Bagi anda yang inginkan kelainan saat menjamu selera atau mahu makan malam istimewa bersama insan tersayang di Gamuda Cove, Dengkil, Selangor sememangnya peluang yang tidak harus dilepaskan.

AEROBAR Gamuda Cove, menawarkan pengalaman menikmati hidangan di atas pelantar atau platform sambil menghayati pemandangan yang indah di daerah sekitarnya. Terapung di udara sambil menikmati hidangan sajian yang menyelerakan dengan panorama indah sememangnya cukup mengujakan.

Jika mencari kelainan untuk menjamu selera, lokasi ini memang dicadangkan memberi peluang kepada tetamu bukan saja menikmati kelazatan juadah disediakan, malah pada masa sama melihat keindahan tasik, pemandangan hijau serta suasana matahari terbenam. Pastinya kenangan menikmati santapan di sini sangat menyeronokkan walaupun dalam tempoh hanya beberapa ketika.

Ini pengkongsian pengalaman Aziera Dianza yang bersantai di Gamuda Cove, Dengkil.

IKLAN

Port Makan-Makan Berlangitkan Awan Biru Fefeling Kayangan Kayangan.

IKLAN

Lokasi: Discovery Park, Gamuda Cove : https://maps.app.goo.gl/uvSh4LSqYcMNHiov6

  • AEROBAR RIDE – Konon-konon nk lunch in the sky. Tapi sebab dah kenyang balun roti sarang burung, kami juz byr utk aerobar ride sahaja. Best bila berada di atas ketinggian 35m.. Paling syok bile aerobar tu bpusing slow2 selama 10 minit untuk kita menghayati keindahan view dari atas. RM25 utk Aerobar Ride. Boleh pilih pakej untuk makan + minum

Terdapat banyak aktiviti disediakan tapi masih lagi dalam proses pembinaan dan ada juga yg da beroperasi.

IKLAN
  • Discovery Wetlands
  • ArcHIVE Food Hall
  • Barsa Pool Club (Msia’s 1st diving & largest salt water pool)
  • Go-Cart & Extreme Rides (Dirt Bike n Blastacars)
  • Sewa basikal (Jogging n Cycling Tracks)
  • Family Farm

Waktu operasi: 11am-8pm setiap hari
Tutup: Selasa

  • Lunch di ATSKY – Port makan yg menarik. Masakan kampung dan western. Harga yg berpatutan.

Jom support industri pelancongan dan peniaga kita.