Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tetap tidak membenarkan pergerakan rentas daerah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.
Kelulusan pergerakan rentas daerah akan diberikan bagi mereka yang bekerja, kes kecemasan ataupun berkepentingan sahaja. Sebanyak 51 operasi Sekatan Jalan Raya (SJR) serta Pasukan Polis Pemantau akan dikuatkuasakan mulai 10 Mei sehingga 9 Jun 2020 ini.
Operasi yang dijalankan itu bagi mengawal pergerakan rentas daerah serta memastikan sektor yang dibenarkan beroperasi mengikuti prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
Ads
Pasukan pemantau akan membuat pemeriksaan pada sektor yang diluluskan operasi, termasuk perkilangan, peruncitan, pengangkutan. Lebih 3,000 anggota polis ditugaskan untuk membuat kawalan mengikut giliran jadual kerja masing-masing sepanjang PKPB dijalankan. Selain polis, operasi turut membabitkan agensi daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), RELA, dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ads
Ads
Setakat ini tiada ketetapan masa bagi orang awam untuk keluar ke tempat awam. Sektor ekonomi masih lagi diarahkan untuk beroperasi dari 7 pagi sehingga 10 malam. Orang ramai di Sarawak diminta supaya terus mematuhi arahan dalam memastikan rantaian Covid-19 dapat diputuskan sepenuhnya.
Baru-baru ni kita dikejutkan dengan satu kejadian yang amat jarang berlaku di dalam sejarah penerbangan tanah air apabila sistem operasi di kedua-dua lapangan terbang utama negara iaitu KLIA dan KLIA2 menghadapi gangguan.
Gangguan yang berlaku bukan kecil, ia menyebabkan hampir keseluruhan sistem pengoperasian kedua-dua lapangan terbang tersebut tidak berfungsi – menyebabkan banyak kelewatan penerbangan berlaku sehingga pihak MAHB terpaksa mengerahkan beratus-ratus pekerja mereka untuk turun membantu penumpang dan beroperasi secara manual.
Anda bayangkan, lapangan terbang yang kebiasaannya menerima jumlah penumpang yang ramai terpaksa beroperasi secara manual? Pasti menimbulkan keadaan yang kelam-kabut tetapi tahniah kepada pihak MAHB dan juga penumpang kerana berjaya menangani masalah tersebut dengan baik dan tiada insiden yang tidak elok berlaku di antara kedua-dua pihak.
Perhatikan senarai pesawat yang ditulis atas papan putih ini. Kebiasaannya akan dipaparkan di Sistem Paparan Maklumat Penerbangan. Tetapi ekoran sistem terjejas, senarai ini terpaksa ditulis di atas papan putih untuk semakan penumpang.Orang ramai terutamanya penumpang ramai yang terjejas ekoran daripada gangguan sistem yang berlaku di KLIA & KLIA2.Tiket Malaysia Airlines yang hanya ditulis tangan sahaja.Sistem pengoperasian manual terpaksa digunakan semasa krisis di KLIA & KLIA2 baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, sedarkah anda, terutamanya penumpang bahawa kelewatan penerbangan yang berlaku boleh dibuat tuntutan daripada syarikat insurans sekiranya anda mengambil polisi perlindungan daripada mereka?
Ceritanya, untuk musibbah yang menimpa penumpang ekoran gangguan sistem di KLIA dan KLIA2 baru-baru ini, adalah ya – anda boleh membuat tuntutan insurans perjalanan yang meringankan beban anda yang mengalami kerugian disebabkan hal tersebut.
Saya petik kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh CEO Etiqa Insurans & Takaful minggu lalu, Kamaludin Ahmad yang berkata kelewatan disebabkan gangguan sistem di KLIA dan KLIA2 diberikan pengecualian kepada pelanggan mereka dan tuntutan pelanggan akan dilaksanakan.
Sekalipun, kes seperti gangguan sistem di lapangan terbang bukan sebahagian daripada perlindungan ditawarkan kepada pelanggan, namun pengecualian diberikan memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia sudah menabung berbulan lamanya untuk bercuti dan kejadian tidak diduga seperti ini pasti akan membebankan pelanggan.
Terima kasih Etiqa Insurans & Takaful kerana sudi untuk membantu semua nasib penumpang yang tergendala.
Jadi di sini saya lihat, adalah satu case study yang sebenar kepada semua rakyat Malaysia akan kepentingan memiliki insurans perjalanan tidak kira ke mana sahaja destinasi tujuan anda.
Untuk pengetahuan semua, insurans seperti Etiqa Insurans & Takaful hanya menerima tuntutan untuk kelewatan penerbangan yang disebabkan situasi seperti mogok, cuaca buruk dan kerosakan mekanikal penerbangan namun kerosakan sistem di KLIA dan KLIA2 diberikan pengecualian – ini adalah berita yang sangat baik.
Pengecualian seperti ini saya lihat akan memberikan satu impak positif kepada semua rakyat Malaysia akan kepentingan dan kesedaran memiliki insurans perjalanan kerana kita tidak tahu apa akan terjadi semasa perjalanan kita – sama ada terlewat, kandas atau sebagainya.
Jadi kepada anda, ingatlah kejadian ini sebaiknya, dapatkan insurans perjalanan kalau ingin mengembara ke mana-mana sekalipun. Sediakan payung sebelum hujan kerana malang tidak berbau.
Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia akan memansuhkan bayaran pemprosesan bagi pelanggan yang membuat bayaran sama ada menerusi perbankan dalam talian dan kad kredit mulai Oktober ini.
“Kami (akan) masih mempunyai beberapa caj untuk memacu trafik kepada kaedah lebih murah, lebih selamat dan kurang penipuan. Tetapi akan terdapat juga kaedah tanpa sebarang bayaran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Tony Fernandes.
I’m pleased to announce that @Airasia is removing processing fee from October. We still still have some charges to drive traffic to cheaper , safer and less fraudless methods. But there Will be methods with no fees. no more process#technologyrules #makingairfaresaffordable
Beliau mengumumkan perkara itu dalam catatan di twitter menerusi dua hashtag, iaitu #technologyrules dan #makingairfaresaffordable.
Bayaran pemprosesan AirAsia bermula pada kadar RM4 jika anda menggunakan debit terus dan boleh meningkat sehingga RM16 dengan UnionPay.
Bagaimanapun, jika pelanggan memilih untuk membuat pembayaran menggunakan aplikasi e-dompet AirAsia iaitu BigPay, tiada bayaran pemprosesan yang terlibat.
Kemboja menarik balik larangan masuk pelawat asing dari Iran, Itali, Jerman, Sepanyol, Perancis dan Amerika Syarikat yang dikenakan sebelum ini bagi membendung penularan COVID-19.
Menurut Kementerian Kesihatan negara tersebut, pesakit terakhir COVID-19 diizin keluar hospital pada 16 Mei 2020 lalu, menjadikan negara kini bebas kes.
Kementerian Kesihatan melaporkan pelawat asing yang masuk ke Kemboja masih perlu menunjukkan sijil kesihatan sah tidak melebihi tempoh 72 jam yang mengesahkan mereka tidak dijangkiti virus COVID-19.
Mereka juga perlu tunjukkan bukti memiliki insurans kesihatan bernilai AS$50,000 semasa berada di Kemboja.
Selain itu, pengunjung asing perlu menjalani saringan COVID-19 dan dikuarantin selama 14 hari di kemudahan ditentukan kerajaan.
Mulai Jun 2020, Kemboja akan membuka semula semua muzium selepas tiada kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan selama lebih sebulan. Untuk mengelakkan risiko jangkitan, kerajaan Kemboja menasihatkan langkah pencegahan perlu diambil termasuk memeriksa suhu badan pengunjung, menyediakan pensanitasi tangan dan menjaga jarak sosial.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...