Menikmati Staycation Hujung Minggu Di Chongkak Park & Resort

Share

Buat anda yang tinggal di Lembah Klang, pastinya sudah lama ingin bercuti dan berehat bebas dari hiruk-pikuk kota. Lokasi yang terpencil dan jauh daripada kawasan bandar memberikan ketenangan yang mampu merehatkan minda dan menenangkan.

Salah satu lokasi staycation yang menarik di Selangor ialah Sungai Chongkak. Berada pada 150 meter dari paras laut, Sungai Chongkak terletak kira-kira satu jam perjalanan dari kota raya Kuala Lumpur.

Memandu menelusuri sepanjang perjalanan anda akan melalui kawasan kampung-kampung Melayu dan juga pelbagai gerai jualan. Banjaran Titiwangsa menjadi peneman perjalanan yang indah menghijau. Gunung Nuang yang merupakan puncak tertinggi di Selangor terdiri daripada sebahagian pemandangan tersebut.

SUNGAI EKOSISTEM

Taman ini dibina sepanjang Sungai Chongkak yang terbahagi kepada 6 zon. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan menarik seperti tapak perkhemahan, tapak barbeku, gazebo, jambatan kecil, surau, bilik persalinan, tandas, padang dan pelbagai kemudahan lagi.

Tarikan utamanya pasti terarah kepada lokasi air tejun, Terdapat beberapa lokasi arus sungai yang menjadi lokasi hotspot. Airnya yang jernih dan sejuk pasti memberikan kesegaran luar biasa.

Pokok-pokok dikenali sebagai Yellow Saraca pula menjadi penghias unik dengan daun hijau kekuningan yang besar. Bunganya yang berwarna kuning pula membangkitkan rasa kagum kepada keindahan ciptaan-Nya.

Jadi buat anda yang inginkan lokasi staycation menarik pada hujung minggu, Sungai Chongkak mapmu menjadi jawapan paling bernas!

IKLAN