
Kesemua 402 penumpang penerbangan AirAsia AK5742 dan AK5740 yang tiba di Lapangan Terbang Tawau pada 1 dan 4 Mei lalu diminta hadir ke klinik kesihatan terdekat bagi menjalani ujian saringan kedua koronavirus (Covid-19) susulan kes positif yang dikesan dalam kedua-dua penerbangan terbabit.
Setakat pagi semalam seramai 39 individu termasuk lapan pelajar tampil menjalani ujian berkenaan di klinik kesihatan di Kubota. Individu yang dikesan positif dalam kedua-dua penerbangan berkenaan tidak bersimptom.
Pihak KKM juga berjaya mengesan tiga pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang pulang ke Tawau ingkar perintah kuarantin di rumah. Orang ramai ada buat aduan dan intipan telah dibuat serta ambil gambar sebagai bukti untuk mendakwa ketiga-tiga pelajar ini dimahkamah. Tiga pelajar berkenaan juga adalah antara 402 penumpang penerbangan AirAsia terbabit yang tiba di Tawau,Sabah dari Kuala Lumpur.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Kaki Travel’ Dah Boleh Rentas Ke UK. Ini Tip Perlu Dibuat Sebelum & Selepas Balik Bercuti!

Isi Kandungan
ToggleSebaik kerajaan mengumumkan sudah boleh pergi ke luar negara, pastinya memberi kegembiraan buat kaki travel.
Maklumlah sudah hampir dua tahun tidak angkat beg besar untuk bercuti ke luar negara.
Jadi bagi mereka yang mahu bercuti ke luar negara terutama UK, perlu ambil tahu beberapa tip sebelum pergi ke sana.
Perkongsian Tia Tia di grup Backpacker Buddy Malaysia memberitahu apa perlu dibuat sebelum berlepas ke sana.
TIPS TRAVELLING TO UK
Bermula 4 october 2021, rules for travelling to UK telah dikurangkan bagi memudahkan traveller melancong ke UK “a more straightforward system” . S
ebelum ni kena ambik test before fly, test day 2 arrival , test day 8 and quarantine, tetapi mengikut rule baru ni hanya perlu “day-2 test” sahaja.
Maybe end of October mereka akan keluarkan rules baru di mana hanya perlu lateral flow test je “tunggu announcement UK”.
Rules ni hanya applicaple for those yang da amik full dose vaccine and complete the days required before you are fully vaccinated and ni hanya untuk mereka with vaccination of these 4 of vaccines and tak pernah singgah red list country yang dikeluarkan oleh UK
a) Oxford/AstraZeneca
b) Pfizer BioNTech
c) Moderna
d) Janssen
e) Vaksin campur pun boleh , tapi dengan syarat still kene cukup dose and time interval for 4 vaksin di atas
List of red list country by UK bermula 11oct :
COLOMBIA, ECUADOR, DOMINICAN REPUBLIC, HAITI, PANAMA, PERU AND VENEZUELA
– Sentiasa check updated red list countries di link kt bawah ni :-
– Ni link die : https://www.gov.uk/…/red-list-of-countries-and-territories
– Please prepare your vaccination certificate and mysejahtera before travelling
PREPARATION BEFORE AND WHEN TRAVELLING
Sebelum travel ke England
1. Book and pay for a day 2 covid-19 test (self swab test)
– step pertama yang mesti dilakukan ialah anda mesti membuat booking untuk testing kit anda dihantar ke alamat penginapan anda di UK pada hari kedua anda di sana. Amat penting bagi anda untuk simpan segala details yang berkaitan booking covid test ni sebagai reference semasa melepasi border nnt. Sebelum membeli tiket flight, pastikan test kit yang anda akan booking sempat sampai ke tmpt penginapan kite pada hari kedua itu.
– test ni perlu dibuat bagi mereka yang berumur 5 tahun dan ke atas
– Ni link die : https://www.find-travel-test-provider.service.gov.uk/test…
2.complete a passenger locater form
Ni link die : https://provide-journey-contact-details.homeoffice.gov.uk…
Document yang diperlukan untuk melengkapkan passenger locater form
1. Passport details/travel documents
2. Travel details (Tarikh/Masa pergi dan balik)
3. Travel address
4. Booking reference untuk “day 2 covid-19 test” yang telah dibook semasa step pertama tadi
5. Prove your vaccination status ( vaccine yang diambil )
Semasa sampai di UK
1. Take test yang kite da book itu, before or semasa day 2 kita di sana
2. Kalau negative, settle
Settle
Dah boleh travel ke UK
STEPS RETURNING KE MALAYSIA
1. COVID 19 TEST ON ARRIVAL
2. KENE DOWNLOAD MY SEJAHTERA
3. QUARANTINE 14 DAYS OR 10 DAYS
4. https://safetravel.myeg.com.my – NI LINK DIE
– Untuk arrival ke Malaysia dari UK masih memerlukan quarantine di Malaysia. Boleh jugak try untuk apply for quarantine at home “subject of approval”
– Link untuk apply quarantine at home sesudah balik dari UK, kene submit 7-10 hari sebelum arrival ke Malaysia.
– Ni link die : https://hso.moh.gov.my/outbreak-portal-hqa/index
P/S : Sentiasa tengok update dari website Government Malaysia and rules dari airlines yang korang nk book in terms of departing and returning .
Keep on looking for insurans to cover for expenses sekiranya anda dijangkiti covid-19 semasa di sana “negara lain da mula bagi insurans travel regarding covid-19, Malaysia kite tunggu announcement dari big travel insurance companies di Malaysia, hopefully. Happy Browsing.
Artikel Berkaitan:
Enam Pantai Paling Menarik, Indah & Kaya Dengan Tarikan Semula Jadi Di Selangor
Lokasi Staycation Kaya Dengan Khazanah Bersejarah Selangor, Boleh Jadi Spot Berfoto Terbaik!
Huda Haven Resort, Inap Desa Bercirikan Suasana Kampung & Ada Sungai. Gamit Momen Zaman Kanak-Kanak!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kawasan Pantai Timur Sabah Selamat Dikunjungi Pelancong.

Nasihat Perjalanan dikeluarkan Amerika Syarikat tidak menjejaskan kehadiran pelancong ke Sabah, khususnya di kawasan pantai timur.
Menurut Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Ahmad Shah Hussein Tambakau pihaknya akan terus berusaha untuk meminta Kedutaan AS untuk mengeluarkan Malaysia daripada Nasihat Perjalanan yang dikeluarkan pada 9 April yang menyenaraikan negara ini ditanda ‘K’ iaitu mempunyai risiko penculikan dan dijadikan tebusan.
“Ia sebenarnya tidak menjejaskan ketibaan pelancong ke Sabah. Kita harap sangat untuk keluarkan Malaysia dari dalam senarai dan kita sentiasa berusaha meminta Kedutaan AS menarik balik Nasihat Perjalanan tersebut. Seperti yang kita tahu, Sabah dan Kerajaan Persekutuan sentiasa memastikan keselamatan di Pantai Timur Sabah diperketatkan,” katanya ketika merasmikan sesi Keterlibatan dan Jaringan Tourism Malaysia bersama pengiat industri pelancongan Sabah.
Beliau berkata pada masa ini kehadiran pelancong ke Sabah menunjukkan peningkatan, dan masih ramai yang ingin datang berkunjung ke negeri itu khususnya di pantai timur negeri itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Ahmad Shah Hussein Tambakau berkata, Tourism Malaysia turut mengadakan Program Jelajah bersama media dan selebriti terkenal seperti Alif Satar bagi menerokai dan mempromosi beberapa tempat menarik di pantai timur Sabah seperti Menara Kayangan Lahad Datu, Regatta Lepa-Lepa Semporna, Tawau, Pulau Bum-Bum dan Pulau Bohey Dulang. Inisiatif ini merupakan salah satu usaha Tourism Malaysia bagi memperkukuhkan industri pelancongan domestik dan menggalakkan lagi kempen Visit Malaysia 2020.
Tourism Malaysia mensasarkan sekurang-kurangnya kehadiran 4.5 juta pelancong ke Sabah sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020).
Para penggiat industri pelancongan Sabah turut digalakkan untuk memberi kerjasama dengan Tourism Malaysia dalam menghasilkan pakej pelancongan menarik, dan kreatif bagi merancakkan lagi sambutan Visit Malaysia 2020. Majlis itu yang diadakan antara lain bertujuan membincangkan hala tuju dan kaedah promosi efektif bagi menjana kedatangan pelancong ke Sabah dihadiri 300 pengiat pelancongan Sabah.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sukan Olimpik Tokyo 2020 & Paralimpik, Sah Postponed!

Temasya sukan terbesar peringkat antarabangsa, sukan Olimpik dan Paralimpik 2020 di Tokyo akan ditangguhkan selama setahun susulan penularan wabak COVID-19.
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach telah bersetuju dengan cadangan Jepun untuk menangguhkan acara sukan empat tahun sekali itu.
Walau bagaimanapun acara sukan terbesar ini akan diadakan kembali untuk setahun akan datang. Penangguhan ini juga membabitkan Sukan Paralimpik Tokyo.
“Cadangan saya ialah menangguhkannya setahun dan Presiden (IOC) telah memberikan persetujuan. Ini akan memungkinkan para atlet untuk membuat persiapan yang terbaik, dan akan menjadikan acara ini selamat untuk atlet dan penonton,” beritahu Shinzo Abe.

Persetujuan itu hadir selepas Persatuan Olimpik British (BOA) bermesyuarat untuk membincangkan perkara berkenaan.
Untuk info, ini adalah kali pertama Sukan Olimpik ditangguhkan. Sebelum ini, Sukan Olimpik hanya dibatalkan sepenuhnya semasa tempoh peperangan iaitu pada tahun 1916, 1940 dan 1944.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI