Jepun terkenal dengan destinasi pelancongan yang kreatif. Ada sahaja idea dan ilham yang ingin dilakukan untuk menarik perhatian ramai seperti kewujudan Muzium Mi Cawan Segera.
Terletak di Osaka, muzium ini bakal membuat pengujung lapar dek bau yang menyelerakan ketika masuk ke pintu utama. Di sini mengumpulkan hampir semua sejarah mengenai makanan segera ikonik negara matahari terbit itu. Tarikan utama muzium ini adalah sebuah terowong yang mempamirkan hampir 1000 jenis mi cawan segera yang pelbagai. Antara tarikan di muzium itu adalah sebuah terowong yang dihiasi lebih 800 peket mi cawan. Lokasi ini menjadi port ramai pengujung untuk bergambar sambil melihat dan mempelajari sejarah makanan itu sejak awal ia dicipta kira-kira lebih 50 tahun lalu hinggalah ke produk terkini.
Ads
Antara tarikan lain di sini
Ads
Jangan lupa untuk menyertai bengkel membuat mi segera dan pengunjung boleh mencipta perisa sendiri.
Terdapat juga pameran mengenai sejarah makanan segera dan kuiz apabila untuk menguji pengetahuan mengenai makanan.
Terdapat juga sebuah replika kilang kecil tempat ramen ayam iaitu mi segera pertama di dunia dicipta.
Mempunyai sebuah pawagam mini yang menayangkan kisah yang memberi inspirasi kepada penciptaan mi segera dan proses pembuatan makanan itu.
Terdapat sebuah kafe buat pengunjung untuk menikmati pelbagai jenis dan perisa mi segera pilihan sendiri.
Di penghujung lawatan ada kedai cenderamata di muzium ini yang mempunyai pelbagai barang hiasan dan kenangan berkonsepkan mi segera. Jangan lupa untuk bawa pulang ole-ole dijadikan sebagai kenang-kenagan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Perancangan awal untuk ke Dabong menaiki train terpaksa diubah haluannya disebabkan musim cuti sekolah. Destinasi Tumpat, Kelantan menjadi pilihan Ziera Hadi dan keluarga. Paling best tiketnya murah kalau nak pergi ramai-ramai memang berbaloi dan seronok.
Menggunakan aplikasi KTMB Online, menurut Ziera, ia cukup mudah dan mesra pengguna, persis nak beli tiket kapal terbang. Dalam masa sejam dah settle pembelian tiket, esoknya terus ke destinasi yang dipilih.
Tumpat merupakan destinasi terakhir keretapi ke Pantai Timur, menginap di rumah saudara di sana, menurut Ziera tak perlu risau kerana banyak penginapan bajet yang ada di sana. Banyak aktiviti yang dilakukan sepanjang menginap semalam di TUmpat, antaranya berkelah kat Pantai Getting, ada macam-macam aktiviti macam boleh sewa ATV, makan-makan, dan juga pergi membeli belah di kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor.
Ikuti perkongsian Ziera Hadi dengan gambar-gambar menarik yang dirakam sepanjang short trip mereka. Enjoy!
Short Trip (Back To Nature) By Train
Last minute, kami decide nak gi Dabong naik train. Call orang tourism sana, katanya guide kat sana tak cukup, ramai orang gi sana musim cuti sekolah. So tak berani ambik risiko.
Nak naik train punya pasal, kami decide pergi ke Tumpat. Tumpat stesen keretapi terakhir Pantai Timur. Cek tiket online. Guna aps KTMB Mobile. Sangat senang. Boleh tengok train mana yang available, cara beli tiket lebih kurang sama macam kita beli tiket flight.
Pilih tiket pergi-balik, buat payment, semua settle dalam masa sejam. Kami ambil tiket keretapi ekspres untuk perjalanan pergi dan tiket keretapi biasa untuk perjalanan balik. Naik train 7am, sampai Tumpat pukul 1pm. Balik esoknya naik train 4am, sampai Merapoh lebih kurang 11am.
Disebabkan ramai yang travel naik train, banyak tiket dah habis. Untuk perjalanan pergi kami terpaksa ambik tiket dari Gua Musang sebab tiket di stesen terdekat daerah Lipis semua dah habis.
Harga tiket pun tak mahal.
Lebih kurang RM20 untuk tiket pergi dan RM9 tiket balik untuk satu kepala.
Sempat borak dengan staf KTM, katanya tiket untuk coach tempat tidur (Katil) harganya lebih 6 ringgit dari seat biasa. Kami ambil coach katil sebabnya coach biasa dah penuh. Masa beli tiket, coach katil pun tinggal ada dalam 10 seat je lagi.
Train yang kami naik dari Johor (JB Central kot). So, yang duk berdekatan kami ramai dari Johor. Jiran-jiran keliling kami dari Kluang. Sempatla dapat kawan-kawan baru
Ramai yang ke Dabong.
Tempat tengah viral kan.
Siapa yang nak travel dengan kelainan, memang bagus sangat naik train. Selesa & relaks. Kafe selesa, staf KTM pun baik-baik dan bertoleransi semuanya.
Anak-anak buah kita seronok sungguh. Tak semua ikut kali ni. InsyaAllah, next time semua boleh join.
Merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak, Miri adalah bandar raya pertama yang bukan ibu negeri mendapat taraf bandar raya. Turut dikenali sebagai Bandaraya Peranginan, Miri mula dikenali apabila kemunculan industri minyak dan gas asli dijumpai pada tahun 1910 di Bukit Telaga Minyak, Bukit Kanada.
Rentetan dari itu Miri terus pesat membangun hingga hari ini. Miri dikatakan mendapat nama daripada suku kaum Miriek yang merupakan penduduk bumiputra Miri pada abad ke-16. Orang Eropah yang datang untuk mencari gali minyak kemudiannya secara tidak sengaja menukar nama Miriek menjadi Miri. Maka nama tersebut kekal hingga kini. Bandaraya ini terletak di bahagian Utara Sarawak, dikelilingi oleh laut di bahagian timur dan bersempadan dengan negara Brunei.
Jika bercadang bercuti ke Miri, Sarawak lokasi ini merupakan destinasi wajib mesti singgah:
Bukit Canada juga digelar The Grand Old Lady merupakan telaga minyak pertama di negara ini yang menggunakan kaedah alat kabel. Sejak 1910, Bukit Canada yang terletak 150 meter di atas paras laut, telah menyaksikan pelbagai sejarah dan pembangunan fizikal yang berlaku di bandar Miri yang kaya dengan hasil minyak ini, tetapi juga industri pelancongannya yang menarik. View di atas puncak bukit ini sangat menawan dan istimewa dengan pemandangan indah bandar raya Miri dan Laut China Selatan. Memandangkan Bukit Canada mempunyai nilai sentimental kepada Miri, sebuah Muzium Sains Petroleum telah didirikan di sebelahnya.
Muzium ini merupakan salah satu tarikan utama pengunjung di bandar Miri. Sebaik sahaja kaki melangkah ke sini, pelawat seolah-olah dibawa kembali ke era bermulanya industri petroleum di Miri dengan wujudnya replika patung manusia yang sedang menggerudi minyak dan menara yang tinggi menjulang langit. Selain lengkap dengan sejarah perkembangan petroleum, pengunjung pasti tertarik dengan reka bentuk bangunan muzium.
Tamu Muhibbah memang terkenal bukan sahaja kepada penduduk tempatan tetapi juga pelancong luar berusia lebih dua dekad. Sesuai dengan namanya, pasar ini sangat muhibbah dek kerana para peniaga yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Antara yang boleh anda dapatkan jika berkunjung ke sini seperti hasil pertanian, sayuran dan buah-buahan segar yang dibawa dari pendalaman sekitar daerah Miri. Jika ingin mebawa pulang ole-ole, jangan lupa untuk membeli Gambir Sarawak, Perencah Laksa Sarawak, Beras Bario, Gula Apong, Kayu Serukai, Buah Dabai, Mangga Sarawak, Durian Mukak, Buah Terap atau Terubuk Ikan Masin.
Keindahan budaya pelbagai etnik yang terdapat di Sarawak boleh dilihat dengan berkunjung ke Pusat Kraftangan Miri. Pusat itu dibuka kepada pengunjung setiap hari mulai pukul 8 pagi hingga 6 petang. Antara kraftangan yang boleh dibeli di sini ialah tembikar Sarawak yang dihiasi dengan motif tradisional seperti bunga terung selain motif burung kenyalang. Selain itu, lukisan bermotifkan masyarakat Dayak dan Orang Ulu juga turut dijual dengan harga berpatutan.
Pusat itu amat ideal bagi penggemar kraf buatan tangan seperti bakul, dan tikar rotan serta topi daripada kulit kayu. Menariknya pusat ini menempatkan pembuat kraf tangan dari pelbagai etnik seperti Melayu, Iban, Orang Ulu, Bidayuh dan Cina di bawah satu bumbung. Setiap premis menjual kraf tangan berdasarkan etnik masing-masing misalnya Orang Ulu menjual sumpit, hiasan manik dan topi kulit kayu.
Lebih kurang sejam pemanduan dari Bandar Miri, jangan lupa untuk singgah sebentar di Kampung Bungai di Bekenu. Di sini ada sebuah kawasan pelancongan yang tidak kurang popularnya iaitu Pantai Bungai. Pantai Bungai terkenal dengan kejernih airnya serta keindahan kawasan sekelilingnya yang masih terpelihara baik jauh dari kesibukan kota. Buat pengunjung yang gemar merakam momen indah pemandangan pantai, waktu paling ideal untuk ke sini menurut penduduk tempatan adalah pada pagi hari. Ketika itu air laut akan surut, maka pengunjung dapat melihat satu fenomena bentuk geografi yang begitu menarik dan unik.
Alang-alang sampai di Miri, masukkan destinasi Long Bedian dalam itinerari percutian anda. Long Bedian merupakan salah satu kawasan rumah panjang yang masih kekal dengan adat resam akar umbinya dan penduduknya jarang berhijrah ke bandar. Kejayaan dan perkembangan rumah panjang ini menarik perhatian ramai pihak sehinggalah mendapat perhatian dari golongan berstatus bangsawan untuk datang melawat.
Long Bedian hanya boleh dikunjungi menggunakan kenderaan pacuan empat roda dengan perjalanan lebih 200km dari bandar raya Miri. Selain itu, kampung berkenaan juga boleh dikunjungi dengan menggunakan perkhidmatan bot ekspres dari pekan Marudi ke Long Lama, sebelum menggunakan laluan jalan balak dari Long Lama ke Long Bedian.
Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Zoo Taiping and Night Safari, Taiping meriah seketika apabila menerima ahli baharu dengan kelahiran tiga ekor anak Harimau Malaya atau nama saintifiknya ‘Panthera Tigris Jacksoni’ pada 12 April 2020 lepas.
Foto anak-anak harimau yang comel itu kini tular dilaman sosial. Anak harimau yang belum diketahui jantina itu dilahirkan dengan anggaran berat 700 hingga 900 gram setiap ekor oleh induk yang turut dilahirkan di zoo berkenaan pada tahun 2009. Tempoh penceraian susu anak harimau adalah sekitar umur tiga hingga empat bulan dan akan hidup bersama ibunya selama kira-kira 18 bulan.
Zoo Taiping and Night Safari kini mempunyai lapan ekor Harimau Malaya termasuk anak yang baru dilahirkan. Kelahiran Harimau Malaya itu adalah yang keempat di premis tersebut selepas yang terakhir pada 2009.
Zoo Taiping and Night Safari ditutup sementara kepada orang awam mulai 18 Mac lepas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, namun kebajikan terhadap haiwan terus dijaga dengan pemantauan secara kerap dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.
Berdasarkan kepada penemuan awal tinjauan Harimau Kebangsaan 2016-2020 mendapati populasi Harimau Malaya di negara ini berada pada tahap sangat membimbangkan iaitu kurang daripada 200 ekor disebabkan oleh pemburuan haram, kehilangan habitat semulajadi, pencemaran alam dan beberapa faktor lain.
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...