New Zealand Baru Je Umum Bebas COVID-19, Terkini Kembali Muncul 2 Kes Baru

Share

Seronok dengar berita, penduduk New Zealand sudah mulakan kehidupan normal seperti sebelum ini selepas Perdana Menteri mereka mengumumkan negara tersebut sudah bebas wabak COVID-19.

Minggu lalu, New Zealand menarik balik semua larangan perjalanan domestik, selepas tidak lagi mencatatkan kes aktif COVID-19. Namun, kegembiraan mereka tidak lama apabila New Zealand mengesahkan dua kes jangkitan COVID-19, selepas 24 hari mempunyai 'rekod bersih' tanpa jangkitan baharu.


Foto: pixels.com
Baca: https://www.libur.com.my/new-zealand-dah-bebas-covid-19-pm-mereka-umum-kehidupan-akan-kembali-seperti-biasa/

Kes tersebut membabitkan dua wanita, yang tiba dari United Kingdom dan diberi kebenaran khas kerana hendak menziarahi keluarga yang sakit tenat. Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada dua pesakit tersebut adalah warganegara New Zealand, UK atau negara lain. Kedua-dua mereka, masing-masing berusia 30-an dan 40-an, tiba di New Zealand pada 7 Jun 2020, melalui Doha dan Brisbane. Mereka menjalani kuarantin di sebuah hotel di Auckland, namun memohon pengecualian untuk mengunjungi orang tua mereka yang sakit di Wellington, pada 12 Jun 2020.

Mereka diberi kebenaran untuk melakukan perjalanan ke Wellington pada 13 Jun, dan menggunakan kenderaan persendirian. Kesemua kontak rapat mereka sedang menjalani kuarantin di rumah masing-masing.

Walau bagaimanapun, pintu antarabangsa masih ditutup dan hanya warganegara serta pekerja sektor tertentu yang dibenarkan masuk ke New Zealand sejak diumumkan bebas wabak COVID-19.


Foto: Google Image

Sumber: astroawani

IKLAN