Percutian Epik Di Tanjong Jara Resort, Suasana Tenang & Nyaman Dengan Pemandangan Pantai & Keindahan Senibina Melayu!

Share

Terengganu memang terkenal dengan pantainya yang putih dan cantik, di sepanjang pesisir pantai juga terdapat pilihan resort dan hotel yang menarik untuk dipilih sebagai penginapan bila berkunjung ke Terengganu.

Salah satunya adalah Tanjong Jara Resort yang terletak di Dungun. Merupakan resort 5 Bintang, ia direka untuk mencerminkan keanggunan istana-istana melayu abad ke-17.

Menampilkan keindahan senibina Melayu yang tiada tolok bandingnya, resort ini lengkap dengan fasiliti menarik dan mewah seperti kolam renang, spa, restoran dan banyak lagi.

Paling best kawasan pantai resort ini juga popular dengan spot penyu bertelur. Kalau nak ke sini sebaiknya diantara bulan Mei sampai September baru berpeluang tengok penyu bertelur!

Lokasi:

Tanjong Jara Resort

Batu 8, Off Jalan Dungun, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

Kredit: Tanjong Jara Resort

 

 

 

IKLAN