
Jepun terkenal dengan destinasi pelancongan yang kreatif. Ada sahaja idea dan ilham yang ingin dilakukan untuk menarik perhatian ramai seperti kewujudan Muzium Mi Cawan Segera.
Terletak di Osaka, muzium ini bakal membuat pengujung lapar dek bau yang menyelerakan ketika masuk ke pintu utama. Di sini mengumpulkan hampir semua sejarah mengenai makanan segera ikonik negara matahari terbit itu. Tarikan utama muzium ini adalah sebuah terowong yang mempamirkan hampir 1000 jenis mi cawan segera yang pelbagai. Antara tarikan di muzium itu adalah sebuah terowong yang dihiasi lebih 800 peket mi cawan. Lokasi ini menjadi port ramai pengujung untuk bergambar sambil melihat dan mempelajari sejarah makanan itu sejak awal ia dicipta kira-kira lebih 50 tahun lalu hinggalah ke produk terkini.
Antara tarikan lain di sini
- Jangan lupa untuk menyertai bengkel membuat mi segera dan pengunjung boleh mencipta perisa sendiri.
- Terdapat juga pameran mengenai sejarah makanan segera dan kuiz apabila untuk menguji pengetahuan mengenai makanan.
- Terdapat juga sebuah replika kilang kecil tempat ramen ayam iaitu mi segera pertama di dunia dicipta.
- Mempunyai sebuah pawagam mini yang menayangkan kisah yang memberi inspirasi kepada penciptaan mi segera dan proses pembuatan makanan itu.
- Terdapat sebuah kafe buat pengunjung untuk menikmati pelbagai jenis dan perisa mi segera pilihan sendiri.
- Di penghujung lawatan ada kedai cenderamata di muzium ini yang mempunyai pelbagai barang hiasan dan kenangan berkonsepkan mi segera. Jangan lupa untuk bawa pulang ole-ole dijadikan sebagai kenang-kenagan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Ke Putrajaya, Jangan Lupa Singgah Di Taman Persahabatan Malaysia – China

Terkenal kerana ada pantai yang baru dibuka kepada umum, namun tatkala berkunjung ke Putrajaya jangan lupa untuk singgah melawat ke Taman Persahabatan Malaysia – China yang terletak di tapak kekal FLORIA Putrajaya iaitu Anjung Floria, Presint 4 Putrajaya.
Taman indah ini sudah beberapa tahun dibuka kepada umum dan sehingga kini kekal cantik. Direka bercirikan elemen ‘Lingnan-styled garden’ yang mana pengunjung dapat melihat keindahan tatkala berkunjung ke sini.
Saat memasuki taman Persahabatan Malaysia- China ini, kita akan terbuai dengan keindahan binaannya yang cukup unik selain adanya unsur-unsur kaligrafi China. Di tengah-tengahnya ada kolam yang cukup cantik dan perasaan tenang tatkala berada di taman ini.
Meneroka di setiap sudut taman ini, dua pokok jenis Michelia alba atau cempaka putih yang ditanam sebagai simbolik hubungan diplomatik kedua-dua negara. Penerapan pelbagai elemen seperti air, batu, bangunan, kaligrafi tumbuhan dan gunung adalah kombinasi yang sangat mendamaikan.
Motif kesenian tradisional Cina yang diterapkan pada setiap pembinaan bangunan ini juga menarik dan Taman Persahabatan bernilai RM1.5 juta ini adalah mercu tanda hubungan diplomatik yang kukuh antara Malaysia dan China.
Jadi kalau ke Putrajaya, jangan lupa singgah di sini.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Hotel Keluarga Kegemaran Tetamu Sedunia

Kolam renang berciri semula jadi, kelab khas untuk kanak-kanak dan aktiviti panjat pokok merupakan antara ciri-ciri unik hotel keluarga kegemaran tetamu sedunia, menurut pakar penginapan Hotels.com™.
Anugerah Kegemaran Tetamu (LovedbyGuests) Hotels.com yang berprestij merupakan anugerah tahunan yang diberikan berdasarkan penilaian tetamu hotel sedunia. Ia meraikan dan mengiktiraf hotel yang mencapai purata terbaik penilaian ulasan tetamu, dengan lebih 25 juta ulasan yang asli dan dipercayai daripada tetamu yang benar-benar menginap di hotel-hotel tersebut.
100 buah hotel di seluruh dunia telah menerima anugerah ‘Terbaik untuk keluarga’* 2017 dan berikut ialah beberapa pilihan daripada hotel-hotel tersebut, setiap satunya dengan ciri kegemaran keluarga yang tersendiri.
Lawatan menarik di taman marin
The Westin Dragonara Resort, Malta (5 bintang) Penilaian Ulasan: 4.4 daripada 5 di Hotels.com
Jelajah Malta daripada pangkalan yang sempurna ini dengan perjalanan untuk seluruh keluarga termasuk ke Taman marin, Taman Air Splash and Fun, Taman Hidupan Liar dan Pelayaran persiaran pelabuhan. Menu SuperChefs Eat Well memberi kanak-kanak hidangan berkhasiat yang diperlukan oleh mereka untuk pengembaraan sepanjang percutian supaya mereka boleh bermain air di dua kolam luar, menjadi kreatif di Westin Family Kids Club dan menjelajah suak berpasir yang eksklusif di Reef Club. Lebih menarik lagi, dua orang kanak-kanak boleh menginap secara percuma berasaskan penginapan yang sama apabila berkongsi bilik dengan dua orang dewasa yang membayar. Tarif bilik dari RM837 semalam*.
Scandi Safari
Bandholm Hotel, Denmark (4 bintang) Penilaian Ulasan: 4.6 daripada 5 di Hotels.com
Denmark terkenal dengan bandar Eropahnya yang penuh bergaya tetapi banyak lagi yang boleh dinikmati oleh seluruh keluarga di sini. Di hotel ini, nikmati alam semula jadi dengan sepenuhnya di Taman Safari Knuthenborg yang berdekatan atau bermain air di Lalandia, iaitu taman air untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Menginap di pangsapuri percutian di sini dan nikmati malam musim panas Scandinavia dengan menghadap laut. Pada siang hari, kanak-kanak boleh menikmati air suam di jeti mandian, pontun terapung dan gelongsor kecil. Untuk tetamu dewasa, jangan lupakan spa, muzium yang berdekatan dan kota Bandholm yang aneh tetapi cantik. Tarif bilik dari RM406 semalam**.
Pakej hiburan yang sempurna
JA Jebel Ali Beach Hotel (5 bintang), Dubai Penilaian Ulasan: 4.4 daripada 5 di Hotels.com
Bersantai di pantai Dubai yang cantik atau penuhkan jadual perjalanan keluarga dengan pusingan golf di padang golf 9 lubang yang dimiliki resort, spa, tiga kelab kanak-kanak, aktiviti menunggang kuda, tenis, yoga dan taman air. Dengan lokasinya yang berhampiran dengan Legoland, Taman Air Legoland, Motion Gate, Bollywood Park dan Riverland, pasti tiada pengakhiran untuk hiburan berdekatan anda. Tarif bilik dari RM452 semalam**.
Berseronoklah dengan permainan
Wish Resort Golf Convention FozdoIguaçu, Brazil (4.5 bintang) Penilaian Ulasan: 4.5 daripada 5 di Hotels.com
Wish Resort Golf ialah tempat yang paling sesuai untuk melawat Amerika Selatan yang terletak 20 minit dari Air Terjun Iguaçu di sempadan antara Brazil, Paraguay dan Argentina. Di dalam resort, serlahkan kehebatan anda dengan sukan bola sepak, bola keranjang, bola tampar, panjat tembok dan golf mini. Jika itu tidak mencukupi, pengembara cilik boleh mendaftarkan diri dalam salah satu kelab kanak-kanak terbesar di Brazil dengan kawasan seluas 500m2 yang lengkap dengan bilik permainan, permainan video dan pawagam. Untuk ibu bapa pula, bersantailah di satu daripada 10 kolam di sekeliling resort, menjejak langkah mengikuti denai semula jadi atau menguji kehandalan sukan anda di padang golf 18 lubang. Tarif bilik dari RM368 semalam*
Taman Permainan Pengembaraan
Fairmont Mayakoba, Playa del Carmen, Mexico (5 bintang) Penilaian Ulasan: 4.5 daripada 5 di Hotels.com
Tiada tempat yang lebih sesuai untuk santaian seisi keluarga kalau bukan di hutan tropika yang seluas 240 ekar yang dikelilingi oleh jalan air yang indah. Terdapat lima kolam renang termasuk kolam bentuk bebas bersaiz 10,000 kaki persegi dan gelongsor air, kolam mainan kanak-kanak dan kolam tepi infiniti untuk orang dewasa sahaja yang menghadap lagun – semua jenis untuk semua orang. Terdapat denai semula jadi, lawatan bot pemandangan indah, sukan air tidak bermotor, tenis untuk penggemar aktiviti manakala Discovery Club menanti kedatangan kanak-kanak dengan pelbagai pengembaraan yang ditawarkan olehnya. Tarif bilik dari RM1,122 semalam*
Riang Ria Bermain Air
The Andaman, a Luxury Collection Resort, Langkawi, Malaysia (5 bintang) Penilaian Ulasan: 4.6 daripada 5 di Hotels.com
Dengan kolam renang gaya lagun yang bersebelahan pantai dan pokok hutan hujan yang mencakar langit, resort ini umpama syurga dunia. Terdapat gelongsor air menjunam untuk kanak-kanak dan pengembara berjiwa muda serta bahagian meranduk untuk kanak-kanak bertatih. Dan jika si manja anda inginkan pengembaraan kecil, mereka boleh menyertai Kelab Young Explorer dalam rombongan pendidikan yang berkisar sekitar alam semula jadi dan penjelajahan.Tarif bilik dari RM770 semalam*.
Kolam Bola
Fleur de Chine Hotel, Yuchi, Taiwan (5 bintang)
Penilaian Ulasan: 4.6 daripada 5 di Hotels.com
Dengan lokasi di tengah-tengah Yuchi, hotel ini merupakan alam ajaib untuk golongan dewasa dan kanak-kanak dengan teres atas bumbung, kolam renang luar dan dalam, taman air percuma serta kelab kanak-kanak. Untuk ibu bapa, jarak hotel ini hanyalah 20 minit berjalan kaki dari Tokong Xuanzhuang dan Sun Moon Lake Peacock Park atau bersantailah di spa perkhidmatan penuh.Tarif bilik dari RM1,114 semalam*
Riang ria bersama Minion
Universal Port Hotel, Osaka, Jepun (3.5 bintang) Penilaian Ulasan: 4.6 daripada 5 di Hotels.com
Dengan lokasi yang betul-betul bersebelahan dengan Universal Studio Japan, hotel ini merangkumi ciri ketenangan tetapi juga dipenuhi keseronokan. Bermalamlah di bilik bertemakan Minion, lawati kedai Universal Studio dan makan di restoran bertema, iaitu Rex Cafe dan Port Dining Ricorico. Sebagai bonus tambahan, kanak-kanak (6 tahun dan ke bawah) boleh menginap secara percuma di bilik ibu bapa atau penjaga menggunakan katil sedia ada. Tarif bilik dari RM569 semalam*
Memburu harta karun
SteinEriksenLodge, ParkCity, Utah, Amerika Syarikat (5 bintang) Penilaian Ulasan: 4.7 daripada 5 di Hotels.com
Jelajahi belantara di resort pengembaraan ini sepanjang tahun. Pada musim sejuk, tetamu boleh bermain ski, geluncur tiub salji dan kereta geluncur bermain perahu. Manakala untuk musim panas pula, tetamu boleh bermain terbang kelawar (ziplining), mendaki, menunggang kuda dan berakit di sungai. Dengan lokasi yang berhampiran dengan Taman Olimpik Utah, ujilah kemahiran sukan anda atau cabar diri anda di dalam kawasan resort. Kanak-kanak boleh memburu harta dengan mengambil buku pasport mereka sendiri, melengkapkan hentian, memperoleh cap dan mendapatkan pingat emas selepas mereka melengkapkan kesemua hentian, bersama dengan penginapan satu malam percuma untuk kunjungan anda yang seterusnya. Penjelajah cilik juga boleh berkhemah di dalam bilik anda dengan khemah, mainan moose lembut, lantera bintang National Geographic dan buku panduan. Tarif bilik dari RM1,068 semalam*
Penjelajah Taman Negara
NinepipesLodge, Charlo, Amerika Syarikat (3 bintang)
Penilaian Ulasan: 4.0 daripada 5 di Hotels.com
Sesuai untuk pencinta pengembaraan, Ninepipes Lodge di Charlo ialah tempat mencari ketenangan muktamad untuk keluarga yang tercari-cari percutian berasaskan aktiviti. Anda akan menikmati pengalaman Montana yang sebenar dengan pemandangan Pergunungan Mission dan Empangan Ninepines yang menakjubkan. Dengan jarak hanya 20 minit dari Tasik Flathead dan sangat dekat dengan Taman Negara Glacier, seluruh keluarga boleh turut menghayati keindahan alam semula jadi, mendaki hutan di sekeliling atau memancing ikan di tasik.Tarif bilik dari RM442 semalam*
Kesemua hotel keluarga yang memenangi anugerah ini, serta beratus-ratus ribu lagi,boleh ditempah dalam talian melalui Hotels.com atau melalui aplikasi mudah alih yang tersedia untuk peranti IOS, Android dan Amazon Kindle, yang pelanggan juga akan mempunyai akses kepada Harga Eksklusif khas*** untuk membantu mereka lebih berjimat untuk penginapan mereka yang akan datang.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rakyat Britain Pertikai Ahli Politik Boleh Balik Kampung. Mereka Pun Ambil Peluang Bercuti Sakan

Penduduk Britain memenuhi pantai dan taman sempena cuti umum pada awal minggu lalu untuk menikmati cuaca panas, sekali gus mencetuskan kebimbangan berlaku pelanggaran sekatan pergerakan besar-besaran.
Portal Mirror.co.uk melaporkan hanya segelintir penduduk sahaja yang dilihat patuh kepada peraturan penjarakan sosial di kawasan pantai di Brighton, Bournemouth dan Essex.

Ramalan cuaca di London menjangkakan kota itu akan lebih panas daripada Barcelona mahupun Athens menjelang tengah hari, manakala suhu pada 10 pagi 25 Mei 2020 lalu dicatatkan 20C. Cuaca sebegitu menarik perhatian ramai untuk bersantai dan berlibur.
Ada penduduk yang bimbang musim panas ketika ini bakal menyebabkan pelanggaran sekatan yang dibuat untuk mengekang penularan wabak Covid-19. Ramai yang menjadikan alasan untuk keluar tanpa mengikut arahaan selepas pendedahan mengenai perjalanan sejauh 418.4 kilometer dilakukan Dominic Cummings, iaitu penasihat kanan Perdana Menteri Boris Johnson.
Dominic Cummings dikatakan melanggar arahan sekatan pergerakan dengan memandu keluar dari London bersama isterinya untuk melawat ibu bapanya di Durham, sekali gus mencetuskan kemarahan penduduk Britain. Bagaimanapun, Perdana Menteri Boris Johnson mempertahankan tindakan orang kanannya itu yang didakwa penduduk sebagai pilih kasih dan mendesak Dominic Cummings meletak jawatan.
Penduduk Britain berkata: “Jadi awak beritahu kami bahawa sekatan kini secara rasminya berakhir dan kami boleh melakukan apa sahaja kami suka? Kerana jika Dominic Cummings boleh melanggar peraturan tanpa dihukum, kami juga boleh.”

Dalam pada itu, pegawai keselamatan komuniti yang melakukan rondaan di pantai Essex, cuba menguatkuasakan langkah penjarakan sosial, namun dilihat sukar, manakala kenderaan padat di tempat letak kereta di pantai Kent dan Bournemouth di Dorset. Pihak berkuasa di Hillingdon pula meminta penduduk supaya ‘sedar diri’ selepas melihat gambar orang ramai mengerumuni pantai Ruislip Lido.
Sumber: Mirror.co.uk | Dailymail | HM Online
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI