Percutiaan Tenang Di Colmar Tropicale Bukit Tinggi. View Macam Oversea!

Share

Jika impikan destinasi percutian ala-ala di sebuah perkampungan berkonsepkan Perancis, apa kata ke Colmar Tropicale di Bukit Tinggi, Pahang.

Perjalanan dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa satu jam perjalanan sahaja menggunakan Lebuhraya Pantai Timur. Suasana dingin pasti menyapa anda tatkala tiba di puncak dan memasuki kawasan Berjaya Hills Resort yang terletak pada ketinggian 823 meter atas paras laut.

Perkongsian ini daripada saudara Hafiz Azmi

Colmar di Bukit Tinggi Pahang adalah satu tempat liburan keluarga yang terkemuka di Malaysia. Namun ramai yang tidak tahu bahawa kawasan itu merupakan binaan semula bangunan asal di Perancis.

Ya, #Colmar yang sebenar di #Perancis atau nama sebenarnya #france di wilayah Alsace berdekatan dengan sempadan Jerman. Kira-kira 500km dari ibukota Paris dan keseluruhan kawasan bandar ini dibena dengan senibena dari zaman medival!

Ini adalah kerana Colmar ini telah wujud semenjak kurun ke 9 lagi dan ianya telah diperintah oleh kerajaan-kerajaan besar satu ketika dahulu dari kerajaan Jerman, Rome sehinggalah kini dibawah pemerintahan kerajaan Perancis. Sejarah dia panjang, sukar untuk saya ceritakan.

Terkenal dengan jolokan little Venice kerana keadaan terusan dan gendola yang mirip Venice di Itali. Menarik bukan?

Tahukah anda bahawa pencipta asal patung Liberty yang amat terkenal di New York, Amerika itu adalah dari Colmar? Frédéric Auguste Barthioldi merupakan pencipta patung tersebut dibantu oleh Gustave Eiffel yang membentuk kerangka besi monument tersebut. Kenapa macam pernah dengar nama Gustave Eiffel? Ya dia adalah pemilik dan pembina Eiffel Tower di Perancis. Wow bukan?

Boleh dirumuskan, jika anda datang ke Perancis dan ingin ke Jerman boleh ikut jalan ke Colmar untuk menikmati keindahan kota yang unik ini. Saya yakin anda pasti jatuh cinta padanya. Dibawah saya sajikan beberapa keping gambar yang sempat saya ambil sementara menunggu tetamu habis menikmati pemandangan di kota kecil Colmar yang memukau ini.

 

Selalu orang upload gambar Colmar Bukit Tinggi ni waktu siang. Jarang-jarang orang upload gambar yang diambil jam 2 pagi. Waktu ni masih ada sedikit pekerja sedang buat closing. Ada security yang menjaga, sebenarnya sunyi dan sejuk waktu ni. Ngeri juga sebenarnya nak jalan-jalan ambil gambar tapi sebab security ni ada dimana-mana sahaja, terasa selamat.

IKLAN