Buat pencinta pantai, anda boleh pilih Perhentian Nemo Chalet di Pulau Perhentian untuk bercuti bersama keluarga tersayang.
Perhentian Nemo Chalet
Terletak di kedudukan yang strategik dengan akses mudah ke pantai dan jeti peribadi, chalet ini menawarkan pengalaman snorkeling yang mengagumkan dengan peluang untuk melihat ikan badut yang terkenal, atau “Nemo”.
Apa yang Menarik di Perhentian Nemo Chalet?
Lokasi Strategik: Hanya beberapa langkah dari pantai. Kemudahan: Bilik-bilik berhawa dingin dengan bilik mandi peribadi dan pemandangan laut yang menakjubkan.
Ads
Perkhidmatan: Staff yang mesra, restoran dan kedai kopi dalam kawasan chalet, kaunter penerimaan tetamu 24 jam, dan keselamatan sepanjang hari.
Ads
Dekat dengan Tarikan Lokal: Mudah untuk meneroka kampung setempat dan tarikan-tarikan lain.
Ads
Tip: Pastikan anda membuat tempahan awal terutama pada musim puncak untuk memastikan tempat anda!
Sama ada anda seorang pengembara yang ingin menikmati keindahan alam atau hanya ingin bersantai di tepi pantai, Perhentian Nemo Chalet menjanjikan pengalaman yang tidak akan dilupakan. Jangan lepaskan peluang ini!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Terokai hutan lipur di Perlis yang ada emerald pool, jom! Walaupun negeri kecil di Malaysian tetapi sebenarnya terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati terutama melibatkan tarikan alam semula jadi.
Kalau nak tahu, Hutan Lipur Bukit Ayer ini terletak dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Bintang dengan kawasan meliputi seluas 3.72 hektar.
Kolam disini airnya sangat cantik berwarna biru kehijauan bila terkena sinaran cahaya matahari (Emerald Pool). Terdapat air terjun yang boleh dipanjat untuk sampai kebeberapa kolam. Air Kolam di atas sangat sejuk dan tidak dalam, setakat pinggang orang dewasa.
Dewasa (RM5.00) Kanak-kanak (RM2.00)
7.00 am-6.00 pm
WGS 84 : N6.5462° , E 100.1668°
Hutan lipur ini merupakan tempat popular untuk aktiviti mandi-manda dan riadah utama penduduk Perlis selain Taman Eko Rimba Gua Kelam dan Pusat Rekreasi Bukit Jernih.
Terletak 14km daripada Kangar, Keunikan hutan lipur ini ini terletak pada keindahan kawasan persekitaran menghijau dan sungai yang nyaman yang mana sangat sesuai untuk dijadikan lokasi untuk beriadah bersama ahli keluarga dan juga teman-teman sekiranya berkunjung ke Negeri Perlis.
Antara kemudahan lain yang terdapat disini ialah tempat menjamu selera, tandas awam, parking kereta, kolam mandi & tapak untuk camping / berkhemah dimana bayaran tambahan dikenakan untuk bermalam.
Jadi kalau nak berdamai dengan alam, boleh lah ke sini ya. Memang syok layan main air yang bersih macam ini.
Owh ya, nanti jaga kebersihan kalau sampai sini, bawa plastik nak letak sampah sesiap, siapa lagi nak jaga nature kita kalau bukan kita sendiri.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Taiwan hanya sebuah negara pulau yang kecil, tetapi pembangunannya cukup pesat membangun, kepadatan penduduk yang tinggi dan mempunyai kepakaran hebat dalam bidang teknologi. Daripada segi pelancongan, negara ini tidak kurang tarikannya, malah sejak kebelakangan ini kementerian pelancongan negara itu cukup agresif melakukan promosi bagi menarik kehadiran lebih ramai pelancong asing terutama untuk mencuba aktiviti berbasikal mengelilingi daerah seluruh Taiwan.
Jika berkesempatan berkunjung ke Taiwan, jangan lepas peluang untuk mencuba aktiviti yang sudah menjadi kebiasaan dan pemandangan biasa di negara Farmosa ini iaitu aktiviti berbasikal.
Taipei contohnya adalah bandar raya teratur dari segi trafik dan mengamalkan hidup sihat. Pada awalnya timbul rasa pelik, dengan kepadatan penduduk Taiwan yang tinggi, mengapa pusat bandar ini langsung tidak nampak sibuk. Ini kerana kebanyakan penduduk menggunakan basikal sendiri atau disewa sebagai alternatif mengelakkan kesesakan jalan raya yang teruk.
Kerana itu juga, deretan basikal kuning yang ditinggalkan dibeberapa tempat di tengah-tengah Taipei merupakan pemandangan biasa yang boleh dilihat. Basikal kuning tersebut merupakan basikal sewa yang boleh digunaan oleh sesiapa sahaja yang ingin berbasikal.
Aktiviti berbasikal sebenarnya sudah sebati dalam kalangan rakyat Taiwan kerana dapat menggalakkan gaya hidup sihat, malah menjanjikan cabaran tersendiri baik dari segi mental mahupun fizikal. Hari ini di Taiwan, rata-rata rakyatnya terdiri daripada pelbagai peringkat umur, jantina, dan latar belakang, menggunakan basikal sebagai medium pengangkutan darat ke tempat yang ingin ditujui. Malah ada yang menyifatkan berbasikal dapat melepaskan diri daripada hiruk-pikuk kehidupan metropolitan Taiwan yang sesak, dapat meningkatkan kualiti udara di Taiwan selain peningkatan tahap kesedaran dalam memulihara alam sekitar.
Selain itu, minat rakyat tempatan yang semakin meningkat dengan aktiviti berbasikal menjadi pemangkin dan berkembang pesat kepada industri pengeluaran utama basikal dunia Taiwan. Contohnya jenama basikal Giant Inc yang begitu terkenal hingga di peringkat antarabangsa.
Basikal lipat juga menjadi pilihan rakyat Taiwan untuk dimiliki kerana ia adalah satu pembelian yang berbaloi. Selain bersaiz kompak, basikal lipat juga tidak memerlukan penyelenggaraan yang mahal dan kerap. Jika dibuat perbandingan dengan basikal biasa, basikal lipat lebih mudah dibawa ke mana saja kerana boleh dilipat dan disimpan di dalam beg khas. Ia juga boleh dibawa ke dalam pengangkutan awam kerana tidak memakan ruang.
Sun Moon Lake
Luangkan masa untuk berbasikal mengelilingi sebuah kawasan tadahan indah dan tasik semula jadi terbesar di Taiwan iaitu Sun Moon Lake. Pengunjung pasti teruja berbasikal sambil menyaksikan dengan pemandangan pulau kecil, beberapa bangunan konkrit, dan bukit-bukau, hembusan angin mendamaikan pasti menenangkan fikiran sesiapa sahaja.
Jika mempunyai stamina, pengunjung boleh berbasikal di sekitar tasik sambil berhenti di beberapa destinasi untuk mendaki beberapa anak tangga bukit untuk melihat keseluruhan Sun Moon Lake sambil merakam gambar kenang-kenangan. Di sini juga terletak pusat pengeluar basikal terkenal Taiwan iaitu Giant Inc.
Kaohsiung
Menurut sumber, daerah Kaohsiung adalah kota berbasikal paling ramah di Taiwan. Oleh itu, tidak hairan, Negara ini turut termasuk di dalam kaji selidik sebagai 10 Negara yang paling selamat untuk berbasikal. Ambil peluang selama 2 hingga 3 hari untuk merasai keseronokan berbasikal di daerah yang begitu indah ini. Seperti lokasi lain di sekitar Taiwan, di sini juga cukup mudah untuk mencari kedai yang menawarkan sewaan basikal dengan harga yang berpatutan.
Dadaocheng Dock Park
Taman Dadaocheng Dock yang cukup mendamaikan menghadap ke pelabuhan merupakan pilihan rakyat Taiwan untuk bersiar-siar sambil berbasikal. Di lokasi ini, berbasikal adalah aktiviti utama dan dipantau oleh Cycling Life Style Foundation yang turut menguruskan semua perkara berkaitan aktiviti ini bermula dari sewaan, penjagaan, penyelenggaraan dan pengurusan trek.
Lebih 1000 buah basikal disediakan pada kadar sewa berpatutan mengikut tempoh masa dan masa yang ditetapkan. Laluan di sini sangat menarik termasuk merentasi beberapa kawasan pelabuhan, berbasikal menyusuri Sungai Danshui, dan melalui beberapa jambatan seperti jambatan Zhongshan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pernah dengan negara Turkmenistan? Negara ini berjiran dengan Uzbekistan, Afghanistan dan juga Iran
Baru-baru ini, Kerajaan Turkmenistan dilapor melarang perkataan COVID-19 digunakan di negara tersebut. Media tempatan diarahkan tidak menggunakan perkataan wabak tersebut ketika membuat laporan berita.
Bukan itu sahaja, risalah maklumat kesihatan berkenaan wabak dan cara tangani COVID-19 tersebut juga ditarik balik. Mereka menafikan penyakit itu wujud di dalam negara mereka dan melarang mengenakan topeng muka.
Menurut sumber berita bebas Turkmenistan Chronicle, risalah dengan maklumat tentang pencegahan penyakit yang diedarkan kementerian kesihatan negara itu telah memadamkan sebarang kaitan mengenai COVID-19.
Pihak berkuasa negara tersebut akan menahan rakyat yang berbincang atau bercakap tentang wabak COVID-19 yang kini melanda seluruh dunia.
Stesen radio Azatlyk turut melaporkan kepada orang awam supaya mengikut arahan yang dikeluarkan kerana terdapat ejen khas berpakaian biasa yang akan mengenal pasti mana-mana orang awam yang ingkar.
Walaupun dilanda sindrom penafian, kerajaan itu telah melakukan langkah-langkah pencegahan untuk menghentikan penyebaran COVID-19, termasuk pemeriksaan suhu di stesen dan pemberian tisu basah di kawasan sesak. Pergerakan warganegara di dalam negara, terutamanya dari kawasan di luar ibu negara, juga terhad.
Jadi apa masalah sebenar kerajaan negara ini? Adakah mereka menafikan hak orang awam mengetahui wabak tersebut semakin serius? Pasti mereka mempunyai alasan sendiri. Boleh jadi untuk mengelakkan rakyatnya menjadi terlampau panik sehingga menjejaskan ekonomi negara.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...