Sesiapa yang ingin ke Mossy Forest, Cameron Highlands selepas ini akan dikenakan bayaran oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bermula dari 1 Mac 2019.
Bayaran sebanyak RM10 akan dikenakan kepada orang dewasa manakala RM5 dikenakan kepada kanak-kanak 12 tahun ke bawah dan warga emas serta Orang Kelainan Upaya warganegara Malaysia.
Bagi pengunjung warganegara asing, bayaran RM30 dikenakan kepada orang dewasa, RM15 kepada kanak-kanak bawah 12 tahun dan RM30 kepada warga emas dan Orang Kelainan Upaya.
Ads
Bayaran fi yang dikenakan hanya untuk pengunjung yang ingin masuk ke Mossy Forest sehingga penghujung laluan boardwalk sahaja. Kepada yang ingin mendaki ke Gunung Irau melalui Mossy Forest, anda turut dikenakan bayaran dan masih perlu memohon permit untuk memasuki Hutan Simpanan Kekal seperti biasa.
Bagaikan berada di Negara Matahari Terbit tapi sebenarnya kat Sabah je. Homestay yang terletak di Ranau, Sabah ini berkonsepkan kediaman Jepun.
Bangun pagi-pagi terus nampak gunung Kinabalu yang menjadi kegemahan rakyat Malaysia. Boleh enjoy pemandangan Gunung Kinabalu dan cuaca yang sejuk kat sini.
Nak lagi feel homestay ini juga menyediakan sewa cosplay pakaian tradisional masyarakat Jepun. Korang boleh pakai dan ambil gambar. Insta worthy sangat!
Kedudukan yang agak terpencil membuatkan tempat ini cukup privasi untuk dikunjungi. Bagi yang ingin bercuti lari dari kesibukan kota, tempat ini memang pilihan yang tepat!
Bagi yang tidak menginap pun boleh nikmati pemandangan dan juga bergambar di sini, tiket masuk yang dikenakan hanya RM5 seorang. Perkhidmatan sewa baju tradisional juga turut disediakan walaupun tidak bermalam di sini.
Alamat: Hidden Hill Kundasang, Nearby Perkasa Hotel and Kem Bina ,Kg Dodon Kasigau, Kundasang 89308 Ranau, Sabah, Malaysia
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Agensi Pemuliharaan Sumber Alam Sulawesi Tengah, Indonesia menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berani menyelamatkan seekor buaya 'bertayar' di Palu. Ganjaran berkenaan diberikan ekorang tidak mempunyai sumber untuk menangkap reptilia itu.
Buaya berkenaan berdepan masalah di mana tayar motosikal tersekat pada badannya sejak beberapa tahun lalu.Buaya malang tersebut sering dilihat di kawasan perairan yang menghubungkan Sungai Palu dan Teluk Palu. Reptilia bersaiz empat meter itu pertama kali dilihat tersekat pada tayar berkenaan sekitar 2016 lagi. Sejak tahun lalu, buaya itu menjadi tarikan penduduk yang menunggu kemunculannya untuk merakamkan gambar haiwan berkenaan.
Buaya air masin tersebut perlu diselamatkan segera daripada mati tercekik. Ramai bimbang tayar itu kini secara perlahan-lahan membunuh buaya itu kerana saiz buaya terbabit semakin hari semakin membesar.
Pihak berkuasa percaya, ada individu yang zalim secara sengaja meletakkan tayar itu di leher buaya dalam cubaan membela haiwan ganas berkenaan.
Terengganu Darul Iman negeri yang indah permai dan cantik menawan. Ibu negerinya, Kuala Terengganu pernah diangkat menjadi lokasi yang paling gembira di Malaysia pada tahun 2019.
Tapi memang hakikatnya Kuala Terengganu adalah antara kawasan-kawasan yang paling ‘menyeronokkan’ untuk dilawati oleh sesiapa pun, baik warga tempatan atau pelancong luar. Kuala Terengganu mampu menyajikan keseronokkan untuk mereka yang berkunjung ke sana.
Begitu juga dengan Tasik Kenyir, bagi anda yang bukan kaki pancing, tetapi teringin untuk bercuti di Tasik Kenyir, jangan malu dan segan untuk ke sini. Tasik Kenyir punya tarikan aktiviti lain yang boleh dilakukan untuk semua peringkat umur. Pelbagai jenis penginapan juga disediakan bermula dari bertaraf tiga bintang meliputi chalet di atas pulau, resort terapung atau rumah bot. Jika memilih untuk menginap di rumah bot, kalian berpeluang untuk menyusuri sungai hingga ke kawasan air terjun pasti memberi pengalaman menyeronokkan kepada pencinta alam semula jadi.
Teringin nak cuti-cuti Terengganu? Ikuti perkongsiaan daripada saudari Aziera Dianza yang berkesempatan bercuti ke negeri ini di daerah Kuala Terengganu dan juga Tasik Kenyir. Memang puas hati trip sebegini.
(Itenary Kuala Lumpur -Kuala Terengganu – Tasik Kenyir -Pantai Cherating)
4D3N Vacation 20 Aug 2020 – 23 Aug 2020 (PKPP). Terengganu Negeri Cantik, Budaya Menarik
Day 1
Sampi je Kuala Terengganu lepas subuh teros beratur di Nasi Dagang Atas Tol. Sarapan pagi di Nasi dagang atas tol
Ada 3 Cawangan
1. Atas Tol
2. Padang Negara
3. Losong
Dibuka seawal 630am-12tnghari.. Makanan murah n sedap..
Checkin Baiduri Homestay Kuala Berang
RM200
– 5 Bilik Tido (1 Bilik Aircond)
– 3 Bilik Mandi (Ade water heater)
Homestay yang sangat lengkap dan selesa
Air Terjun Sekayu (Sekayu Waterfall)
Tiket masuk RM2
Kena jalan sejauh 800m untuk naik keatas.. Nak mandi kt bawah pun boleh.. Tp view atas lg menarik..
Pasar Payang
Port untuk membeli keropok, batik Terengganu.. Mcm2 ada disini.. Tp terasa rindu suasana pasar payang yg dulu.
Drawbridge Kuala Terengganu
Boleh bergambar disitu dengan view jambatan yang menarik.. Boleh jugak membeli makanan di Terengganu Food Trucks, Dataran Drawbridge.
Sekati Emas Boat Tour
Kami menaiki boat dari Jeti Bot Penambang Pasar Kedai Payang
Route :
Pulau Sekati-Taman Tamadun Islam-Masjid Kristal-Pulau Duyong-Kg Cina-Pasar Kedai Payang -Drawbridge KTganu
Tempoh tour :
Medan Ikan Bakar Kuala Ibai
Better booking dulu kalau nk makan kt sini..
Day 2
Breakfast di Kedai Makan Seri Lawit Corner. Harga sangat murah. Pelbagai pilihan nasi minyak nasi kerabu nasi dagang nasi lemak. Roti canai kuih muih pun ada.
Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) Tasik Kenyir. Menempatkan sebanyak 18 ekor gajah yang mempunyai penjaga dikenali sebagai Mahut. Aktiviti menarik memberi gajah makan, memberi gajah susu & melihat gajah mandi. Kenyir Elephant Conservation Village mempunyai pelbagai fasiliti asas seperti Surau, Tandas, Bilik Persalinan, Ruang Rehat, Mini Kafeteria dan Kiosk Jalan. Tarikan yang menarik disitu ialah Jambatan Gantung (Canopy Walkway) sepanjang 600 meter dengan 5 Menara Tinjau dan 6 Platform.
Harga Tiket Promosi
Lunch di Restoran Lembah Warisan. Bagi peminat masakan ikan air tawar boleh cuba masakan di restoran ni.. Ikan kelah n ikan patin pun ada. Sedap. Pilihan lain boleh cuba makanan di Warung Mr. Baung. 500m dri Lembah Warisan.
Jeti Pengkalan Gawi
Tiket parking kereta RM5
Kenyir Eco Resort. Di Tasik Kenyir kami menginap di Kenyir Eco Resort. Milik bumiputra. Resort atas air di Kenyir. Sangat selesa. Makanan sedap. Facilities lengkap. Setiap bilik ade aircond. Harga mampu milik.
Aktiviti disediakan di Resort
Day 3
Menaiki boat ke Kelah Santuary. Kena berjalan sejauh 1600m utk ke Lubuk Kelah. Standby air minum. Kat atas ade gerai kecik utk bli jajan n makanan ikan.Mandi manda n lunch di Air Terjun Lasir. Wajib pakai safety jacket ketika mandi . Aktiviti Menarik Di Tasik Kenyir:
Day 4
Singgah mandi manda di Pantai Cherating n balik ke KL
Tamatlah sudah percutian 4d3n kami. So kalau ada sebarang soalan n pertanyaan boley tanye hakak ye. Teruskan Support Industri Pelancongan Kita. Jom Cuti-cuti Malaysia
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Apabila menyebut mocha, ramai membayangkan secawan kopi berkrim yang menggabungkan espresso, susu dan coklat. Namun, di sebalik nama minuman popular itu, tersimpan sejarah panjang...