Menginap Di kebun Durian Kat Penang, Makan Sampai Puas & Enjoy View Cantik. Geng Durian Mesti Suka!

Share

Nak menginap lain dari yang lain boleh cuba menginap di Bao Sheng Durian Farm yang terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Dikelilingi kebun durian, geng yang suka makan durian memang kena cuba stay kat sini. kalau musim memang puas dapat menikmati raja buah yang diminati ramai itu.

Lengkap dengan kemudahan lain termasuk kolam renang, suasana dan pemandangan kat sini memang cantik. Selain dapat enjoy makan durian boleh juga tenangkan diri daripada kesibukan kerja.

Ada peluang jangan lupa ‘usha’ harga bilik kat sini, yang nak datang berdua atau dengan keluarga, kat sini pakej termasuk makan dan juga tour ke ladang durian termasuk durian tasting session oleh pemilik.

Alamat: Bao Sheng Durian Farm, Balik Pulau, Pulau Pinang.

FB: Baosheng Durian Farm

kredit gambar: Nadirah Mahamad

IKLAN