Travel

Pergi China Naik Kereta Api Dari Arau, Bajet Tak Sampai RM600

Share

Kagum dengan semangat melihat tempat orang, seorang lelaki, Muhammad Syauqi berkongsi pengalaman pergi China menaiki kereta api dari Arau, Padang Besar.

Jelasnya, kesemua perbelanjaan tidak mencecah sehingga RM600 dan sangat menjimatkan. Sekiranya anda ingin mencuba cara pergi China menggunakan kereta api, baca artikel ini sehingga habis.

Pergi China Naik Kereta Api Dari Arau Padang Besar

Malaysia to China by train. Route : Arau-Kunming

Arau-Padang Besar (15 minit komuter): RM 3.20
Padang Besar-Hatyai (1 jam train): RM 8
Hatyai-Bangkok (16 jam 3rd class train): RM 45
Bangkok-Nong Khai (10 jam sleeper train): RM 124

Night train Bangkok-Nong Khai 10 jam.

Nong Khai-Thanaleng (15 minit train): RM 3
Thanaleng-Vientiane (minivan): RM 50
Vientiane-Luang Prabang (2 jam train): RM 76
Luang Prabang-Boten (2 jam 30 min train): RM 38

Train dari Luang Prabang ke Boten, destinasi akhir sebelum melepasi sempadan China.

Boten-Immigration (minivan): RM 11

Sampai di train station Boten, keluar naik minivan yang diparkir di hadapan stesen. Minivan akan bawa ke imigresen Boten, kira-kira 10 minit dari train station.

Immigration-Mohan (bas): RM 3

Dah keluar Laos, kena jalan kaki dalam 300 meter sebelum jumpa bangunan ni. Ini adalah imigresen China di Mohan. Kiranya, kena setel dulu cop pasport dan setelkan departure/arrival card yang diberikan. Bila dah setel, akan ada bas menunggu di seberang bangunan. Naik bas tersebut dan turun di Mohan Train Station.

Mohan-Kunming (6 jam train): RM 175

Train dari Mohan ke Kunming. 6 jam perjalanan. Aku bernasib baik sebab setel dekat imigresen tu cepat dan sempat kejar bas dan beli tiket train on the spot. Ini train terakhir untuk ke Kunming hari itu. Jam 5.55 petang bertolak. Aku sampai train station dalam pukul 5.15 petang.
Yang ini Kunming Railway Station. Jangan tertukar dan terkeliru.

Total:

RM 536
Dekat sini akan cop pasport keluar Laos. Semua kena bayar cash 20k Lao Kip (kira-kira RM5). Katanya processing fee.

Tiket semua beli di kaunter train station kecuali Bangkok-Nong Khai online website State Railways Thailand (SRT).

Tiket ada yang dibayar dengan Baht (Thailand), Lao Kip (Laos) dan Renminbi (China). Cuma saya convert siap-siap dalam duit ringgit untuk memudahkan orang yang membaca.

Dekat bandar Kunming senang nak ke mana-mana pakai metro je. Ini map metro. Siapa yang biasa naik LRT dekat KL tu takda hal lah.

Saya bukanlah orang pertama naik train ke China. Belambak dah orang buat. Cuma berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri, mana tahu ada yang terinspirasi untuk turut sama mengembara cara sebegini.

Kuangsi Waterfall ni bertingkat-tingkat, paling lawa view tingkat atas sekali. Tak susah pun, cuma kena rajin berjalan sampai atas.
Kuang Si Waterfall. Airnya warna turqoise sebab punca air dari atas melalui batu kapur yang mempunyai kalsium karbonat menyebabkan warnanya bertukar menjadi sedemikian. Itu daripada description yang aku baca dekat sudut info.
View dari atas Mount Phousi.
Ini hostel aku tidur selama 2 malam di Luang Prabang. Harga RM30+ je satu malam tapi tandas kongsi. Tapi yang padu satu aircond kongsi 2 bilik.

Kalau nak mudah dan jimat masa, terbang sahaja ke negara China. Tapi, nak adventure dan banyak cerita, boleh guna jalan darat dari Malaysia.

IKLAN