Alang-alang sampai di Miri,Sarawak masukkan destinasi Long Bedian dalam itinerari percutian anda. Long Bedian merupakan salah satu kawasan rumah panjang yang masih kekal dengan adat resam akar umbinya dan penduduknya jarang berhijrah ke bandar.
Long Bedian hanya boleh dikunjungi menggunakan kenderaan pacuan empat roda dengan perjalanan lebih 200km dari bandar raya Miri. Selain itu, kampung berkenaan juga boleh dikunjungi dengan menggunakan perkhidmatan bot ekspres dari pekan Marudi ke Long Lama, sebelum menggunakan laluan jalan balak dari Long Lama ke Long Bedian.
Kejayaan dan perkembangan rumah panjang ini menarik perhatian ramai pihak sehinggalah mendapat perhatian dari keturunan Diraja untuk datang melawat. Dengan semangat kemasyarakatan yang ditunjukan, Orang Kayan iaitu penduduk di Long Bedian telah mewujudkan satu program komuniti pelancongan dengan membina chalet persisiran sungai yang bersambung dengan rumah panjang tersebut.
Ads
Pengunjung yang datang ke sini sentiasa dialukan untuk merasai pengalaman kehidupan di Long Belian. Lawatan ke Long Bedian menjanjikan pengalaman menyusuri sungai, menyediakan rangkaian laluan hutan yang menyeluruh serta penjelajahan menggunakan bot untuk menyaksikan pemandangan air terjun yang sangat menakjubkan.
Biarpun, prasarana infrastruktur tidak sempurna seperti di kawasan lain, namun masyarakat di sini yakin kesungguhan penting dalam membangunkan kawasan tersebut agar tidak terus mundur dan ketinggalan.
Ads
Ads
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nama Tasik Chini yang terkenal dengan mitos kewujudan naga kembali disebut-sebut sejak kebelakangan ini, selepas sekian lama tenggelam disebabkan tidak lagi menjadi destinasi pelancongan terkenal negeri Pahang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Pekan, Pahang, dahulunya sinonim dengan bunga teratai memenuhi permukaannya, namun keindahannya dikatakan mula terhakis akibat aktiviti penerokaan tanah secara haram dan perlombongan.
Terbaru, Kerajaan Negeri Pahang akan mengambil langkah untuk mewartakan tasik semula jadi, Tasik Chini, sebagai sebuah taman negeri yang baharu dan kawasan hutan simpan bagi menjadikannya sebagai destinasi pelancongan dan rekreasi pilihan pelancong termasuk dari luar negara.
Kerajaan negeri akan menghentikan aktiviti perlombongan dan pembalakan di sekitar Tasik Chini bagi membolehkan aspek pemulihan berlangsung. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, juga bersetuju Tasik Chini yang terkenal dengan legenda naga dan keindahan bunga teratai sebelum ini diwartakan sebagai kawasan hutan simpan kekal supaya ia terpelihara. Langkah untuk mewartakan kawasan ini perlu dilakukan supaya alam sekitar ini dapat diwariskan kepada generasi akan datang, dalam keadaan yang baik dan semula jadi tanpa dicemari aspek pembalakan atau perlombongan.
Usaha ini yang bermula sekarang, membolehkan orang ramai dijangka dapat kembali menikmati keindahan Tasik Chini dalam tempoh 10 hingga 20 tahun. Dasar khas sudah dibuat tahun lalu dan kini kita memasuki peringkat pelaksanaan dengan keutamaan untuk mengekalkan status tapak rizab biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) selain menjadikannya destinasi pilihan untuk ekopelancongan.
image via google & Tourism Malaysia | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selain Sabah, antara negeri di Semenanjung Timur yang sering jadi pilihan adalah Sarawak.
Dan semestinya Kuching menjadi destinasi pilihan pengunjung disebabkan pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sini.
Perkongsian sahabat Backpacker Buddies Malaysia, Naseer Othman memberitahu itinerary sepanjang 5 hari 4 malam berada di sana dengan bajet bawah RM1k.
Kuching 5Hari 4mlm Total perbelanjaan RM923
Rabu 9/3/2022 – 0305pm-0505pm Pen-Kuc ( flight asal 7am di retime oleh air asia mcm biasa la kan ) costing rm218 – Ambik kereta sewa axia rm360 + rm20 minyak/2 = rm190 – Check in harbour view hotel 2mlm with breakfast rm258/2= rm129 – Dinner di topspot- walking distance ja dari hotel – Jalan2 ronda area waterfront
Khamis 10/3/2022 – Hiking di bengoh dam, padawan – Perjalanan dari hotel ke bengoh dam 40min. Laluan jalan pun berkabus dah cantek dah. – Booking untuk hiking ni RM50 termasuk boat dan guide. Buat arrangement dgn guide tunggu di dam pukul 8am. Dari dam ke tempat permulaan hiking 20min, memang layan view. – Hiking akan temui 3 waterfall. Waterfall yang paling cantek yang last mcm Jurassic park zaman dinosaur. Hiking ambil masa 40min. Track senang dan paling best akan lalu laluan titi/jambatan yg dibuat dari buluh. – Lepas tu di bawa ke kampung sting, kena naik boat dalam 5min dan hiking ke kampung dlm 15min. Di kampung sting ne ada homestay dan boleh bermalam disini. – Lunch di mom laksa – masih sedap macam dulu – Dinner di topspot- dah malas nak cari kedai mkn lain sebab kat situ dah sedap- kedai no 25, bukit mata, jalan-jalan di waterfront cuci mata
Jumaat 11/3/2022
– Breakfast di hotel & check out – Hiking di gunung santubong- free n x peu guide sbb track dia clear dan well maintain. – Parking di Taman Negara Santubong, kena lapor diri dan tulis nama masa masuk dan masa keluar. Dia akan bagi nombor hiker, masa tu dpt no 4. Sehari limit 50org sahaja. Hiking di sini ada cut of time, kena sampai puncak sebelum pukul 1pm, jika x sampai tepat pukul 1pm kena patah balik. Pintu masuk dibuka pukul 7am dan tutup pukul 5pm. Kami start pukul 830am sampai ke puncak 12pm. Rehat 1jam di atas puncak turun ke bawah dalam 2jam. Track memang extreme, hard core hehe, not recommended untuk yang beginners or yang nak datang just OOTD hehe. Jarak ke puncak 4.95km elevation 820m. Ada 18tangga bomba 90degrees, ni yg bahaya masa turun, masa naik ok ja. Masa turun jenuh pikiaq nak pijak yang mana satu. – Lunch di B.V Seafood Restaurant – Check in di the village house- mmg ambik hotel area santubong jugak sbb tahu mesti barai lepas hiking dah tak larat nak drive jauh-jauh. Hotel ini memang recomended sangat sebab ID dia lawa macam bali and tradisi org Sarawak, tapi hotel ini tidak membenarkan budak 12tahun ke bawah masuk. So memang sunyi sepi aman damai untuk berehat kat sini. RM328/2=RM164 with breakfast dan dinner. Dinner dia best ada appertizer, main course dan desert dan ala-ala fine dining- romantik la kalau hangpa p honeymoon. Hotel ini ada bilik dorm jugak untuk backpackers. Petang boleh layan sunset di Pantai Puteri Santubong by walking distance dari hotel.
Sabtu 12/3/2022 – Mandi swimming pool- sebab pool dia lawa, rugi kalau tak mandi. Breakfast dan check out. Check out sini awal 11am ya – Lunch di telaga air- sedap dan recomended – Check in di Hilton Kuching rm255/2=rm127 with breakfast. Hotel ini ada view dari bilik sungai Sarawak dan bangunan dewan undangan negeri yang cantik tu. – Oleh sebab kaki lenguh dan sakit p massages di Borneo Reflexology RM45 sejam murah sangat. – Last dinner di topspot – Jalan-jalan di waterfront makan ice cream gula apong sambil tengok show air
Ahad 13/2/2022 – Breakfast at hotel – Shopping ikan terubok masin di pasar satok – Shopping kek mita – Shopping kek Sarawak di Kek Lapis Dayang Salhah – Late check out 2pm — Lunch di Kopi O Corner- tak sedap not recommended – Borneo Cultures Museum – Baru sahaja dibuka pada 9.3.2022, setakat ini masuk adalah percuma. Ada 5 tingkat muzium ini, besar dan luas mmg best la nampak modern dan susunan tidak membosankan. – Hantar kereta di airport – 0845pm-1045pm kuc to open
Pantai Batu Buruk terletak berhampiran dengan Kuala Terengganu. Dah alang-alang sampai ke Kuala Terengganu tu, jom singgah sebentar ke sini. Kalau ada perancangan nak ke sini, pastikan anda bawa sekali kelengkapan untuk berkelah. Pantai ni memang menarik dijadikan tempat untuk beriadah bersama keluarga tersayang. Bawa la layang-layang, boleh anda bermain bersama anak-anak.
Pantai ini terletak di Marang dan istimewa mengenai tempat ini adalah restoran-restoran yang menyajikan makanan laut sepanjang pesisir pantai. Makanan yang special di sini adalah ikan bakar.
Kalau anda bercadang nak ke Pantai Teluk Lipat ni, singgah juga ke Pantai Teluk Gadong kerana kedua pantai ini bersambungan antara satu sama lain dek kerana pantainya yang panjang. Pemandangan di pantai ini cantik dan sesuai untuk anda beraktiviti bersama keluarga. Kalau petang-petang, anda akan dapat lihat ramai pelajar dari UiTM Dungun menghabiskan masa petang mereka di sini.
Pantai ini juga terletak di Dungun. Pantai ini agak panjang, jadi memang puas anda nak bermain kejar-kejar dengan anak-anak. Main layang-layang pun sangat menyeronokkan kerana pesisir pantainya yang cantik dan bersih. Pasirnya juga halus, memang membuatkan rasa seronok berjalan di sekitar pantai ini tanpa memakai kasut atau selipar. Air pantai di sini sangat biru, mampu membuatkan anda asyik ketika berada di sini.
Pantai Penarik ni selalu di singgahi oleh mereka yang dalam perjalanan menuju ke Kelantan. walaupun menjadi tempat persinggahan atau R&R kepada si musafir, tak dinafikan tempat ini sangat cantik untuk dilawati bersama keluarga. Di sini mempunyai beberapa kedai makanan laut yang menyediakan makanan yang cukup enak untuk santapan anda. Pantai di sini jauh lebih putih dan halus berbanding pantai-pantai yang lain, malah air lautnya juga lebih biru dan cantik.
Itu 5 pantai yang menarik untuk Libur cadangkan kepada anda. Jangna tunggu lama lagi, cuti sekolah dah nak dekat. Rancang percutian anda sekarang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Penerbangan jarak jauh memang boleh jadi mencabar, terutama kalau perlu duduk berjam-jam dalam ruang yang terhad. Silap pilih tempat duduk, perjalanan yang sepatutnya menyeronokkan...