NASA & SpaceX (Milik Elon Musk) Lancar ‘Falcon 9’ Buatan Sepenuhnya Amerika ke ISS

Share

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat (AS) meneruskan kegemilangan penerbangan angkasa setelah hampir satu dekad tertangguh dengan pelancaran bersejarah roket Falcon 9 pada petang 30 Mei 2020.

Pelancaran dengan kerjasama syarikat roket swasta milik usahawan bilionair Elon Musk, SpaceX itu menyaksikan dua angkasawan warga AS diterbangkan ke orbit dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida. Terdahulu, percubaan pelancaran pertama misi sepatutnya dijadualkan pada 27 Mei 2020, namun dibatalkan kurang 17 minit sebelum berlepas disebabkan cuaca buruk sebelum ditunda ke hari ini.

Falcon 9 dilancarkan pada30 Mei 2020 jam 3.22 petang waktu tempatan itu membawa angkasawan Doug Hurley, 53 tahun dan Bob Behnken, 49 tahun di dalam kapsul Crew Dragon dalam perjalanan 19 jam ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Crew Dragon terpisah dari pelancar roket tahap dua pada jam 3.35 petang sebelum seminit kemudian memasuki orbit. Doug Hurley dan Bob Behnken dijangka berada di Stesen Angkasa Lepas selama beberapa minggu bagi memenuhi kekurangan kru di makmal stesen itu.

Kali terakhir NASA melancarkan angkasawan ke angkasa dengan roket baharu keluaran sendiri adalah pada 40 tahun lalu ketika permulaan program ulang-alik angkasa.

  • Presiden AS Donald Trump yang turut berada di lokasi di Cape Canaveral berkata: “Luar biasa, kekuatannya, teknologinya. Pemandangan yang indah untuk dilihat.”

  • Pentadbir NASA, Jim Bridenstine berkata meneruskan semula misi menghantar angkasawan AS menggunakan roket buatan negara Amerika Syarikat merupakan keutamaan agensi itu.

  • Bagi Elon Musk, pelancaran itu merupakan satu kejayaan baharu untuk roket yang boleh digunakan semula yang dipelopori syarikatnya bagi menjadikan penerbangan angkasa lebih murah dan kerap. Ini juga menandakan kali pertama kenderaan ruang angkasa yang dikembangkan secara komersial yang dimiliki dan dikendalikan oleh entiti swasta dan bukannya NASA yang membawa warga AS ke orbit.

Sumber: Dailymail | Astroawani

IKLAN