Ada berita baik buat anda yang gemar membeli-belah di Vietnam. Tahun hadapan Pasar Vietnam pertama yang mempunyai 200 ruang kedai dijadual dibuka di Kuala Lumpur pada Mac 2020 nanti.
Tidak perlu lagi anda bersusah payah membeli tiket kapal terbang semata-mata untuk membeli-belah di Vietnam. Perkara itu diumum dalam satu majlis di Ho Chi Minh City, lapor agensi berita Vietnam (VNA).
Pasar Vietnam di Malaysia bakal menjadi pusat perdagangan terbesar pertama, hasil kerjasama antara kedua-dua negara. Ia diwujudkan berikutan permintaan barangan dan perkhidmatan Vietnam di Malaysia. Pasaran itu akan berfungsi sebagai jambatan untuk meningkatkan eksport barangan Vietnam ke Singapura, Thailand dan pasaran lain di ASEAN.
Ads
Ads
Ads
Pasar Vietnam itu akan terletak di bangunan Safuan Plaza. Di sini bakal menghimpunkan pelbagai jenis perniagaan yang mengeksport produk pertanian, makanan laut, kraftangan, pakaian, peralatan mekanikal, mesin, kosmetik, teknologi proprietari dan industri perkhidmatan Vietnam, selain menjadi lokasi untuk firma Vietnam mengembangkan operasi di Malaysia.
Pasti pasar ini menjadi tarikan untuk berbelanja lebih-lebih lagi sewaktu tibanya perayaan besar di Malaysia seperti hari raya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nak cari penginapan yang cantik dan selesa memang banyak, bila dapat yang cantik dengan harga yang berpatutan semestinya bonus buat korang yang suka travel.
Bila ke Pulau Pinang, selain mencari makanan, penginapan yang strategik juga penting. Senang nak bergerak ke tarikan-tarikan lain yang ada di sekitarnya. Kalau dapat yang tengah bandar memang terbaik.
Rare Heritage House, Boutique hotel yang terletak di seberang jalan dari Pelabuhan Pulau Pinang. Memang sesuai untuk dijadikan pilihan bila datang bercuti ke pulau mutiara ini.
Berada di gudang lama yang wujud sejak abad ke 19 lagi, bangunan ini dibaik pulih menjadikan ia satu penginapan yang cukup menarik untuk korang berada di sini.
Mempunyai 14 bilik dengan suasana dan dekorasi tersendiri yang menarik dan cantik, setiap bilik lengkap dengan tv skrin rata, peti sejuk mini serta peralatan membuat the dan kopi.
Lokasinya juga cukup strategik, korang yang stay kat sini boleh berjalan kaki untuk ke tarikan-tarikan lain seperti Penang Art Street, Armenian Street, Masjid Kapitan Keling dan banyak lagi.
Tak perlu risau kalau lapar kerana banyak kafe dan tempat makan yang boleh korang explore bila menginap di sini. Memang menarik, kalau ada plan ke Penang, boleh pertimbangkan untuk menginap di sini!
Alamat: 107 Lebuh Victoria Georgetown 10300 George Town, Penang, Malaysia
Kuala Lumpur menjadi salah satu destinasi paling popular dalam rantau Asia Pasifik yang menjadi pilihan untuk dikunjungi pelancong. Paling best, di Kuala Lumpur ini ada beberapa tempat yang menjadi wajah sesuatu kaum tetapi boleh dikunjungi semua orang tidak kira bangsa samada Melayu, Cina atau India.
Dibina pada tahun 1888, Central Market berfungsi sebagai sebuah pasar yang basah yang menjual barangan untuk pedagang dan pelombong bijih timah pada masa itu. Ia kemudiannya berkembang pada tahun 1895 dan sekali lagi pada tahun 1920, 1921, dan akhirnya kepada saiz hari ini pada tahun 1933. Pada tahun 1986, Central Market sekali lagi diubahsuai. Kali ini ia tidak lagi menjadi pasar basah dan telah ditukar menjadi pusat seni dan budaya serta pusat membeli-belah.
Ia adalah tempat terbaik untuk menyaksikan budaya, seni dan kraf Malaysia. Pelbagai barangan dijual di sini, termasuk kraftangan, cenderamata dan hasil seni pada harga yang berpatutan. Pengunjung juga berpeluang menghasilkan potret mereka di sini sambil mencuci mata di sepanjang Jalan Kasturi bersebelahan Pasar Seni untuk melihat dan membeli cenderamata.
Brickfield atau dikenali sebagai Little India oleh masyarakat tempatan telah dibangunkan oleh Yap Kwan Seng yang merupakan Kapitan Cina Kuala Lumpur ke lima dan yang terakhir. Sebagai seorang ahli perniagaan beliau telah menjangkakan peningkatan permintaan untuk batu-bata di Kuala Lumpur. Maka beliau telah menubuhkan kawasan penghasilan batu-bata yang dipanggil Brickfield.
Brickfields juga turut digunakan sebagai depoh utama untuk Keretapi Tanah Melayu (KTM) sewaktu pentadbiran British. Pihak berkuasa British membawa masuk orang-orang dari India untuk bekerja dengan keretapi. Ramai yang tinggal di kuarters di sekitar Brickfields. Sejak itu, masyarakat India telah hidup dan kekal di sini dan menjadi warganegara Malaysia.
Oleh kerana masyarakat India yang besar, bilangan kedai-kedai dan restoran yang menjual barangan dan kuih-muih India telah berkembang sejak beberapa tahun yang lalu. Malah, kawasan itu terkenal dengan pelbagai hidangan asli masyarakat India seperti Nasi Daun Pisang. Terdapat juga kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan, pakaian dan lain-lain. Menjelang perayaan Deepavali, kawasan ini menjadi tumpuan untuk membeli-belah.
Petaling Street sangat popular bagi pelancong yang ingin mendapatkan barangan berbentuk cenderamata, pakaian, barangan elektronik dan barangan kulit pada harga yang berpatutan. Bagi yang gemar masakan Cina, di sini juga merupakan lokasi terkenal untuk menjamu selera.
Saban hari, Petaling Street tidak akan sunyi daripada pelancong asing dan juga pengunjung tempatan untuk membeli-belah. Jangan lupa untuk tawar-menawar harga barangan yang dijual peniaga di sini, jika anda bernasib baik, anda akan memperolehi dengan harga yang cukup berpatutan.
Jalan Bukit Bintang ialah kawasan tumpuan ramai pelancong dan warga kota untuk membeli-belah dan sumber hiburan yang masyhur di Kuala Lumpur. Tidak dapat dinafikan bahawa Bukit Bintang adalah salah satu kawasan beli-belah utama di Kuala Lumpur, menawarkan pelbagai jenis barang-barangan untuk memenuhi segala citarasa dan kemampuan berbelanjaan. Buat si ’kaki shopping’ membeli-belah sepuas-puasnya di kawasan segi tiga emas ini. Pasti anda rambang mata untuk memilih barangan atau pakaian yang berkenan di hati. Bagi yang gemar berhibur pada malam hari, Bukit Bintang antara destinasi yang tidak pernah tidur dan sunyi dek kunjungan orang tempatan dan juga pelancong.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tak sangka ada resort cantik dalam hutan, ini lah The Shorea Negeri Sembilan! Suasana itu cukup mahal apabila dikelilingi dengan pokok hijau. Teduh yang amat.
Menurut pengalaman saudari Naabila, berbaloi masuk hutan apabila sampai lokasi secantik ini.
Okay, ini adalah beberapa kelebihan tempat ini. The Shorea, Negeri Sembilan mempunyai Rafflesia Duplex Pool + Dahlia Garden. Jumlah semua bilik tempat ini dalam 4 bilik. Ruang ini boleh masuk up to 10 adults.
Untuk harga, dikenakan RM2,544 untuk 2 hari 1 malam termasuk:
High tea
Dinner
Q Floating breakfast
Dekorasi Hari Lahir + semua bilik dihias cantik
Lava Chocolates (for birthday)
6% SST
Owh ya, pihak resort juga ada sediakan bbq pit kalau anda nak guna. Ada congkak dan beberapa permainan lain (monopoly, dam ular) untuk bonding time dengan kawan-kawan dan ahli keluarga.
Tiada TV, memang datang nak healing. Maka okay lah layan mood bercuti tanpa gangguan lain. Nak rehat dan bertenang memang sesuai.
Kalau guna phone, line coverage tidak begitu bagus bila ot too resort ini dekat bukit tetapi jangan risau sebab ada wifi disediakan.
Suasana bilik memang puas hati ya, romantik dan sesuai juga kalau datang nak berbulan madu.
Tempatnya memang kena masuk ke dalam, tetapi bila anda sampai di sini, pasti rasa nak repeat untuk rehatkan minda yang kadang kacau.
Jika ada sebarang masalah, boleh cari staff yang sangatlah membantu dan peramah. Nanti datang lah sekali! Nak datang waktu raya pun boleh, ajak keluarga berlibur rapatkan hubungan. Yang penting, enjoy bersama anak-anak!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bayangkan berada di satu kawasan yang langit malamnya tidak pernah sunyi. Bukan kerana lampu bandar, bukan juga pesta cahaya buatan manusia, tetapi kerana panahan...