Menara Eiffel Kembali Dibuka. Beza Suasana Ketika Normal & Sewaktu COVID-19 Pasti Diingati!

Share

Pastinya penduduk di Paris merindui kemeriahan sekitar Menara Eiffel ini yang menjadi ikon cinta kebanggan penduduk tempatan setela lama ditutup kepada pengunjung.

Mercu tanda popular Paris, Menara Eiffel, akan kembali dibuka kepada pengunjung bermula 25 Jun 2020 ini. Penutupannya pada Mac lalu susulan wabak COVID-19 yang sangat teruk melanda dunia.

REUTERS/Gonzalo Fuentes

Menerusi laman web rasminya, pihak pengurusan Menara Eiffel memaklumkan mereka akan mengambil beberapa langkah berjaga-jaga antaranya pemakaian topeng muka, mengehadkan jumlah pelawat dalam satu-satu masa dan pembersihan dan pembasmian kuman harian. Pengurusan juga akan memastikan tidak berlaku kesesakan pengunjung yang naik dan turun dengan mengasingkan mereka mengikut tangga iaitu di bahagian timur dan barat.

Pelawat dinasihatkan membeli tiket melalui dalam talian untuk memudahkan proses, selain membantu mengelakkan kesesakan di kaunter jualan. Menara ikonik itu ditutup sejak 13 Mac lalu akibat wabak COVID-19. Penutupan selama tiga bulan itu adalah paling lama sejak zaman Perang Dunia Kedua.

Sebelum ini, sekitar menara popular tersebut tidak pernah sunyi dan sentiasa sesak dengan kunjungan pelancong. Ketika wabak COVID-19 melanda, buat pertama kali kawasan tumpuan itu menjadi sunyi sepi dan ia merupakan pemandangan yang sangat berbeza dan luar biasa.

REUTERS/Pascal Rossignol

Sumber: astroawani |Foto: Google Image

IKLAN