Pengalaman Camping 3H2M Paling Awesome Kat Denai Kabus, Gerik. Boleh Naik Kuda & Main Flying Fox. Terbaik!

Share

Berpeluang berkhemah di Denai Kabus, Gerik Perak selama 3 hari 2 malam memberikan pengalaman yang sangat best buat Wel Loren dan keluarga.

Tak dinafikan sekarang banyak camp site yang menawarkan pelbagai kemudahan untuk pengunjung selain menyediakan tapak perkhemahan yang selesa untuk didiami.

Seperti yang dikongsi oleh Wel Loren di Facebook Family Camping Malaysia, kesempatan camping di Denai Kabus meninggalkan kenangan manis buat dirinya dan keluarga

Walaupun tiada kemudahan telco dek kerana lokasi campsite ini yang terletak jauh di pedalaman, namun pengalaman yang diperolehi sepanjang berkhemah di situ cukup mengujakan.

Ikuti perkongsiannya:

3H2M

Denai Kabus, Gerik, Perak.

Semua telco tak ada

Semua kemudahan ada – AWESOME! (kecuali tak ada sungai/jeram besar). Air bukit ada.

– Tapak besar2 belaka (kalau tak silap 3 meter x 6 meter).

– Sinki untuk setiap 2 tapak.

– Plug point untuk setiap tapak.

– ATV, Horse Riding, Kayak, Flying Fox dll.

– Dengan kata lain, for me this place awesome lah.

 

 

IKLAN