Penduduk Amerika Syarikat Kata Perintah Berkurung Satu Penganiayaan. Mereka Ingin Keluar Bebas!

Share

Sebahagian rakyat di Amerika Syarikat boleh dikatakan sangat degil dan terlalu pentingkan diri sendiri .

Tanpa mempedulikan penjarakan sosial, ribuan penduduk berhimpun di beberapa lokasi di ibu negeri seluruh Amerika Syarikat minggu lalu bagi mendesak penarikan semula perintah berkurung yang dikuatkuasakan bagi mengekang penularan COVID-19.

Di Michigan lebih 3000 penunjuk perasaan berhimpun di bangunan Capitol sekali gus mengingkari perintah duduk di rumah yang diumumkan Gabenor Gretchen Whitmer. Sedangkan di daerah itu merekodkan lebih 1900 kematian.

Lebih mengejutkan, perhimpunan itu disertai kumpulan pencinta senjata api dengan membawa raifal. Mereka turut melaungkan slogan anti Whitmer selain menyamakan anggota Demokrat itu dengan pemimpin Nazi, Adolf Hitler.

Protes sama turut diadakan di Minnesota, Kentucky, Utah, Carolina Utara dan Ohio dengan kebanyakan peserta ialah penyokong tegar Presiden Donald Trump. Penunjuk perasaan memberi alasan perintah berkurung yang dilaksanakan di hampir kesemua 50 negeri di AS sebagai satu bentuk penganiayaan, membelakangi perlembagaan selain mendakwa ia lebih berbahaya berbanding Covid-19.

Sementara itu, Trump menzahirkan perasaan simpati dan memahami kehendak rakyatnya yang mahu bergerak bebas. Setakat ini, Amerika Syarikat masih merupakan negara dengan kes jangkitan tertinggi di dunia.

Sumber: Bernama

IKLAN