Di kalangan pendaki tegar di Malaysia, mesti kenal dengan nama Aznal Bakesh Ahmad Nazari atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nal. Pak Nal ni salah seorang gogo yang ternama juga di Malaysia tetapi pada zahir siapa yang berjumpa dengan beliau, humble sahaja orangnya.
Sebagai seorang gogo, memang menjadi periuk nasi mereka untuk membawa pendaki tidak kira dari dalam mahupun luar negara untuk mendaki gunung. Tak kisah di Malaysia ataupun gunung-gunung di negara luar.
Bagi siapa yang tak tahu, gogo ni merupakan satu istilah atau jargon dikalangan pendaki yang membawa maksud seseorang yang organize sesuatu trip terutamanya mendaki.
Gogo ni akan bertanggungjawab terhadap semua perkara bermula dari tarikh trip, route pendakian, kelengkapan, penginapan, makanan, keanggotaan trip, kesihatan dan keselamatan peserta dan sebagainya. Makna kata, gogo ni yang akan in-charge segalanya berkenaan trip tersebut. Peserta ni macam client, hanya sediakan wang secukupnya dan upah pada gogo untuk selesaikan segalanya.
Sejak beberapa ketika kebelakangan ini, terjadi satu trend di mana ada gogo dari luar negara mula mengganggu market dalam Malaysia. Mereka mula masuk ke pasaran Malaysia secara terbuka dan menawarkan harga yang cukup murah dan kadang-kadang harga tersebut tidak masuk akal.
Ads
Perkara ini yang menimbulkan kemarahan Pak Nal serta rakan-rakan yang lain. Dalam posting Facebook Pak Nal, beliau mempersoalkan, pernah ke gogo Malaysia menawarkan trip di dalam page atau group pendaki negara luar?
Malah, Pak Nal turut mempersoalkan bahawa gogo dan pendaki kita yang selalu terhegeh-hegeh untuk pergi mendaki di negara luar dan tiada siapa pendaki luar negara yang sudi untuk bertandang ke gunung Malaysia.
Ads
Libur sempat untuk berhubung dengan Pak Nal untuk bertanya tentang perkara ini. Perbualan melalui whatsapp bersama Pak Nal menjelaskan bahawa promosi gogo dari luar negara ini menjejaskan sumber pendapatan mereka sebagai gogo tempatan.
Tambah Pak Nal, antara penyebab lain yang menyumbang kepada kebejatan pasaran mendaki di Malaysia adalah gogo tempatan masih belum bersedia untuk bersaing dengan gogo dari luar negara, tidak kira daripada segi promosi mahupun servis yang cemerlang.
Ads
Servis yang dihasilkan oleh kebanyakkan gogo dari Malaysia masih berada di tahap yang ‘biasa-biasa’. Yang betul mampu menyediakan servis terbaik kepada pendaki boleh dibilang dengan jari. Ini berbeza dengan keadaan yang berlaku di kalangan gogo dari negara luar.
Libur masih teringat perbualan bersama sahabat-sahabat mendaki yang lain apabila pergi mendaki di Indonesia, waktu sarapan pagi di atas gunung, gogo Indonesia siap tatang pinggan sarapan ke depan muka pintu khemah kita! Kalau nak keluar khemah tu siap nak pasangkan kasut ke kaki kita, layan kita macam raja!
Ada ke gogo Malaysia yang sanggup buat hingga ke tahap itu?
Jadi melalui keresahan yang ditonjolkan Pak Nal, ada dua pengajaran yang kita boleh dapat daripada otai ini. Pertama, kalau kita tak jaga pasaran negara kita sendiri, orang luar dengan mudah potong periuk nasi kita. Yang kedua, kalau kita tak tingkatkan promosi dan mutu kualiti servis kita kepada pelanggan, nescaya industri pendakian dalam negara kita sendiri akan berada di takuk yang sama, tiada perubahan. Macam mana pelancong nak datang, kan?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Menjadi kelaziman dan tradisi penduduk terutama di kawasan kampung di Terengganu memasang pelita di sekeliling rumah dan di sepanjang jalan sekitar kampung untuk menceriakan suasana waktu malam pada hari-hari terakhir bulan Ramadan.
Bagi menceriakan lagi sambutan Aidilfitri di Terengganu tahun ini, kerajaan negeri mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan Pelita Raya Online Beautiful Terengganu: PKP Raya Style 2020 yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai hampir RM8,000.
Dalam suasana Ramadan dan Aidilfitri kali ini agak ‘suram’ selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan wabak COVID-19. Wujudnya pertandingan ini sekurang-kurangnya akan menceriakan sesebuah keluarga di kawasan kejiranan agar lebih kreatif dalam ‘menghidupkan’ suasana malam yang suram dan memeriahkan sambutan Aidilfitri.
Pertandingan itu terbuka kepada semua rakyat di negeri Terengganu dengan setiap penyertaan tertakluk kepada kreativiti peserta dalam menampilkan dekorasi pelita untuk menghiasi kediaman masing-masing.
Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu foto terbaik dan video terbaik itu akan bermula pada 18 Mei hingga 26 Mei ini sekali gus dapat mempromosikan Terengganu sebagai lokasi pelancongan yang ‘wajib’ dikunjungi pada masa akan datang.
Bagi kategori video, peserta perlu memastikan klip yang dihantar tidak melebihi dua minit dan dibenarkan melakukan suntingan untuk menjadikan video mereka lebih menarik.
Bagi kategori foto, peserta perlu menghantar gambar suasana persediaan dan gambar pelita raya yang dibuat dengan minimum lima keping gambar termasuk swafoto berseorangan atau secara berkumpulan.
Penyertaan boleh dihantar melalui laman Facebook Beautiful Terengganu Malaysia dan mengikuti semua syarat yang telah ditetapkan.
Selain terkenal dengan keenakan makanan yang pelbagai, kaya dengan seni dan kebudayaan, negeri Kelantan atau turut dikenali sebagai negeri Cik Siti Wan Kembang ini juga mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati.
Kalau ke Kelantan dan nak explore tempat-tempat yang rare ada kat negeri ini, cuba terjah 5 lokasi ini. View memang superb boleh bergambar dan explore apa yang ada di kawasan sekitarnya:
Kompleks Gua Ikan, Dabong, Kelantan
God’s Light. Fenomena pantulan cahaya matahari di celahan gua seakan cerita dongeng.
2. Pantai Mek Mas
Korang boleh cuba luncur pasir di sini, tak perlu nak ke Timur Tengah dah. Kawasan ni juga pernah viral kerana fenomena laut terbelah suatu masa dulu. Cumanya kawasan pantai laut terbelah tu dah ditutup atas faktor keselamatan.
3. Air Terjun Jelawang, Dabong
Di celahan hutan tebal yang masih ‘dara’ ada air terjun 7 tingkat yang tertinggi di Asia Tenggara!
4. Masjid Razaleigh, Gua Musang
Masjid Berkonsepkan Mekah, estetik dan sangat sesuai OOTD. Pastikan jaga halal gap ya.
5. Lata Kashmir, Jeli
Keadaan anak sungai yang jernih mengalir di celahan padang rumput yang menghijau. Tempat yang mnegasyikkan untuk berkelah seisi famili. Bolehlah berangan ‘Bajrangi Baijan’ di sini.
Kelantan ni banyak juga tempat menarik. Tak cerita lagi seni dan kebudayaan di Kelantan. Jom meriahkan Festival Kesenian Rakyat Kelate 2022. Macam-macam ada! Antaranya talk show, persembahan Makyung, dikir barat, pelbagai permainan tradisional, battle of the band, Mr Abe Klate dan macam-macam. Paling penting, semua patuh syariah!
Dah alang-alang ada kat Kelantan, jangan lupa singgah Festival Kesenian Rakyat Kelate 2022. Details seperti di bawah:
Bila nampak orang lain hiking bukit atau gunung, perasaan dalam diri pasti mahu ingin turut serta.
Tapi jika lihat pada peralatan yang mereka bawa, kebanyakkan serba serbi lengkap dan memudahkan perjalanan mereka ketika mendaki atau memanjat.
Hiking, aktiviti lasak makin digemari kini.
Perasan tak ada sesetengah orang mendaki bukit broga atau bukit tabur mahupun gunung-ganang tapi menggunakan seluar jeans, seluar slack, seluar elastik mahupun legging.
Adakah jenis seluar seperti itu sesuai untuk anda melakukan aktiviti hiking ini?
Untuk melancarkan perjalanan hiking anda, terdapat tujuh ciri seluar yang amat sesuai untuk anda cari dan guna ketika melakukan aktiviti lasak ini.
Jom kita usha apa ciri yang sesuai untuk mencari seluar yang lebih selesa dan tahan lasak.
1. Cepat Kering
Air adalah musuh utama kepada pendaki bukit mahupun gunung. Pada kaki hiking, apabila pakaian anda basah, berat akan bertambah dan membuatkan diri anda berasa cepat penat. Setiap kuantiti air pada seluar membawa memberi beban kepada kaki hiking. Ciri QUICK-DRY ini WAJIB ada pada seluar kaki hiking. Ia lebih mudah dan cepat kering walaupun trip anda itu banyak kawasan air atau air terjun.
2. Tidak Mudah Serap Air
Cuaca Malaysia pada masa ini tidak menentu, sekejap hujan, sekejap panas dan bulan ini sahaja hujan berpanjangan di beberapa tempat. Ciri ini amat membantu anda untuk mengelakkan seluar hiking anda basah kerana hujan semasa mendaki.
3. Elastik
Ciri elastik bukan setakat membantu pendaki melangkah besar dengan yakin, ianya juga amat membantu dalam dakian yang mana laluannya banyak ranting-ranting dan duri tajam. Seluar yang tidak elastik pasti akan terkoyak dengan mudah! Disarankan “Stretcheable Polyester” kerana kain cotton biasa amat mudah terkoyak dalam dakian seperti ini.
Pakai seluar yang sesuai.
4. Mudah Dijaga
Lumpur atau kotoran tanah selalunya susah hilang apabila cuci. Untuk memudahkan kamu ketika mendaki, carilah seluar yang mempunyai ciri easy-care kerana ia senang dijaga dan cuci segala kotoran.
5. Ringan
Peralatan yang ringan dan ringkas cukup sinonim dengan kaki hiking. Seluar hiking yang ringan amat membantu pendaki kerana “every gram`s count”! Lagi-lagi bila dah penat nanti, tahu lah nasib anda kat atas tu. Hehe. Seluar hiking Irau dan seluar hiking Oze ini terkenal dengan ciri binaannya yang amat ringan!
Pastikan fabrik ringan dan mudah serap air.
6. “Breatheable”
Jangan pelik atau terkejut kalau ada kaki hiking yang pakai seluar yang sama sepanjang trip 3 hari 2 malam. Jika tidur pun dia pakai seluar yang sama dan tak pernah tukar. Seluar ciri ini amat selesa kerana mudah dicuci dan tidak serap kotoran terlalu banyak. Mudah untuk di cuci.
7. Pinggang Getah
Cari yang pinggang ada getah (elastik) separuh pun boleh, asalkan elastik. Ia mengelakkan seluar kamu mudah koyak apabila laluan dakian kamu itu mempunyai liku dan cabaran yang banyak.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...