Kalau nak rasa pengalaman bercuti dengan menaiki kereta api untuk ke destinasi tertentu bersama seisi keluarga, boleh cuba ke Kota Bharu. Jauh perjalanan, luas pemandangan!
Apa yang menarik naik kereta api, sepanjang perjalanan akan dihidangkan dengan suasana kedesaan dan melihat panorama hutan dan gunung ganang yang indah sepanjang perjalanan.
Naik Kereta Api Dari Kluang Ke Kota Bharu
Ini pastinya akan memberi pengalaman yang begitu bermakna buat yang pertama kali mencubanya.
Meskipun terpaksa melalui tempoh perjalanan yang panjang, namun itu semua akan menjadi momen indah yang akan terus dikenang.
Berkongsi pengalaman dan iternari percutian bersama keluarga di facebook, Travelogue Mr Backpacker ada berkongsi gambar-gambar menarik mereka seisi keluarga sepanjang percutian ke Kota Bahru dengan menaiki Tran Express Rakyat Timuran.
4H3M Ke Kota Bharu, Naik Train Express Rakyat Timuran
Haaa… kiranya dapat 2 Malam di dalam train & 1 Malam di hotel.
Total PAX: 8 Dewasa,3 Kanak-kanak & 1Bayi.
1 Jan 2023
10:40PM ERT26 Kluang – Wakaf Bharu
Ambil semua dalam 1 Koc (T8) dan booking katil bawah untuk lebih selesa dan dapat pemandangan yang lebih cantik dan sedikit luas berbanding katil atas.
Perjalanan mengambil masa selama 14 jam dan akan sampai di Wakaf Bharu keesokan harinya.
2 Jan 2023
Saya parking di KTM Kluang berdekatan Kluang rail coffee ,kena pakai TnG card dan bayaran dikenakan max RM5 untuk sehari, open car park tapi still selamat sebab berpalang.
Dari Kluang sampai Ke Kuala Lipis korang kena tidur dan berehat sebab malam tak nampak apa pun view, tetapi dari Merapoh sampai ke Tumpat kena bangun untuk tengok sunrise dan view yang cantik di sepanjang perjalanan sehinggala sampai ke destinasi terakhir.
Ada Cafe Untuk Makan
Cafe ada sediakan makan untuk breakfast tapi pilihan makanan amat limited, kalau nak minum-minum dan makan maggi cup sambil lepak dekat cafe pun nice. Saya dah siapkan stok makanan awal-awal sebab trip family ini ramai, risau ada yang lapar tengah-tengah malam, ada juga bekalan.
1:00PM Sampai di Stesen Wakaf Bharu,Kelantan.
Ads
Train lewat tiba 30mins dari jadual asal.
Kami sewa van untuk 1 hari setengah dengan kos RM450, van Hiace 12 seat sesuai sangat untuk trip family ni.
Destinasi Pertama selepas Lunch kami pergi jalan-Jalan dan shopping di Kompleks Bebas Cukai,Pengkalan Kubor,Tumpat.
Dalam perjalanan balik ke Kota Bharu, kami Singah bergambar di Wat Machimmaram,Tumpat.
5:30PM
Sampai di Kota Bharu terus check in di Ibis style Kota Bharu, pilih stay hotel ni sebab saya dapat offer yang menarik dan kebetulan ada pool, boleh bawa anak-anak buah mandi tapi awas ya, pool dia dalam dan tiada pool kanak-kanak, korang kena bawa pelampung dan awasi anak-anak.
8:30PM
Ads
Banyak kedai makan yang viral tutup, kami cari Dinner di sekitar bandar KB dan terus balik ke Hotel untuk berehat.
3 Jan 2023
8:00AM-6:00PM
Breakfast di Kopitiam Kita
Cari ole-ole di Pasar Khadijah
Berkelah di Pantai Nami Malaysia, juga di kenali sebagai Pantai Senok yang terletak di Daerah Bachok.
Minum petang sebelum balik malam nanti,kami cuba ICT di Warung Acu Tera Sotong Celup Tepung.
7:00PM
Return semula Van Sewa di station Wakaf Bharu.
Ads
Mandi,solat,Makan dan tunggu train ERT27 untuk balik semula Ke Kluang.
8:45PM
Train ERT27 sampai on time ,masuk je train semua terus tertidur kepenatan.
4 Jan 2023
9:40AM
Train ERT27 sampai di Stesen KTM Kluang dan kami beransur pulang.
Tip Untuk Anda
Downloads Apps KITS KTMB dan buat tempahan seawal sebulan untuk pastikan korang dapat katil bawah dan koc yang bersesuaian.
2. Elakan pilih katil di no awal dan akhir (1&3 dan 37&39) sebab tingkap dia ada 2 section dan korang tak akan dapat view yang penuh sebab ada panel tingkap.
3. Bagi mereka yang tak nak ada ganguan orang keluar masuk dari koc ke koc untuk ke cafe boleh pilih di koc yang hujung sekali (T8/9) agak bising sedikit sebab dekat dengan engine lokomotif untuk ERT26 (JB sentral-Tumpat). Kalau untuk laluan balik insha Allah tiada bunyi engine sebab Koc Hujung Kepala Lokomotif akan berada di hadapan sekali.
4. Pastikan korang ambil masa dan keluar sekejap untuk bergambar di stesen Gua Musang sebab view sangat cantik dan train akan berhenti sedikit lama di sana.
5. Ruang bagasi tidak disediakan ya, barang dan beg boleh diletak ditepi katil di laluan di dalam koc. Kalau dalam perjalanan balik korang tershopping banyak, korang boleh book extra 1katil untuk kumpulkan satu tempat untuk mengelakan kehilangan barang dan memudahkan pergerakan nak turun dari train nanti.
6. Macam saya ada beli 2 katil kanak-kanak tapi masa balik barang banyak sangat, jadinya 2 orang anak buah saya tidur sekali dan lagi satu katil kami buat cargo space untuk kami.
Pembelian Tiket
Warga emas/pesara kerajaan ada diskaun konsesi sebanyak 50% tetapi kena buat pendaftaran di kaunter ataupun online melalui apps KITS terlebih dahulu.
Tiket kanak-kanak untuk umur 4-12 tahun, manakala 3 tahun ke bawah adalah percuma dengan syarat mereka perlu duduk bersama Ibu/bapa dan umur dikira mengikut bulan kelahiran ya.
Untuk Penumpang yang datang dari lembah klang ataupun utara, korang boleh naik ETS sampai ke stesen Gemas untuk try naik Sleepers Train/Jungle train/Express Rakyat Timuran ni. Boleh semak jadual dan rancang perjalanan kerana 1 hari cuma 1 jadual perjalanan sahaja.
Jadi itu sahaja tip yang patut anda semak sebelum memulakan perjanan yang panjang naik kereta api ke Kota Bharu. Moga bermanfaat!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Lagi-lagi jika dikatakan trip bujang. Seperti perkongsian Mohamad Hanif Ahmad yang memberitahu percutian bujang 2 hari 1 malam memberikan momen terindah padanya.
Lebih menyeronokkan percutian singkat ini dia memilih melihat keindahan semula jadi bertujuan untuk merehatkan minda.
Mantulll! Tak sangka ada hidden gem mcm ni kat pahang.
Trip Bujang Cuti-Cuti Malaysia
Trip ini hanya untuk 2 hari 1 malam, untuk chilling-chilling lepak dekat dengan nature rehatkan minda.
Sungai Lembing is one of the hidden gem in Pahang. Sangat best sebab banyak tempat menarik yang bukan saja nature tetapi ada juga sejarah yang tersendiri!
Oleh kerana kami pergi untuk nature. Tidak sempat singgah muzium dengan lombong. Juga tidak sempat melihat Rainbow Waterfall and Panorama Hills untuk melihat pelangi dan sunrise over the awan karpet.
Rainbow hari itu muncul sekejap je sebab mendung! Tapi syukur sebab masih dapat tengok!
Stay di Time Capsule Retreat, Sg Lembing. Bilik dia walaupun kecil tetapi super cozy! Request pulak yang jungle side, memang dapat yang paling hujung.
Bilik pulak depan belakang cermin. Boleh tidur sambil tengok haiwan melintas (jika ada).
Sampai check in hujan renyai-renyai, view memang HD!Morning View!Kalau nasib baik boleh nampak binatang melintas! Kalau hujan lebat, bawah itu jadi anak sungai.
Kemudan disediakan
Toilet sharing dengan penghuni yang lain, tetapi bersih sangat! Ada water heater shower juga, dan kalau sejuk boleh mandi air panas.
Manakala untuk yang muslim, ada surau disediakan. Solat dalam pondok yang dikelilingi hutan. Best betul.
Waktu malam kami buat bbq walaupun 4 orang saja, tetapi the moment itu yang best.
Chef Ramsy prepare bbq.Bon apetite!
Paling dinantikan
6am esoknya berkumpul sebab mahu bergerak pergi waterfall. Sebelum itu berpengalaman menaiki bumpy ride yang dijanjikan sangat mengujakan.
Turun naik bukit, redah anak sungai, dipukul manja oleh semak samun di tepi denai, Kemudian disimbah pulak dengan sinar mentari dan air! Memang sangat perghhhhh..
Bumpy ride dalam 1 jam untuk sampai ke jambatan checkpoint bagi ke seberang sungai untuk ke waterfall.
Kemudian kena trekking dalam 20 hingga 30 minit. Oh ya, boleh sewa kasut getah dekat pondok tandas sebelum jambatan tadi.
Awan karpet! Tunggu sunrise tapi cloudy pulak. Serius cantik.Our ride! Macam naik roller coster! Kalau hujan, trail licin, banyak kali sliding ye.
Momen yang sangat menakjubkan
View memang cantik! Sumpah tak tipu! Hilang penat!
Bila sampai waterfall uncle bagi minum milo dan makan mee segera. Lapar-lapar makan sambil tengok air terjun cantik.
Masa paling optimum 10.30 pagi, ini kerana uncle beritahu matahari memang direct hit air terjun. Memang cantik.
Amazing view! Trail dia penuh pacat. Sila bawak insect reppelant. Bukak kasut sudah gemuk-gemuk pacat kekenyangan.Uncle tolong masakkan mi segera dan bagi air milo panas! Sejuk-sejuk makan mi segera memang nikmat!
Harga ditawarkan
Time Capsule Retreat – RM150/night Set bbq – RM50 Waterfall package – RM60/pax Kasut getah – RM3/pair Tongkat kayu – RM0.50/tongkat
Boleh sewa kasut getah a.k.a adidas kampung ini hanya RM3. Melekat tak slippery juga boleh menyelamatkan kasut mahal kita dari basah.
Semalam ramai penduduk dunia yang menantikan kemunculan penuh fenomena bulan purnama gergasi atau Super Flower Moon untuk kali keempat dan terakhir buat tahun 2020 ini.
Fenomena bulan purnama sepenuhnya itu dapat dilihat malam tadi apabila bulan mula mendekati garisan cakerawala ( bulan mendekati Bumi pada jarak sekitar 360,000 kilometer). Dengan itu, bulan akan kelihatan lebih besar dan terang daripada biasa. Menurut kenyataan National Aeronautics and Space Administration (NASA), fenomena ini akan mula dapat dilihat bermula 5 Mei hingga 8 Mei 2020. Kemunculan Supermoon yang seterusnya pula dijangka pada 27 April 2021 dan 26 Mei 2021.
Supermoon atau bulan purnama gergasi ini juga memiliki nama-nama lain seperti Bulan Tanam Jagung (Corn Planting Moon) dan Bulan Susu (Milk Moon). Istilah “Supermoon” berasal dari seorang pakar astrologi, Richard Nolle pada tahun 1979. Ia merujuk kepada bulan baru atau bulan purnama yang tercipta pada 90 peratus perigee, atau titik kedudukan antara bumi dan orbit yang tertentu.
Ini antara foto-foto Super Flower Moon diseluruh dunia semalam. Cantik sangat!
A full moon seen in Sydney on Friday 8th May, 2020. Picture: John GraingerSource:News Corp AustraliaFoto: Reuters
The full moon, also known as the Supermoon or Flower Moon, rises above the Statue of Liberty, as seen from Jersey City, New Jersey, U.S., May 7, 2020. REUTERS/Brendan McDermid
Sebaik menjejakkan kaki ke Lapangan Terbang Bandara Husein Sastranegara, Bandung, Indonesia, suasana percutian mula terasa. Dibantu pemandu pelancong atau supir Rahmat Sugiarto dari Instagram @maostraveltours_bandung, penulis dan pasangan terus menghala ke utara Bandung untuk melihat keindahan Tangkuban Perahu yang penuh dengan cerita legendanya.
Sepanjang perjalanan sejauh kira-kira 20 kilometer, kami diingatkan Rahmat mengenai ‘serbuan peminat’ yang akan mengikuti ke mana saja pelawat di situ, menjual barangan mereka sambil memberi penerangan mengenai Tangkuban Perahu.
Tidak kurang juga ada menawarkan khidmat menjadi jurugambar. Ya, ia memang berlaku dan sangat tidak selesa. Namun, memikirkan cara mereka mencari rezeki, bak kata Rahmat, “Pedulikan aja mereka”.
Selepas puas bergambar dan melihat sendiri kawah Tangkuban Perahu sambil menghidu bau sulfur, kami ke satu lagi tempat menarik dan indah di Bandung iaitu The Lodge Maribaya.
Menurut Rahmat, lokasi menarik ini baru sahaja beroperasi kira-kira 2 tahun. The Lodge Maribaya terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang sejuk serta eksotik dan ternyata ia menjadi tumpuan ramai sehinggakan kami perlu beratur satu jam untuk menaiki pelantar Sky Tree yang menjadi rebutan pengunjung untuk bergambar.
Selain pelantar itu, terdapat juga Mountain Swing serta Zip Bike, basikal yang disokong dengan tali keselamatan yang melalui titi kabel dan ia memberikan pengalaman berbasikal di udara. The Lodge Maribaya wajib menjadi salah satu tempat yang perlu dikunjungi jika anda melawat Bandung.
Kami juga sempat singgah ke Farm House bergambar di Rumah Hobbit yang ternyata begitu unik dengan seni bina ala Eropah di situ, selain merasai kesegaran susu coklat yang sangat sedap.
Syurga beli-belah, makanan
Hari berikutnya bermula dengan jadual membeli-belah. Seawal jam sembilan pagi, kami siap menuju ke Pasar Baru, ‘syurga’ beli-belah terkenal di Bandung. Pelbagai barangan boleh didapati di sini seperti kain ela, telekung, baju, kasut, pakaian kanak-kanak, kain batik Indonesia, macam-macam lagi. Setiap tingkat atau disebut lantai dalam bahasa tempatan, tersedia banyak pilihan yang pastinya menepati kehendak pengunjung dengan tawaran harga menarik dan boleh tawar-menawar.
Selepas Pasar Baru, kami singgah ke kedai Indo Snack beli kudapan Bandung untuk dibawa pulang ke Malaysia seperti pisang salai dan keropok belut.
Seterusnya, kami ke Kompleks Grutty, Cibaduyut. Di sini ‘syurga’ untuk beli-belah barangan kulit seperti kasut, sandal, jaket, beg, tali pinggang dan pelbagai lagi. Perjalanan ke sini kira-kira satu jam dari kota Bandung dan menjadi destinasi wajib singgah. Di luar Kompleks Grutty, terdapat kedai-kedai di sepanjang Jalan Cibaduyut ini. Anda akan rambang mata dengan begitu banyak pilihan pada harga yang belum tentu boleh didapati di tempat lain.
Usai di Jalan Cibaduyut, kami meneruskan perjalanan ke Skywalk Cihampelas, lokasi persinggahan pengunjung di tengah-tengah kota Bandung yang mirip Pasar Seni di Kuala Lumpur, tetapi mempunyai siar kaki di tingkat atas.
Di sini, kami mencari coklat atau lebih dikenali sebagai chocodot bagi masyarakat di sini. Coklat ini tengah popular untuk dijadikan buah tangan, di mana pembalut coklat ini mempunyai kata-kata indah, semangat dan positif. Tidak lupa, buah tangan brownies kukus yang sememangnya terkenal di Bandung. Benar kata orang, kalau makan angin, tidak terasa cepatnya masa berlalu. Bandung bukan sahaja syurga beli-belah, bahkan syurga makanan.
Lawatan singkat ini ternyata menerbitkan rasa cinta untuk kembali lagi ke sana, mengulangi episod perjalanan penuh kenangan kerana, biarpun ia bukanlah lokasi percutian romantik seperti di Cappadocia, Turki, atau pun Agra di India, namun beberapa lokasi di Bandung mampu mengembalikan getaran cinta bagi pasangan yang ingin merasai kemanisan berbulan madu ala nusantara, dan menghabiskan masa berkualiti kerana Bandung mempunyai kelasnya yang tersendiri.
Perkongsian pengalaman oleh MJ.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...