Pawagam di Terengganu merupakan satu-satunya lokasi menonton wayang pertama di Malaysia yang melaksanakan zon pengasingan mengikut jantina.
Bermula 4 Julai 2020 lalu, Lotus Five Star Cinemas Kuala Terengganu yang beroperasi di Paya Bunga Square mula mengasingkan tempat duduk bagi pelanggan lelaki, wanita bukan mahram dan keluarga. Menurut pengurusan Lotus Five Star Cinemas, pihaknya menerima arahan daripada Pihak Berkuasa Tempatan untuk memperkenal dan melaksanakan peraturan itu kepada semua pelanggan.Ia bertujuan bagi memastikan segala aktiviti yang dijalankan di negeri tersebut mengikut syariat Islam, sebagai agama rasmi negara.
Ads
Lotus Five Star Cinemas juga bertanggungjawab melakukan pemantauan di dalam panggung wayang sekiranya berlaku situasi mencurigakan. Bagi panggung wayang yang kecil, mereka yang berkeluarga boleh memilih untuk duduk di mana-mana tempat duduk yang disediakan manakala bagi dewan luas, telah bahagikan tempat duduk bahagian tengah panggung wayang untuk pasangan berkeluarga. Namun, pengunjung lelaki atau wanita boleh juga ditempatkan di tempat duduk bahagian tengah sekiranya keadaan memerlukan asalkan batas antara satu sama lain terjaga.
Ads
Ads
Penambahbaikan sedia dilakukan pihaknya bagi membolehkan ia dipatuhi dan memberi keselesaan kepada semua pelanggan. Ini adalah peraturan baharu dan mungkin hanya Lotus Five Star Cinemas Kuala Terengganu sahaja yang melaksanakan peraturan ini di Malaysia setakat ini.
Inisiatif kolabarasi julung kali dengan pihak Pejabat Tourism Malaysia Bahagian Domestik, Tourism Selangor mengekalkan fokus mereka dalam usaha promosi pelancongan domestik secara atas talian.
Jika pada 22 Jun lalu, sesi Webinar “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu” telah dilaksanakan bersama pegawai pihak Tourism Malaysia Wilayah Selatan serta penggiat industri pelancongan bertempat di selatan tanah air; terbaharu, pada 13 Julai pula telah diadakan sesi Webinar juga dengan tema yang sama bersama pihak Tourism Malaysia Wilayah Tengah dengan diketuai oleh Pengarah nya; Tuan Mohd Izal Bin Mohd Nor.
Aplikasi ‘Zoom’ untuk sesi tersebut dilihat meriah dengan penglibatan seramai hampir 50 orang yang terdiri dari penggiat industri pelancongan bertempat di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, serta tenaga pengajar dan pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam. Mereka tidak melepaskan peluang mengikuti perkembangan semasa industri pelancongan Negeri Selangor pada sesi tersebut.
Penganjuran sesi Webinar bersiri ini adalah bagi menggantikan program dan aktiviti promosi secara fizikal seperti Pameran Pelancongan, Program Jelajah dan lawatan produk pelancongan yang sebelum ini dijadualkan tetapi tidak dapat dilaksanakan akibat penularan wabak Covid-19 di Negara ini.
Tuan Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dalam satu kenyataan berkata, “Saya melihat kepentingan bagi mengekalkan hubungan baik serta sinergi antara pihak Tourism Selangor dan pihak Pejabat Tourism Malaysia Domestik bagi melipat-ganda usaha untuk membangunkan semula industri yang sangat terkesan dengan pandemik global, Covid-19”.
“Sesi Webinar pada hari ini adalah amat signifikan dalam mengemaskini maklumat dan informasi berkenaan keadaan industri pelancongan di Negeri Selangor serta produk-produk pelancongan di Negeri ini secara terus kepada wakil agensi pelancongan, khususnya yang bertempat di Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan”, tambah Tuan Azrul Shah.
Sesi webinar tersebut dijalankan dalam format perbentangan dan taklimat produk pelancongan, sesi ‘Business to Business (B2B) dan juga beberapa aktiviti sampingan yang menarik seperti tanyangan video promosi pelancongan dan sesi cabutan bertuah yang tentunya mengujakan.
Orang awam yang ingin menzahirkan sokongan terhadap Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!” boleh berbuat demikian dengan meletakkan tandapagar #PusingSelangorDulu di hantaran laman media sosial mereka; khususnya yang mengiringi seleksi gambar atau video pengalaman mereka melancong ke Negeri Selangor.
Dalam pada situasi semasa Negara yang meletakkan kebanyakan Negeri dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP); pihak Tourism Selangor baru-baru ini turut memperkenalkan tandapagar #ImagineNowExperienceSoon di laman media sosial rasmi mereka.
Ianya bertujuan menggalakkan orang awam bagi mengambil inspirasi dari hantaran dan perkongsian pihak Tourism Selangor mengenai produk-produk pelancongan menarik di Negeri ini; dan hanya merancang percutian ke tempat-tempat berikut setelah tempoh PKP tamat kelak. Namun, adalah harus diingatkan, setiap pelancong di Negeri Selangor perlu mematuhi garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara demi kesejahteraan bersama.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kita masih bernasib baik mempunyai tempat untuk berteduh, menonton televisyen, tidur di atas tilam empuk atau mencuba pelbagai menu viral ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung wabak COVID-19.
Tetapi adakah anda terfikir apakah nasib golongan gelandangan yang berada di sekitar bandar besar seperti Kuala Lumpur ketika ini? Di manakah mereka ingin tuju atau berkurung untuk mencegah COVID-19?
Boleh dikatakan mereka adalah golongan yang turut terdedah dengan wabak ini dengan mudah, dek kerana sentiasa bergerak ke sana dan ke mari kerana tiada rumah untuk didiami.
Nasib segelintir daripada mereka baik! Masih ada yang prihatin terhadap golongan gelandangan ini. Gelandangan di sekitar ibu kota akan ditempatkan di tempat-tempat khusus bagi mengelakkan mereka daripada merayau sepanjang tempoh PKP.
Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa, golongan ini akan ditempatkan di Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang yang boleh menampung sehingga 150 orang dan Anjung Singgah sehingga 70 orang untuk jangka masa pendek ini.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan juga telah diminta untuk menyediakan sebanyak 100 bantal dan tilam baharu di Anjung Singgah kepada warga gelandangan untuk duduk satu tempat, jangan merayau, dan kerajaan akan hantar makanan tiga kali sehari sepanjang tempoh PKP.
Kerajaan juga telah menentukan sebanyak sembilan tapak untuk para NGO (badan bukan kerajaan) dan persatuan sebagai tempat penyerahan bantuan makanan dengan dibantu oleh anggota RELA, penguat kuasa DBKL serta Jabatan Kebajikan Masyarakat. Namun NGO tidak digalakkan pergi sendiri kerana bimbang tidak mengamalkan jarak sosial.
Tengah cari tempat nak main air dengan family dan anak-anak ke tu? Jom ke Marina Island Water Festival Round 3 (MIWFR3) pada 27 April 2019 ni di Lumut, Perak!
MIWFR3 kali ni amat berbeza dengan pusingan-pusingan sebelumnya pada 2015 dan 2017 sebab tahun ni, dijangka 5000 peserta dijangka akan menyertai MIWFR3 dan pelbagai aktiviti air yang akan disajikan kepada semua pengunjung yang datang seperti Dunk Tank, Gladiator dan Mud Pool Challange.
Tajuk dekat atas tu Libur kata budak-budak masuk free kan? Ya! Memang budak-budak bawah umur 12 tahun masuk FREE! Jadi apa tunggu lagi? Set tarikh siap-siap, jom kita serbu Marina Island di Lumut bulan April nanti!
Oh ya. Pemenang setiap kategori permainan akan dihadiahkan dengan water balloons dan setiap penyertaan layak untuk menyertai cabutan bertuah. Daftar segera nama anda dan keluarga di marinaisland.com.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...