Sungai Lembing, Pahang cukup terkenal kerana merupakan lokasi lombong bijih timah paling dalam di dunia. Namun, disebalik kesan tinggalan sejarah itu, terdapat rahsia alam yang mampu menarik perhatian ramai pecinta alam iaitu Air Terjun Pelangi terletak 16 kilometer dari Bandar tersebut.
Air Terjun Pelangi bukan sahaja menjadi destinasi utama penduduk tempatan bersantai malah sangat terkenal dalam kalangan pengunjung luar lebih-lebih lagi setelah menjadi viral di sosial media. Bagi tujuan berlibur dan berekreasi pada hujung minggu, para pencinta alam semulajadi dan yang berjiwa adventure pasti memilih lokasi air terjun ini.
Keindahan Air Terjun Pelangi sangat mengasyikkan umpama berada di satu dunia yang lain, atau pun boleh diandaikan seperti pemandangan dalam filem fantasi. Di sini sungguh sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti berendam, berenang, sesi fotografi ataupun hanya merenung menghargai alam. Para pencinta alam semulajadi akan terpesona dengan percikan aliran air terjun setinggi 250 meter dan kejernihan kolam air yang dihiasi dengan biasan sang pelangi yang indah.
Jika tiba di dipekan Sungai Lembing pengunjung yang ingin ke Air Terjun Pelangi mempunyai beberapa pilihan perjalanan, sama ada untuk mendaki atau menggunakan perkhidmatan jentera 4×4 untuk ke tapak perkhemahan Lubuk Beruk. Jika tidak mempunyai jentera pacuan empat roda sendiri, bolehlah memilih pengangkutan yang biasanya ada disediakan oleh penduduk sekitar untuk masuk ke sana.
Dikenali sebagai ‘Teksi’, jentera 4×4 yang telah diubah suai ini boleh memuatkan lebih banyak penumpang. Bayaran tertentu dikenakan untuk setiap orang yang menggunakan khidmat pengangkutan ini. Pesanan untuk pengunjung, jangan sesekali berkeras untuk membawa kenderaan sendiri selain kenderaan jenis 4×4 atau kenderaan untuk perjalanan offroad. Jika degil dan tidak mahu mematuhi arahan, kenderaan anda pasti akan terkandas di tengah hutan!.
Perjalanan masuk ke tapak perkhemahan bakal membawa pengunjung merentasi kawasan hutan belantara selama hampir satu jam dan setibanya ke kawasan perkhemahan Lubuk Beruk, pengunjung bebas memilih lokasi yang sesuai untuk mendirikan khemah.
Menjadi pilihan buat pengunjung sama ada untuk bermalam di tapak perkhemahan (alatan perkhemahan perlu disediakan sendiri) atau meneruskan perjalanan balik hari ke kawasan Air Terjun Pelangi. Jentera yang dinaiki pengunjung akan berakhir di tapak perkhemahan ini sahaja, maka penggembaraan untuk menggapai pelangi perlu diteruskan sendiri dengan aktiviti trekking. Anda juga boleh mengupah penunjuk arah untuk ke Air Terjun Pelangi tersebut untuk melancarkan perjalanan anda.
Boleh dikatakan Air Terjun Pelangi ini sesuai buat mereka yang sukakan cabaran. Jika ada yang ingin membawa keluarga, anda perlu pastikan keselamatan mereka sentiasa terjaga terutamanya kanak-kanak. Gunakan pakaian dan kasut yang sesuai untuk aktiviti menggapai pelangi ini.
Terlebih dahulu pengunjung perlu berjalan kaki kira-kira 45 minit untuk ke air terjun dengan merentasi arus sungai yang agak deras tetapi cetek. Laluan yang disediakan yang agak cerun dan kadang kala sedikit licin mengikut pada cuaca. Langkah pasti semakin laju tatkala mulai kedengaran desiran air terjun. Jika tiba mengikut masa yang betul, dari jauh pengujung sudah boleh melihat sang pelangi yang dicari-cari menunjukkan rupa.
Menurut pemandu arah, jika sedikit lambat tiba mungkin pelangi tersebut tidak dapat dilihat. Ini kerana jika matahari sudah berada hampir betul-betul di atas kepala situasi ini menyukarkan proses pembiasan berlaku kerana untuk pelangi terjadi di air terjun, matahari harus berada di hadapan air terjun.
Pengunjung pasti bersyukur kerana dapat melihat salah satu air terjun yang tercantik di Malaysia walaupun perlu merentas hutan belantara. Suasana sekeliling yang damai memang menjanjikan kepuasan setelah berhempas pulas mendaki. Keindahan Air Terjun Pelangi sangat mengasyikkan malah amat sesuai dijadikan sebagai destinasi berekreasi, penggambaran filem atau buat mereka yang mahu lari daripada kesibukan kota raya. Pengunjung pasti akan terpesona dengan juraian air terjun jernih serta pelangi yang indah.
Dalam pada itu, menjadi tanggungjawab bersama agar setiap pengunjung Air Terjun Pelangi menjaga kebersihan kawasan rekreasi yang masih boleh dianggap dara dan tidak tercemar itu. Untuk info, pengunjung boleh melihat pelangi sekitar pukul 8 pagi hingga 10 pagi pada ketinggian 50 meter daripada ait terjun itu.
Selepas bermandi manda di Air Terjun Pelangi, apa kata sebelum pulang anda melawat sekitar pekan Sungai Lembing terdahulu. Terdapat pelbagai destinasi menarik untuk diterokai di sini. Antaranya:
Pekan Sungai Lembing dikenali sebagai ‘Kota El Dorado Timur’ pada suatu ketika dahulu di Tanah Melayu. Ini kerana kegiatan perlombongan telah menjadikan pekan ini terkenal. Malah merupakan antara kawasan lombong bijih timah bawah tanah terbesar di dunia. Dianggarkan panjang terowong lombong bijih timah bawah tanah yang dibina melebihi jarak dari Kuala Lumpur ke Kuantan dengan kedalaman 396 meter. Kini, bekas lombong serta sebahagian bangunan lama Inggeris masih wujud dalam bentuk asal dan sekali imbas seperti pekan ala koboi dalam filem. Jangan lupa untuk merakam gambar kenang-kenangan di sekitar kawasan ini.
Tidak sah jika pengunjung datang ke Sungai Lembing tidak menjamu selera di kedai makan yang terkenal dengan keenakan mi bandung dan mi jawa. Banyak kedai makan menu mi bandung yang terdapat disekitar ini. Pilih sahaja mana yang berkenan di hati. Lokasi-lokasi kedainya agak strategik iaitu berhampiran pintu gerbang pekan Sungai Lembing, memudahkan pengunjung untuk singgah di premis berkenaan. Kedudukannya juga amat sesuai untuk bersantai kerana terletak di pertembungan Sungai Kenau dan Sungai Kuantan.Fenomenanya lebih menarik apabila terdapat sebuah jambatan gantung yang merentangi Sungai Kenau bagi kemudahan penduduk dan pengunjung menikmati keindahan alam semula jadi di sekitar kawasan itu yang menghijau.
Muzium Sungai Lembing menjadi salah satu daya tarikan disini. Siapa sangka, pekan kecil ini menyimpan sejarah yang mungkin tidak diketahui kebanyakan orang. Sesi lawatan di muzium ini pasti memberi pengetahuan kepada pengunjung tentang sejarah kegemilangan Sungai Lembing. Pelbagai khazanah, replika dan artifak menarik berkaitan dengan aktiviti perlombongan bijih timah terdapat di sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Oleh kerana penutupan pintu masuk ke luar negara akibat Covid-19, ramai yang mengambil kesempatan hanya bercuti dalam negara.
Sebenarnya dalam negara kita juga banyak tempat atau lokasi menarik untuk menghabiskan masa bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan.
Dan salah satunya adalah Pulau Langkawi. Baru-baru ini pelakon Nora Danish mengambil peluang meraikan sambutan hari lahir salah seorang temannya di Pulau Langkawi.
Apa yang menariknya dalam percutian ini Nora Danish dan rakan-rakannya sepakat mengenakan baju bertema warna menjadikan foto diambil sangat cantik dan menarik.
Dan sudah tentunya pemilihan lokasi percutian juga penting dalam memberikan keselesaan dan kegembiraan sepanjang percutian ini.
Solo Traveller to Sri Lanka
(Colombo – Kandy – Sigiriya – Ella – Nuwara Eliya – Mirissa – Colombo)
Sri Lanka is one of the “most beautiful countries in the world” & is ideal for people hoping to experience nature on an adventure holiday.
Full Itinerary (11-17 Nov 2018)
Catatan sepanjang di Sri Lanka❤
1. Bagi saya kos penginapan dan makan/minum di Sri Lanka berpatutan dan murah. Penginapan di luar Colombo anda boleh dapat bilik untuk dua orang dibawah RM50 sahaja. Carilah guesthouse/homestay yang termasuk breakfast maka secara tidak langsung dah jimat kos breakfast.
2. Saya membuat secara online ETA visa sri lanka. Prosesnya amat mudah dan sekejap sahaja approve.
3. Tempat-tempat menarik di Sri Lanka jauh antara satu sama lain.Tempoh 7 hari sebenarnya tidak cukup buat anda yang ingin menjelajah ke seluruh Sri Lanka. Perjalanan saya yang paling jauh adalah dengan menaiki bas dari Nuwara Eliya ke Mirissa selama 7 jam manakala perjalanan saya menaiki train paling jauh dari Kandy to Ella selama 6 jam. Banyak tempat-tempat menarik di Sri Lanka yang tidak sempat saya terokai antaranya Adam Peak yang terletak tidak jauh dari pekan Dalhousie. Asalnya mahu ke sana namun mengubah plan di saat akhir di sana dengan ke Mirissa yang terletak di bahagian selatan Sri Lanka. Beza antara Adam Peak dan Little Adam Peak adalah ketinggian dan juga kedua-duanya terletak di lokasi yang berlainan.
4. Di Sri Lanka banyak anjing yang berkeliaran, bagi yang fobia boleh pergi by group untuk mana-mana aktiviti. Tapi boleh dikatakan pada mulanya saya agak cuak terutama ketika hiking Little Adam Peak dalam 4pagi dimana sepanjang perjalanan ke puncak lebih dari 10 ekor anjing yang saya temui malah ada antaranya yang turut serta hiking umpama ‘tour guide’ namun tidak apa yang terjadi malah walaupun ikut sekali namun tak bersentuhan atau digomolnya kita seolah-olah berdisplin pula anjing-anjing ni.
5. Pengangkutan awam di Sri Lanka sangat murah jika anda menaiki bas atau train. Naik bas sepanjang 7jam perjalanan hanya 573Rupee/RM13 dan naik train sepanjang 6jam perjalanan cuma 300 rupee/RM7 (Class2).Kesemua perjalanan saya menaiki train adalah dengan tiket class 2. Jadual train adalah tepat dan anda boleh merancang perjalanan anda dalam link yang saya beri di atas. Untuk info terkini mulai 1 Oct 2018 tambang train sudah dinaikkan jadi jika anda ke search di website harga 230 rupee , tetapi bila anda beli di kaunter harganya mungkin 300 rupee. Ada notis sudah dikeluarkan di train station tetapi pada ketika saya menulis hari ini, di website masih belum update harga yang terbaru.Mungkin mengambil masa.
6. View train dari Kandy to Ella sangat menarik. Boleh dikatakan di bahagian pintu gerabak penuh dengan pelancong yang turut tidak melepaskan peluang bergambar. Ada yang duduk di pintu berjam-jam. Class 2 dipenuhi dengan pelancong dari luar terutamanya dari Eropah. Mostly Sri Lanka menjadi tumpuan backpackers dari Eropah.
7. Nuwara Eliya adalah salah satu tanah tinggi dan sejuk di Sri Lanka. Sewaktu saya menginap di sana semalam, suhunya 13 darjah celcius.
8. Nine Arch Bridge boleh ditembusi melalui Ella Railway Station dengan berjalan kaki dari station dengan jarak lebih kurang 2km.
9. Sri Lanka menggunakan matawang Rupee. Saya menukar dari RM ke Rupee di salah satu money changer di area Masjid Jamek, KL
10. Bagi mereka yang berhasrat mencari souvenir yang cantik dari Sri Lanka. Boleh ke satu kedai souvenir di Colombo. Search ‘ LUV SL Odel ‘. Pelbagai pilihan souvenir yang ada di sini.
11. Penerbangan AirAsia dari KLIA2 ke Colombo mengambil masa selama 3jam lebih. Beza masa antara Sri Lanka dan Malaysia pula adalah Sri Lanka 2 jam 30 minit lewat dari Malaysia.
▪Total Makan/Minum 3x sehari = 6025 Rupee/RM142 ▪ Total Tuk-tuk = 3000 Rupee/RM70 ▪ Total Tiket Bas = 1667 Rupee/RM39 ▪ Total Tiket Train = 1000 Rupee/RM23 (https://eservices.railway.gov.lk) ▪ Total Penginapan = 10120 Rupee/RM239 ▪ Tiket Flight Pergi Balik = RM520 (AirAsia) ▪ ETA Visa Sri Lanka = 35USD/RM146
(www.eta.gov.lk) ▪ Entrance fees Sirigiya Lion Rock = 30USD/RM125 ▪ Sim Card = 5gb 800Rupee/RM18
Total semua kos perbelanjaan = RM1322
Okay itu sahaja serba sedikit perkongsian saya tentang Sri Lanka. Negara yang pada asalnya saya rasa biasa-biasa sahaja namun luar biasa apabila tiba di sana. Sungguh indah ❤
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau anda sudah penat dengan kesibukkan bandar, apa kata kita jalan-jalan dulu, lari sekejap dari kesibukkan bandar dan memberi hati dan minda sedikit ruang...