari bekerja. Sijil
Vaksin 2 dos dan PCR test diperlukan 72 jam sebelum ketibaan. Sebelum datang kesini, kami menghubungi kedutaan Malaysia di Azerbaijan untuk mendapatkan setiap info terkini sebelum memasuki setiap negara.
Pastikan Azerbijan termasuk dalam bucketlist anda. Ini adalah negara yang aku kira sangat berbaloi, dan diluar jangkaan aku.
.
Tak sangka negara Azerbaijan secantik ini! Sumber : Fais Taib di page Backpackers Buddies Malaysia (BBM)
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI