Panaskan Badan Di Taman Tema Indoor Skytropolis Funland, Genting Highland

Share

Bertahun-tahun ramai yang menanti pembukaan semula taman tema di Genting Highland yang bakal menyaksikan ia diberi nama baru. Namun, perkara itu mungkin ditangguhkan seketika atas faktor dalaman. Walau bagaimanapun penantian anda itu tidak akan terhenti begitu sahaja kerana anda masih boleh bersuka ria dan berlibur di kawasan pusat peranginan itu.

Taman tema luar Skytropolis Funland bertempat di Resorts World Genting kembali dibuka setelah ditutup untuk kerja-kerja pengubahsuaian secara besar-besaran beberapa tahun yang lalu. Ia kini tampil dengan tarikan yang lebih hebat dan meriah dilimpahi sinaran lampu neon berwarna-warni. Dekorasinya turut diceriakan dengan paparan skrin LED mega pada dinding dan siling sepanjang kira-kira 50 meter yang memaparkan pelbagai tema animasi.

Skytropolis Funland tampil dengan permainan indoor serba baharu dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu untuk kanak-kanak, keluarga dan ekstrem. Terdapat beberapa jenis permainan menarik yang perlu dicuba antaranya Power Surge, Sky Tower, Spin Crazy, Bumper Boss, Disco, Boo Bum, Tea Cups dan Balloon Race. Di sini juga turut dilengkapi permainan-permainan realiti maya bertaraf antarabangsa seperti di The Void, Imaginatrix dan Big Top Games Park.

Dalam tema sarkas pula, RWG turut memperkenalkan Highlands Hero yang baharu iaitu watak Joe (orang hutan), Tabby (harimau), Allie (gajah), Geno (dinasour), Bennie (beruang matahari) dan Callie (naga). Watak-watak berkenaan juga merupakan wajah rasmi taman tema yang terlibat dalam kumpulan penyambut kehadiran pengunjung di pintu masuk utama yang pasti memberi seribu keriangan terutama kepada kanak-kanak.

Info

Masa dibuka:  Setiap hari bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Tiket: –

  • RM10 per game pada hari Isnin hingga Jumaat.
  • RM15 per game pada Sabtu, Ahad, cuti umum dan cuti persekolahan.
  • RM60 pas previu tanpa had permainan

 

Sumber Foto: gentinghighland.info / PM kami untuk kredit nama sumber asal gambar kepunyaan anda.

IKLAN