Menara Teruntum: Tarikan Bertaraf Antarabangsa Terbaharu Di Kuantan!

Share

Beruntung warga Kuantan kerana tak lama lagi, ibu negeri Pahang Darul Makmur itu bakal dihiasi dengan satu monumen pelancongan bertaraf antarabangsa iaitu Menara Teruntum.

Menara Teruntum yang dijadualkan siap pada bulan Julai ini berketinggian 180 meter dan, pengunjung yang datang boleh menikmati keindahan bandar Kuantan dari atas serta kecantikan panorama Sungai Kuantan yang menghiasi bandar itu.

Buat masa ini, kerja-kerja pembinaan menara ikonik di Kuantan itu sudah mencapai 85 peratus dan akan dibuka kepada orang awam selepas memperoleh kelulusan daripada pihak berwajib.

Dengan adanya Menara Teruntum ini, ianya menjadi menara yang paling tinggi di Pantai Timur Semenanjung dan akan ramailah pelancong-pelancong yang bakal singgah ke sana untuk merasai sendiri keseronokkan yang ditawarkan di bandar Kuantan.

Selain itu, mercu tanda terbaharu negeri Pahang ini juga bakal meletakkan negeri itu di dalam kalender pelancongan negara. Oleh demikian, Berita Harian Online melaporkan bahawa Majlis Perbandaran Kuantan akan menghidupkan kembali Kuantan River Front dan Kuantan River Cruise bersempena dengan kehadiran Menara Teruntum yang baharu itu.

Pengunjung yang datang akan dapat merasai dan menikmati pemandangan sepanjang Sungai Kuantan menggunakan dua perkhidmatan itu nanti dan dalam masa sama, program jejak sejarah turut akan diwujudkan untuk pelancong mendalami dengan lebih lanjut mengenai sejarah di tempat itu.

IKLAN