Bagi peminat kopi, mereka pasti akan mendapatkan secawan setiap hari. Cita rasa terhadap minuman ini juga berbeza-beza mengikut kesukaan masing-masing. Ada yang menggemari kopi kampung yang diusahakan oleh pengeluar produk tempatan tetapi ada yang menggemari Nescafe yang rasanya agak pekat.
Terkini, viral Nescafe Classic Kopi Kedah yang mana rasanya “ala-ala kopi kampung namun ditinkan dengan cukup menarik yang berjaya menarik perhatian ramai peminat kopi untuk mencubanya. Nescafe Classic Kopi Kedah ini merupakan tarikan terbaru bagi penggemar kopi dikeluarkan oleh Nestle Products Sdn Bhd, Petaling Jaya, Selangor.
Ads
Lebih menarik lagi, Nescafe Classic ini diusahakan oleh Pak Lang Che Nai bin Hassan di Kampung Bandar Hilir, daerah Sik. Dengan keluasan sebanyak tujuh relung, sebanyak 2000 batang pokok telah dituai.
Ads
Pengusaha Nescafe Classic Kopi Kedah ini mendapat bimbingan dari Jabatan Pertanian dan dikilangkan oleh Nestle Products Sdn Bhd untuk pasaran tempatan.
Ads
Malah dari maklumbalas diberikan oleh pengguna, mereka menyukai baunya tetapi rasanya tidak seperti kopi kampung yang biasa diminum dan masih mempunyai pengaruh rasa Nescafe. Malah ramai menggemari corak pada tin yang cukup menarik.
Sumber gambar: Pusat Khidmat Adun Jeneri,
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Genting Spookadilly Halloween kembali lagi tahun ini bermula dari 21hb sehingga 31hb Oktober dengan pelbagai program menarik dan mesra keluarga sesuai untuk semua peringkat umur di Taman Tema Tertutup Skytropolis.
Sertai Bonediddy dan Genting Highland’s Heroes untuk pengalaman menyeramkan bersama hantu-hantu. Selain itu ada banyak lagi keseronokan yang anda dan keluarga bakal nikmati bila berkunjung ke Genting Spookadilly Halloween pada tahun ini.
Antara yang menarik, anda boleh melihat sendiri live dance show, perarakan hantu-hantu, Storytelling, Meet & Greet dan banyak lagi aktiviti yang pastinya tak buat anda bosan bila ke sini.
Datang dengan berpakaian tema seram terbaik anda, ambil gambar di Taman Tema Tertutup Skytropolis dan tag Resorts World Genting di Facebook atau Instagram untuk peluang memenangi 1 Unlimited Pass untuk dua orang di Taman Tema Tertutup Skytropolis selama setahun.
Bermula dari jam 3.30 petang sehingga tengah malam, pelbagai acara seram anda boleh saksikan dan melibatkan diri di The Midnight Manor. Bermula dengan Candy Trail untuk trick-or-treat yang menyeronokkan, kat sini anda dan keluarga boleh mengumpul sebanyak mana hadiah selepas bermain beberapa games tanpa had.
Berehat sebentar sebelum meneruskan bermain games yang ada, anda boleh menyaksikan live dance show di Teater Lost Souls pada pukul 4 petang atau 9 malam. Jangan lupa juga untuk membawa diri anda ke Penceritaan Spookadilly yang menarik dengan ahli sihir yang baik yang diadakan pada pukul 5 petang atau 10 malam setiap hari sepanjang acara ini berlangsung.
Kalau dah ke sini rugilah tak bertemu dan ambil gambar dengan Bonediddy dan watak-watak seram yang lain. Bonediddy dan watak-watak seram ini akan bersiar-siar di sekitar Midnight Manor untuk anda bergambar dengan mereka bermula dari jam 3.30petang
Bersedia untuk peluang bergambar pada sesi Meet & Greet, bermula pada 6:30 petang,
10:00 malam dan 11:00 malam untuk Bonediddy; dan 7:00 malam dan 9:00 malam untuk Genting’s Highland Heroes.
Jangan lepaskan peluang juga untuk merakam gambar anda di beberapa spot bergambar yang menyeramkan. Sebelum keluar dari Midnight Manor, terokai Mirror Maze tapi hati-hati mungkin ada yang menyeramkan muncul di cermin yang anda lihat.
Bila dah bergambar pastinya anda akan kongsikan momen itu dalam akaun sosial media masing-masing, tapi sebelum itu jangan lupa untuk tag @ResortsWorldGenting dan menggunakan hashtag #SpookadillyHalloween2022 dan #ResortsWorldGenting.
Selain tarikan utama, terdapat juga pertunjukan Spookadilly SkySymphony di mana anda boleh melihat sinaran lampu Halloween setiap jam dari 10 pagi hingga 10 malam sepanjang bulan Oktober dan Ghouls Get Together Halloween Parade berlangsung di SkyAvenue setiap hari pada pukul 8 malam.
Nak lebih feel dengan acara Halloween, ada juga kiosk face painting dan kiosk barangan edisi terhad Halloween di sekitar Taman Tema Tertutup Skytropolis dan The Midnight Manor.
Jangan lepaskan peluang untuk masuk ke Midnight Manor dan alami sendiri acara yang menyeramkan dan menyeronokkan ini hanya dengan bayaran RM35 sahaja. Tiket keseronokan berganda yang menyeramkan (penyertaan tanpa had ke The Midnight Manor dan Unlimited Pass di Skytropolis Indoor Theme Park) pada harga RM87 atau tiga kali ganda tiket keseronokan menyeramkan (penyertaan tanpa had ke The Midnight Manor, 1 hari Unlimited Pass di Skytropolis Indoor Theme Park dan masuk ke Zombie Outbreak di Ripley’s Adventureland) pada harga RM105.
Setiap pakej disertakan dengan hadiah misteri Spookadilly, sementara stok masih ada. Untuk kanak-kanak di bawah 90cm masuk adalah percuma. Nak tahu maklumat lanjut, sila layari www.rwgenting.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Durian merupakan raja segala buah-buahan daripada banyak jenis buah-buahan tropika yang popular. Dikatakan terdapat hampir 200 jenis durian telah didaftarkan di Malaysia.
Nama Biasa : Durian Nama Saintifik : Durio zibethinus Murr Keluarga : Bombaceae
Asal :
Durian adalah dipercayai berasal dari Gugusan Pulau-pulau Melayu. Spesis lain yang terdapat di Malaysia dari jenis Durio dan buahnya boleh dimakan adalah termasuk Durio oxyleyanus, D.graveolens, D.dulcis dan D.kutenjensis.
Kawasan Utama Tanaman :
Durian didapati ditanam di semua kawasan di Malaysia dan kawasan utama penanaman secara komersial ialah di Perak, Kedah, Kelantan dan Pahang.
Kegunaan :
Di Malaysia, durian merupakan buah yang paling popular untuk dimakan segar dan telah buah yang sangat digemari oleh pengguna. Buah durian boleh dimasak menjadi lempok, jem dan tempoyak. Buah durian juga boleh diproses dijadikan serbuk . Percubaan telah dibuat untuk mengeksport durian dalam bentuk sejuk beku.
Di antara lebih dari 200 varieti yang didaftarkan di Malaysia, Kurang dari 10 jenis sahaja yang disyorkan kepada petani untuk ditanam secara komersil dan menerima permintaan tinggi dari penggemar durian. Antara salah satu nya adalah Klon Durian IOI atau D168 / Hajah Hasmah atau Mas Muar berasal daripada Muar,
Ciri-ciri Buah durian IOI adalah sederhana besar, bulat dengan warna kulit hijau perang, Tangkai pendek dan kecil dengan purata berat buah 1.5 kg.Kelebihan utama bagi varieti ini adalah ia mudah dibuka untuk dimakan. Isinya pula adalah berukuran sederhana besar, tekstur yang pejal dan berwarna kuning oren. Isinya sederhana tebal dengan rasa lemak manis dan sedikit pahit.
Pokok asal durian ini adalah terletak di halaman rumah Hajah Hasmah Bte Hj Hashim di Parit Hj Ali Mukim Parit Bakar dengan hanya sepohon durian sahaja. Durian yang ditanam ini, tidak penah dijual walaupun ingin dibeli oleh ramai orang. Hajah hanya memberikan buahnya kepada jiran dan saudara-maranya sahaja.
Apabila musim durian, Hajah Hasmah berhadapan dengan masalah tupai yang sering menyerang buah duriannya. kemudian beliau memanggil jirannya yang memiliki senapang untuk menembak dan memburu tupai yang menyerang pokok duriannya.
Selain daripada membayar jirannya dengan wang, beliau juga memberikan buah durian kepada jirannya sebagai upah. Jiran juga mengutip ranting – ranting yang patah kesan daripada tembakan tadi dan cuba untuk membiakkannya.
Hasilnya pokok-pokok yang dibiak mulai membesar dan berbuah dan memiliki cita rasa dan berpenampilan sama dengan pohon induk. Sejak daripada itu Hjh Hasmah mula memperbanyak dan menanam benih pokok durian daripada keturunan durian miliknya dan dijual kepada orang ramai. Dan pada 24 Mei 1989 durian milik Hasmah itu didaftarkan sebagai varietas durian unggul dengan nama mas muar dan code pendaftaran D-168.
Majalah Libur bersimpati dengan nasib yang menimpa negara jiran Indonesia kerana situasi banjir teruk yang melanda. Sekurang-kurangnya 24 orang mangsa dilaporkan terkorban dalam banjir yang melanda Jakarta, ibu kota Indonesia sejak empat hari lalu.
Buat rakyat Malaysia yang bercadang ke Jakarta, mungkin boleh tangguhkan sementara perjalanan anda ke sini. Selain beberapa kawasan di ibu negara Jakarta, kawasan di bandar berhampiran Jakarta seperti Tangerang, Depok, Bekasi dan Bogor, turut mengalami banjir semalam berikutan hujan lebat pada awal pagi tahun 2020.
Mereka yang menjadi mangsa korban itu antaranya mengalami hipotemia, lemas dihanyutkan arus, tertimbus akibat tanah runtuh dan terkena renjatan elektrik. Beberapa kawasan banjir di Jakarta sudah beransur pulih, namun masyarakat diminta berjaga-jaga berikutan hujan diramalkan berterusan minggu ini.
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dalam satu kenyataan menyatakan antara punca banjir itu adalah hujan lebat ekstrem yang mencatatkan bacaan 377 milimeter (mm), sedangkan rekod tertinggi pada 2007 mencatatkan bacaan 340 mm.
Beberapa jalan utama di Jakarta seperti masih tidak dapat digunakan kerana digenangi air, antaranya di Simpang Cempaka Mas, Jalan S Parman, Jalan Rasuna Said, Jalan Pemuda Rawamangun dan Jalan Gatot Subroto.
Lapangan terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur yang tidak dapat beroperasi kerana digenangi air, telah kembali beroperasi sepenuhnya semalam.
Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta meminta rakyat Malaysia yang sedang bercuti atau menetap di Jakarta dan kawasan sekitar mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan dan jika memerlukan sebarang bantuan konsular, boleh menghubungi kedutaan Malaysia di talian +62 813 80813036.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...