Kalau anda pernah menaiki Melaka River Cruise, ketika menyusuri sungai Melaka pasti akan melalui satu kawasan perumahan kampung kira-kira empat kilometer di sungai berkenaan. Kawasan tersebut dipanggil Kampung Morten.
Yang pasti ramai terpegun melihat rumah tradisional Melayu yang terdapat di kampung tersebut. Bukan sahaja pelancong asing, malah penduduk tempatan juga seperti ‘khayal’ dan terpesona dengan keunikkan seni bina rumahnya.
Ramai mengagumi keunikan Kampung Morten yang masih teguh walaupun terletak di tengah-tengah pusat bandar raya Melaka. Kampung Morten cukup terkenal dengan keunikan tradisi lama masyarakat kaum Melayu yang masih terpelihara.
Kebanyakkan penduduk Kampung Morten tetap mengamalkan cara hidup lama di samping mempamerkan dan menjaga keunikan reka bentuk rumah mereka. Bukan sahaja kunjungan daripada pelancong dalam dan luar negara, kampung tradisional ini juga sering mendapat perhatian bagi mengadakan beberapa program khususnya dalam memperkenalkan budaya Melaka. Malah, banyak juga produksi tempatan dan antarabangsa yang memilih dan menggunakan kawasan di Kampung Morten ini sebagai lokasi set penggambaran.
Seni Bina Tradisi Dipelihara
Ads
Antara faktor yang menghidupkan keunikan dan keistimewaan kampung ini ialah melalui konsep reka bentuk rumah dan landskapnya. Rumah tradisional Melaka dibina dengan reka bentuk warisan masyarakat Melayu bercirikan bumbung atap yang panjang dan tangga batu dihiasi jubin. Tangga batu merupakan ciri utama keunikan rumah ini, di samping ukiran kayu di bahagian serambi yang unik.
Halaman rumah tradisional tersebut biasanya dihiasi dengan pelbagai jenis pokok bunga. Ini menjadikan Kampung Morten begitu istimewa. Pengunjung berpeluang melihat kesemua deretan rumah tradisional yang tersusun dari segi bentuk bumbung, tangga dan hiasan dalaman. Ia seolah-olah membawa pengunjung kembali ke zaman kerajaan Melayu Melaka.
Jika rasa ingin menginap di sini, terdapat beberapa buah rumah penduduk yang dijadikan sebagai homestay. Tetamu akan diberi pilihan pakej-pakej tertentu yang pastinya akan meninggalkan pengalaman berharga tatkala menginap di sini.
Sejarah Kampung Morten
Ads
Nama Kampung Morten diambil sempena nama seorang Pesuruhjaya Tanah Inggeris, Frederick Joseph Morten. Pembukaan Kampung Morten diasaskan oleh Allahyarham Othman Mohd. Noh pada sekitar 1920-an. Ketika ini, kampung tersebut mempunyai 85 rumah termasuk 52 rumah tradisional Melaka. Sewaktu pembukaannya, kampung ini terletak di kawasan paya yang diliputi hutan pokok nipah di pinggir Sungai Melaka dan menjadi satu-satunya kampung Melayu asli yang wujud sehingga hari ini.
Kampung Morten mendapat perhatian penuh kerajaan Melaka dan diwartakan di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya pada tahun 1988 sebagai kawasan perkampungan tradisional Melayu dan pusat tarikan pelancong. Kini, perkampungan itu dikelilingi bangunan moden dan aliran air Sungai Melaka yang bersih dengan kedua-dua tebing sungai diperindahkan oleh kerajaan negeri.
Selain terkenal dengan keenakan makanan yang pelbagai, kaya dengan seni dan kebudayaan, negeri Kelantan atau turut dikenali sebagai negeri Cik Siti Wan Kembang ini juga mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati.
Kalau ke Kelantan dan nak explore tempat-tempat yang rare ada kat negeri ini, cuba terjah 5 lokasi ini. View memang superb boleh bergambar dan explore apa yang ada di kawasan sekitarnya:
Kompleks Gua Ikan, Dabong, Kelantan
God’s Light. Fenomena pantulan cahaya matahari di celahan gua seakan cerita dongeng.
2. Pantai Mek Mas
Korang boleh cuba luncur pasir di sini, tak perlu nak ke Timur Tengah dah. Kawasan ni juga pernah viral kerana fenomena laut terbelah suatu masa dulu. Cumanya kawasan pantai laut terbelah tu dah ditutup atas faktor keselamatan.
3. Air Terjun Jelawang, Dabong
Di celahan hutan tebal yang masih ‘dara’ ada air terjun 7 tingkat yang tertinggi di Asia Tenggara!
4. Masjid Razaleigh, Gua Musang
Masjid Berkonsepkan Mekah, estetik dan sangat sesuai OOTD. Pastikan jaga halal gap ya.
5. Lata Kashmir, Jeli
Keadaan anak sungai yang jernih mengalir di celahan padang rumput yang menghijau. Tempat yang mnegasyikkan untuk berkelah seisi famili. Bolehlah berangan ‘Bajrangi Baijan’ di sini.
Kelantan ni banyak juga tempat menarik. Tak cerita lagi seni dan kebudayaan di Kelantan. Jom meriahkan Festival Kesenian Rakyat Kelate 2022. Macam-macam ada! Antaranya talk show, persembahan Makyung, dikir barat, pelbagai permainan tradisional, battle of the band, Mr Abe Klate dan macam-macam. Paling penting, semua patuh syariah!
Dah alang-alang ada kat Kelantan, jangan lupa singgah Festival Kesenian Rakyat Kelate 2022. Details seperti di bawah:
Gemar travel secara solo dan backpacking, kunjungan ke Laos selama enam hari baru-baru ini melengkapkan pengembaraan Izzudin Pauzike semua 10 negara yang ada di Asia Tenggara.
Menjelajah ke 3 kota iaitu Vientiane, Luang Prabang dan Vang Vieng, Izzuddin menyifatkan Laos sebuah negara yang cukup cantik dengan alam semula jadinya yang masih terpelihara.
Pernah dijajah oleh kuasa besar Perancis, bangunan yang ada di kota-kota di sini juga banyak berunsurkan French colonial.
Kedudukan Laos yang juga bersempadan dengan Thailand dari arah Barat, memberikan peluang buat traveler untuk menikmati keindahan matahari terbenam dari sungai Mekong.
Banyak barangan murah dan juga tempat menarik untuk dilawati, setiap kota yang dijejaki Izzuddin mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Sungguh mengagumkan dan patut menjadi destinasi pengembara lain.
Turut diselitkan info tentang penginapan, tempat menarik, pengangkutan dan juga bajet, ikuti perkongsian Izzuddin:
Backpacking ke Laos, dan akhirnya sudah travel ke semua 10 negara negara Asean
Di sini saya sertakan itinerary saya selama 6 hari di Laos.
Laos adalah sebuah negara yang cantik, sangat “laid-back” dan rasa sangat tenang sepanjang berada di sana. Mungkin sebab kurang tourist di sana dan alam semula jadi yang masih lagi disimpan di sekitar bandar bandar utama. Orang lokal pula sangat peramah. Jadi, bila di night market, harga yang dijual sudah murah, rasa serba salah kalau nak minta bargain lagi.
Saya melawat 3 buah kota iaitu Vientiane, Luang Prabang dan Vang Vieng. Vientiane merupakan ibu kota negara Laos dan juga economic hub maka banyak bank dan syarikat asing di sana. Kedai kopi atau french cafe concept ada setiap 2-3 minit jalan kaki area pusat bandar. Dari segi aktiviti, tak banyak boleh dilakukan, jangan lupa untuk view sunset dari sungai mekong menghadap Thailand border. Sangat cantik. Banyak french colonial architecture di bandar ini juga.
Vang Vieng yang dikenali sebagai backpackers haven dan dikelilingi limestone. Aktiviti lasak boleh didapati di sini seperti kayak, caving, cave tubing dan banyak lagi. Aktiviti tumpuan yang pertama ialah water tubing. Tapi ingat, banyak kematian direkodkan untuk aktiviti ini, so do some research and if you want to do it at your own risk, choose the best travel agent that takes higher safety measures.
Luang Prabang, 2 hari di sini memang tak cukup. Bila disini, wajib pergi ke Kuang Si Waterfall, one of the most beautiful gems in Southeast Asia. Boleh juga mendaki ke Bukit Phousi, Royal Palace dan night market. My first impression di sini seperti berada di Yogyakarta. Most of the buildings here are so beautiful with the combination of French colonial architecture and local culture.
Dari segi matawang, Laos menggunakan Kip. Dan banyak money changer accept Malaysian Ringgit, but to be safe boleh bawak Baht/USD. Sebelum keluar dari Laos, habiskan lah Kip sebab negara Thailand sendiri tak terima matawang ini di Money Changer.
Makanan pula, di Vientiane, ada 2-3 buah restoran Malaysia. Rezeki saya sewaktu hari merdeka, saya terserempak Malaysians yang lain dan ajak makan bersama-sama di restoran malaysia di sana dan surprisingly owner restoran pun ada disitu. Di Vang Vieng tiada makanan halal saya yang jumpa, tapi ada banyak vegetarians restaurant dan di Luang Prabang, ada 2-3 restoran halal majority indian cuisine.
Pengangkutan sekarang sangat mudah di Laos sebab LCR (Laos-China Railway) sudah beroperasi sepenuhnya. Sebelum ini, perjalanan bus dari Vientiane ke Luang Prabang mengambil masa sekitar 10-12 jam melalui jalan darat seperti overnight bus dan kini, cuma 2 jam dengan menaiki train. Tiada Grab/Uber di Laos, tapi ada alternatif lain iaitu Loca (Grab versi Laos). Boleh pilih mode Motor sekiranya travel solo seperti saya.
Penginapan
Vang Vieng – Vang Vieng Backpacker hostel. Party vibe hostel, kalau tak suka yang bising bising (macam saya), saya tak prefer hostel ini tapi staff sangat friendly dan membantu. Dia juga boleh berbahasa Indonesia.
Luang Prabang – Downtown Backpacker hostel. Pengalaman pertama di mana 2 roommates saya dari Tel Aviv-Yafo/Jaffa, banyak perkongsian bersama mereka. Dan sebelah hostel ini ada restoran halal. Hanya 2-3 minit jalan kaki ke town center.
Vientiane – Petit Espace, 2-3 minit jalan kaki ke Main night market di hadapan Mekong River, di hadapan hostel ini juga ada food market tapi tiada yang halal.
Di bawah itinerary saya secara ringkas,
Day 1 – Vientiane dan menaiki train ke Vang Vieng
Vientiane – Pha That Luang, Patuxay Monument, Wat Sisaket.
Train ke Vang Vieng perlu dibeli in advance sebab tiket selalu habis. Bullet train yang baru dan cantik (dibina oleh China’s government). Harga sekitar 150K LAK. Perjalanan dari Vientiane ke Vang Vieng hanyalah 1 jam.
Day 2 – Aktiviti di Vang Vieng
Saya bayar day pakej harga sekitar 30 USD untuk Kayaking, caving, cave tubing, mandi swimming pool dan mandi di salah satu daripada 6 blue lagoon di Vang Vieng. Ada pakej lagi murah untuk aktiviti yang sikit dan pakej lagi mahal untuk aktiviti “high-end”.
Pasar malam di Vang Vieng. Kopi disana juga lebih pekat dan “strong”
Day 3 – Hiking di Vang Vieng dan menaiki train ke Luang Prabang.
Ada banyak viewpoint yang sangat cantik di Vang Vieng, dan yang paling famous dan cantik ialah Nam Xay Viewpoint. Pendakian mengambil masa sekitar 40 minit tapi incline yang sangat tinggi dan susah. But trust me, the view is so worth it. Ada motosikal di atas bukit tersebut so it’s a good place for instagram too.
Train ke Luang Prabang mengambil masa selama 1 jam. Harga sekitar 120 LAK dan sebaiknya beli tiket in advance.
Dalam perjalanan ke Luang Prabang, buat kawan dalam train dan kebetulan kami akan duduk di hostel yang sama. Hence, ambil keputusan untuk buat “impromptu” plan untuk mendaki Phousi Hill untuk melihat sunset dari bukit tersebut.
Day 4 – Luang Prabang
Morning walk di sekitar kawasan Mekong river. Rasa kagum melihat ciptaan tuhan, sebuah sungai yang menjadi ekonomi utama untuk manusia dari pelbagai tempat (Cambodia, Vietnam, Thailand)
Luang Prabang morning market, di sini ada banyak haiwan haiwan exotic yang dijual samada masih hidup atau pun sudah mati. Better not to take pictures so you won’t make a scene. Plus, some people will find it uncomfortable to see such things.
Highlight of the trip! Day trip ke Kuang Si Waterfall. Saya pergi bersama kawan kawan dari hostel, lagi ramai pergi lagi murah. Harga 1 tuktuk sekitar 600-800K LAK. Perjalanan sekitar 40-50 minit dari Luang Prabang town.
Luang Prabang night market.
Day 5 – Luang Prabang dan flight ke Vientiane
Museum day for me, boleh visit Royal Palace untuk belajar mengenai sejarah. Jalan sekitar Luang Prabang town.
30 minutes flight dari Luang Prabang ke Vientiane.
Sampai di Vientiane, pergi night market dan jalan di riverfront.
Mengaku saja jika anda merupakan salah seorang yang tertunggu-tunggu tiket penerbangan murah. Anda boleh berjimat banyak jika anda tahu cara untuk mendapatkan harga tiket penerbangan yang murah.
Entri ini memberi anda panduan mendapatkan tiket mampu beli.
1. Beli Ketika Promosi
Setiap tahun, syarikat penerbangan tempatan seperti MAS, Air Asia, Malindo dan Fire Fly pasti ada membuat promosi untuk pelanggannya. Promosi yang dibuat biasanya sangat berbaloi.
2. Beli Lebih Awal
Jika anda mahu melancong pada bulan akan datang, mulalah membeli dari sekarang kerana membeli tiket penerbangan lebih awal kebiasaannya lebih murah. Biasanya, harga lebih murah mengikut hari dan waktu.
3. Daftar Jadi Ahli
Jika anda seorang yang kerap melancong, anda mungkin perlu daftar menjadi ahli supaya mendapat beberapa kemudahan. BIG Loyalty Programme merupakan salah satu program ganjaran buat anda yang setia bersama Air Asia. Mungkin anda boleh dapat tiket percuma!
4. Rajin Membuat Perbandingan
Rajinkan diri membuat perbandingan syarikat mana yang ada membuat promosi terutamanya sempena hari-hari tertentu seperti hujung tahun atau perayaan.
5. Rajin Mengetahui Promosi Destinasi Yang Dituju
Ketahui tempat percutian yang dituju sama ada destinasi tersebut ada membuat promosi penerbangan atau tidak. Sebagai contoh, jika anda mahu ke Korea, carilah promosi ke sana.
Tahniah jika anda berjaya mendapatkan tiket penerbangan yang murah. Tunggu apa lagi? Selamat bercuti dengan lebih penjimatan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...