Penduduk Perlis Gempar Seketika Dikejutkan Dengan Kemunculan Fenomena Belalai Air

Share

Penduduk di sekitar pantai Kuala Pelis semalam gempar seketika apabila melihat rupa seakan ‘puting beliung’ muncul petang semalam.

Fenomena tersebut dikenali sebagai ‘belalai air’ disebabkan peralihan monsun timur laut ke monsun barat daya yang lazimnya berlaku pada Mei.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Perlis, fenomena garis badai (squall line) yang membawa hujan lebat dan angin kencang boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah. Lazimnya, corak cuaca akan sering menunjukkan kejadian ribut petir khususnya pada sebelah lewat petang dan malam.

Ia terhasil daripada awan Kumulonimbus (Cb) yang boleh menyebabkan hujan lebat, langkisau, kejadian kepala air, hujan batu dan kejadian belalai air.

Untuk mereka yang sering turun ke laut dinasihatkan agar berhati-hati sekiranya berlaku fenomena sebegini di pantai. Ia bahaya kepada bot kecil dan lazimnya kejadian ini berlaku ketika musim peralihan monsun.

Sebelum ini tular beberapa rakaman dan foto yang dimuat naik pengguna di media sosial berikutan fenomena belalai air yang berlaku di persisiran pantai Kuala Perlis kira-kira 7 petang itu


Sumber: HMOnline

IKLAN