Berada di muzium mampu memberi perspektif berbeza ketika mengembara.Di sebalik perubahan dimensi tamadun masyarakat, pengalaman silam menjadi teladan dan tidak boleh dilupuskan begitu saja kerana ia penting untuk diingati terutama sebagai pengajaran dan pembelajaran khususnya pada generasi muda.
Alang-alang bercuti di pantai peranginan Port Dickson, jangan lepaskan peluang untuk ke Muzium Luku yang memaparkan informasi menarik berkenaan Kota Lukut dan sejarah penceritaan era perlombongan bijih timah di negara ini. Muzium Lukut memaparkan sejarah Lukut bermula daripada awal kurun ke-19 Masihi hinggalah Lukut dimasukkan ke dalam Daerah Sungai Ujung pada 1880.
Ads
Ads
Terdapat empat galeri utama di sini iaitu Galeri Sejarah Lukut, Galeri Nassau, Galeri Negeri Sembilan Negeri Beradat dan Galeri Teknologi Pembuatan Masyarakat Tradisional.Pelbagai koleksi dan bahan pameran yang berkaitan dengan sejarah kegemilangan Lukut dijelmakan kembali dalam bentuk ilustrasi, gambar, artifak dan sebagainya tatapan pengunjung.
Muzium ini menyimpan 200 artifak antaranya koleksi barangan peribadi Raja Juma’at dan peralatan senjata digunakan pada awal kurun ke-19 Masihi selain galeri yang mempunyai beberapa segmen yang memaparkan sejarah Lukut dan kebudayaan Negeri Sembilan.
Pengunjung yang datang ke Muzium Lukut akan didedahkan dengan sejarah Kota Lukut yang pernah mencapai zaman kegemilangannya bermula daripada pemerintahan Raja Juma’at Bin Raja Jaafar (1847-1864). Kota Lukut telah dibina oleh Raja Jumaat bin Raja Jaafar kira-kira pada tahun 1847 terletak di atas bukit yang bernama Bukit Gajah Mati atau disebut Bukit Raja. Kota ini berbentuk empat segi dan dikelilingi parit dan parit ini dipasang ranjau (benda tajam) untuk menghalang musuh daripada menyerang kota tersebut.
Pemimpin Terbilang – Raja Juma’at merupakan seorang putera Bugis yang menjadikan Lukut pusat perdagangan yang berjaya pada masa pemerintahannya. Tetapi orang pertama yang buka Lukut adalah Raja Busu, salah seorang kerabat Diraja di Selangor, dan diakhiri pemerintahan pada zaman Raja Bot, anak kepada Raja Juma’at, yang gagal meneruskan pemerintahan ayahandanya. Setelah kematian Raja Juma’at, termeterainya Perjanjian Persempadanan Selangor-Sungai Ujong pada 31 Julai 1880, menandakan berakhirnya era pemerintahan Raja di Lukut.
Perigi Beracun – Pengunjung juga boleh melawat tapak tinggalan sejarah Kota Lukut berhampiran dengan muzium yang dibina pada 1840-an dengan ukuran 607 kaki panjang, 505 kaki lebar dengan parit di sekitar sedalam 15 kaki, di dalamnya didirikan sebuah istana dan dua buah perigi. Sebuah di bahagian luar dikenali sebagai Perigi Beracun. Perigi Beracun digunakan untuk menghukum pesalah berat dan juga Perigi Raja di tengah-tengah kota Lukut khusus untuk raja dan permaisuri sahaja.
Pastinya sejarah kegemilangan Lukut akan terus diingati dan dikenang dalam sejarah negara. Ia dibuka pada 1999 dan dibina sebagai satu tanggungjawab menyebarkan maklumat sejarah serta budaya di Negeri Sembilan sebagai tatapan masyarakat tempatan, pelajar, penyelidik sejarah dan pelancong asing.
Jom cuti-cuti Malaysia
Ads
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Untuk perancangan cuti hujung tahun nanti, mungkin kebanyakan daripada kita sudah pun merancang tarikh percutian untuk sepanjang tahun ini lebih awal selalunya 6 bulan sebelum. Ada yang sudah menempah tiket percutian atau sekadar mencari-cari lokasi terbaru untuk diterokai bersama keluarga, sahabat handai mahupun insan tersayang.
Jika masih tertanya-tanya apakah lokasi terbaik untuk dikunjungi ke luar negara pada hujung tahun ini, Libur cadangkan destinasi percutian sepanjang hayat terbaik buat anda untuk dikunjungi sekurang-kurangnya sekali seumur hidup sebelum menutup mata.
Bagi yang suka kepada alam sekitar, apa kata anda cuba kelainan percutian pada kali ini dengan berkunjung ke Tasik Myvatn, Iceland. Aurora merupakan fenomena alam yang terjadi di ruang atmosfera bumi di bahagian Kutub Utara. Ia terhasil daripada interaksi di antara medan magnetik bumi dengan partikel-partikel daripada pancaran matahari.
Cahaya yang biasa terhasil adalah bewarna hijau, merah, biru dan ungu. Jadikan kenangan melihat fenomena aurora sebagai yang terindah dalam hidup anda.
Berkunjunglah ke Maldives yang terletak di Lautan Hindi, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup anda dan ianya pasti meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan. Maldives bukan hanya sebuah pulau tetapi terdiri daripada gugusan 1,192 kepulauan yang terbentuk hasil pergerakan muka bumi dan letusan gunung berapi sejak berjuta tahun lalu. Pulau-pulaunya mendatar, sama ada ditumbuhi pepohon pantai atau pulau pasir sahaja.
Terletak 700 kilometer di barat daya Sri Lanka dan 400 kilometer India, Maldives adalah republik berteras agama Islam sebagai agama rasmi. Ini bermakna mencari makanan halal tidak sukar. Dari lapangan terbang, semua penumpang dihubungkan dengan pengangkutan seperti feri, bot, kapal terbang kecil yang mendarat di atas air untuk membawa tetamu ke pulau dan resort pilihan. Di sebelah pulau ini ada pulau lain iaitu perkampungan nelayan, biarpun dekat, mereka tidak dibenarkan masuk ke pulau ini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah snorkling tengah lautan, berenang di pantai, berkelah ke sebuah pulau lain atau memancing ikan.
Turki merupakan sebuah negara yang terletak di dua benua. Sebahagian besar negara yang didiami 80 juta penduduk iaitu 97 peratus keluasannya terletak di benua Asia, selebihnya terletak di benua Eropah. Aktiviti mesti cuba ketika di Turki adalah menaiki belon panas. Seawal jam 6 pagi, anda dicadangkan ke tempat dikhaskan untuk aktiviti menerbangkan belon panas yang sangat popular di Cappadocia. Belon panas ini akan berlepas tepat jam 7 pagi. Mengikut pengusahanya, masa antara pukul 7 hingga 8 pagi paling sesuai untuk menerbangkan belon panas kerana angin tenang. Jika tiupan angin melebihi 17 kilometer sejam, belon panas tidak dibenarkan terbang oleh pihak berkuasa.
Belon panas yang digunakan datang dalam pelbagai saiz dan boleh menampung 8 hingga 28 penumpang dalam gondola atau bakul mengikut saiz tertentu. Pengalaman menaiki belon panas dan berdiri dalam gondola setinggi paras dada pasti amat mengujakan. Belon panas ini akan berlegar di langit Cappadocia sehingga paras maksimum 610 meter, kemudian turun di beberapa tempat hingga paras terendah 10 meter dari bumi bagi melihat bentuk muka bumi Cappadocia. Satu saranan untuk anda, cari pengendali belon panas yang berlesan untuk mengelakkan berlakunya beberapa perkara yang tidak diingini.
Jika gemar aktiviti sukan berbasikal, apa kata cuba lakukan kayuhan berbasikal, sekurang-kurangnya untuk sekali seumur hidup ke luar negara seperti di New Zealand pada tahun ini. Laluan sepanjang 2500 kilometer Nga Haerenga Cycle Trail di New Zealand baru siap untuk digunakan pada akhir Januari lalu yang mempamerkan landskap, budaya dan warisan terbaik negara tersebut.
Rangkaian laluan itu terdiri daripada 23 laluan mencabar untuk mereka yang lasak serta gemar aktiviti berbasikal. Dalam pada itu, kerajaan New Zealand turut menyalurkan dana untuk menyiapkan binaan tersebut yang turut dilengkapi dengan kereta kabel bagi memudahkan pengunjung bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi berlainan.
Keindahan kota tinggalan sejarah dan binaan agung menjadikan Mesir antara destinasi yang mesti dikunjungi pelancong. Kehebatan kota ini berjaya menarik berjuta pelancong setiap tahun. Selain itu, Mesir kerap menjadi pilihan pelancong ke sini kerana negara ini sangat kaya dengan tinggalan tamadun silam berharga dan artifak unik. Lebih menarik, negara berkenaan menyajikan lebih daripada apa yang dijangka.
Anda berpeluang menyelongkar khazanah misteri Mesir purba dengan mengunjungi piramid di Giza, Colossi of Memnon, Kuil Karnak, Kuil Kom Ombo, KUil Edfu dan Lembah Raja-Raja. Selain itu, jangan lupa untuk melawat beberapa tarikan menarik lain di sini termasuk ke Kubu Pertahanan Saladin, Istana Gawhara, Masjid Mohamed Ali Pasha, Saidina Hussein dan Imam Shafie.
Pada yang sukakan aktiviti pantai, boleh singgah ke pantai Playas de Nosara, Semenanjung Nicoya yang terletak di Costa Rica. Pantai ini sangat terkenal lebih-lebih lagi selepas pantai itu menerima anugerah Blue Flag. Ia merupakan sebuah anugerah khas pensijilan antarabangsa yang telah diberikan kepada pantai itu kerana menawarkan perkhidmatan pelancongan kualiti tinggi dan pengalaman mesra alam.
Pantai Playas de Nosara ini amat bersih dan kini merupakan salah satu daripada pantai terbaik di Amerika Latin.
Semestinya kunjungan ke India tidak akan lengkap tanpa kunjungan ke ikon pelancongan India iaitu Taj Mahal. Tiada ungkapan yang dapat menggambarkan perasaan kecuali mereka yang pernah merasai sendiri pengalaman berdiri di depan binaan paling ajaib di dunia itu. Selain mahligai hadiah Shah Jehan kepada isterinya iaitu Mumtaz, pelancong ke India juga boleh melawat kehebatan Kota Pertahanan yang terletak di Agra di samping memerhatikan keunikan budaya masyarakatnya
Memamng tidak lengkap percutian ke China jika tidak menjejakkan kaki ke Tembok Besar. Binaan yang telah diisytihar sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban dunia merupakan tarikan utama pelancong ke negara itu sejak dulu lagi. Tembok ini mengunjur dari Shanhaiguan di bahagian timur hingga ke Lop Nur di barat. Kajian arkeologi telah mencatatkan bahawa panjang Tembok Besar China bersama cabang-cabangnya adalah 8,851.8 kilometer.
Keunikannya adalah bahagian dalam temboknya berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Jika anda seorang kaki berjalan, Tembok Besar China merupakan destinasi yang perlu anda jejak dalam hayat ini. Sebagai tanda sudah sampai di sini, pengunjung yang melawat ke Tembok Besar China boleh mendapatkan sijil pendakian beserta gambar peribadi berlatarkan Tembok Besar itu dengan bayaran beberapa yuan sahaja. Pengunjung boleh mendapatkan sijil serta gambar kenangan sebaik sahaja pendakian selesai.
Apa kata rancang percutian sepanjang hayat ke Australia, pulau negara benua terbesar yang terletak di hemisfera selatan. Australia menjanjikan tempat dan tarikan pelancongan menarik dengan pelbagai keistimewaan yang mungkin tidak dapat dirasai di tempat lain. Selain terkenal sebagai destinasi yang menjanjikan percutian dekat dengan hidupan liar, melancong ke Australia juga bererti merasai keindahan alam sekitar. Bagi yang sukakan aktiviti menyelam skuba atau snorkel boleh melihat keindahan batu karang dan ikan pelbagai warna di The Great Barrier Reef.
The Great Barrier Reef adalah salah satu destinasi yang wajib dikunjungi ketika melancong di Australia. Sepanjang 2300 kilometer dari Cairns ke Bundaberg, The Great Barrier Reff mengandungi 900 pulau menakjubkan dan terumbu karang. Di sini juga anda boleh melihat pemandangan indah pantai di Pulau Lady Elliot dengan terumbu karang yang berwarna warni. Pulau itu dianggap sebagai salah satu destinasi menyelam terbaik di dunia.
Sebut sahaja Itali, terbayang kehebatan bangunan bersejarah peninggalan tamadun Empayar Roman di mana ibu kota Itali, Rom telah berkurun dijadikan pusat peradaban politik dan agama. Begitu juga tempat menarik lain seperti Pisa dengan menara condong, Florence dengan Santa Maria del Fiore, Venice dengan terusannya dan Milan, kota fesyen terkenal dunia. Jangan lupa ambil peluang bersiar di lokasi menarik seperti Venice yang terletak di utara pantai timur Itali.
Anda akan tiba di Venice dengan melalui jambatan Ponte della Liberta yang menghubungkan tanah besar dengan bahagian utara Pulau Venice. Dari situ anda boleh berjalan ke Tronchetto Pier untuk menaiki teksi air (Venezia) ke Bandar Venice untuk tiba di jeti Piazza San Marco. Aktiviti yang mesti dilakukan adalah menaiki gondola menyusuri terusan bandar Venice. Alangkah indah dan romantik berada di atas gondola menyaksikan deretan bangunan lama di kiri kanan. Di antara terusan paling sibuk dan terkenal adalah Grand Canal.
Air Terjun Niagara terletak di kawasan sempadan antarabangsa di antara Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Kawasan air terjun di bahagian AS mempunyai ketinggian 55 meter dan 318 meter lebar. Sementara air terjun di Kanada atau dikenali sebagai Air Terjun Horseshoe pula mempunyai ketinggian 53 meter dan selebar 660 meter. Walaupun bukan air terjun tertinggi atau paling lebar di dunia, ia mampu menghasilkan aliran air untuk janakuasa elektrik.
Perjalanan untuk ke kawasan air terjun itu boleh dimulakan dari mana-mana bahagian iaitu sama ada dari pangkalan di Ontario atau New York. Di Ontario, terdapat tiga buah kapal besar dengan kapasiti 600 orang penumpang disediakan kepada para pengunjung sementara dua buah kapal yang boleh memuatkan 300 orang, setia menanti pengunjung di pangkalan New York.
Sepanjang pengembaraan itu, pengunjung pasti terpesona dengan pemandangan dua buah pulau besar iaitu Grand Island dan Goat Island yang terletak di AS. Lebih menarik lagi, terdapat empat buah jambatan yang merentasi kawasan air terjun tersebut seperti Jambatan Peace, Jambatan Rainbow dan Jambatan Whirpool. Jika melancong ke sini, jangan lepaskan peluang merasai pengalaman menarik ini di Air Terjun Niagara.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Musim sekolah kembali lagi, jika anda masih mencari lokasi riadah untuk meluangkan masa bersama anak-anak, apa kata masukkan 15 senarai taman rekreasi di bawah ini di dalam list anda.
Menariknya, lokasi yang terletak di bandar metropolitan Kuala Lumpur ini, mudah diakses dengan hanya menggunakan pengangkutan awam sahaja.
Antaranya kemudahan MRT, LRT, Monorel dan Bas Rapid Transit. Sekaligus, masa keemasan anda bersama keluarga tidak terbuang begitu sahaja di dalam kesesakan jalan raya.
Jom lihat senarai taman rekreasi yang ada…
TAMAN REKREASI
Senarai taman-taman riadah di sekitar Kuala Lumpur yang boleh dicapai kurang 15 minit berjalan kaki dari stesen MRT, LRT, Monorel dan Bas Rapid Transit.
Stesen: MRT Muzium Negara (Pintu B)
Jarak: 350m
Masa: 5 minit
Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman.
Aktiviti: Riadah
Stesen: MRT Muzium Negara (Pintu B)
Jarak: 1.1 kilometer
Masa: 15 minit
Harga tiket: Dewasa (MyKad) – RM35, Kanak-kanak/warga emas (MyKad) –
RM15. Tanpa MyKad – RM85 (Dewasa), RM60 (Kanak-kanak)
Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman. Masuk melalui Taman Tasik Perdana dari perkarangan Muzium Negara selepas keluar dari Pintu B MRT.
Aktiviti: Sukan, riadah dan rekreasi
Stesen: LRT Hang Tuah/Monorel Hang Tuah
Jarak: 180 meter
Masa: 3 minit
Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman. Masuk melalui mall Lalaport dari stesen atau melalui tangga di bahagian luar mall.
Aktiviti: Sukan, riadah dan rekreasi
Stesen: LRT Hang Tuah/Monorel Hang Tuah
Jarak: 50 meter
Masa: 1 minit
Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman. Terletak di bawah jejantas di Pintu C LRT Hang Tuah.
Aktiviti: Sukan, riadah dan rekreasi
Stesen: LRT/MRT Ampang Park (Pintu B)
Jarak: 165 meter
Masa: 3 minit
LRT KLCC/Kampung Baru: Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman.
MRT Persiaran KLCC: Sederhana mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman.
Aktiviti: Riadah
Stesen: LRT Masjid Jamek
Jarak: 500 meter
Masa: 6 minit
Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman.
Aktiviti: Joging, sukan, riadah dan rekreasi
Stesen: LRT/MRT Maluri (Pintu D)
Jarak: 800 meter
Masa: 10 minit
Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman.
Aktiviti: Joging, sukan, riadah dan rekreasi
Stesen: LRT Bukit Jalil
Jarak: 40 meter
Masa: 1 minit
Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman.
Aktiviti: Hiking, joging, riadah dan rekreasi
Stesen: LRT Bukit Jalil
Jarak: 450 meter
Masa: 6 minit
Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman. Namun, laluan ke atas bukit tidak terurus, terpencil, dan sedikit menyeramkan. Tidak digalakkan naik ke bukit bersendirian.
Aktiviti: Joging, sukan, riadah dan rekreasi
Stesen: LRT Taman Jaya
Jarak: 550 meter
Masa: 7 minit
Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman.
Aktiviti: Joging, sukan, riadah dan rekreasi
Stesen: LRT Glenmarie
Jarak: 800 meter
Masa: 10 minit
Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman. Lokasi bersebelahan Stadium MBPJ (Stadium sementara Selangor FC).
Aktiviti: Riadah dan rekreasi
Stesen: BRT Sunway Lagoon
Jarak: 700 meter
Masa: 8 minit
Harga tiket: Dewasa (MyKad) – RM160, Kanak-kanak/Warga emas (MyKad) – RM135. Tanpa MyKad – RM220 (Dewasa), RM185 (Kanak-kanak/Warga emas). Masuk percuma untuk kanak-kanak ketinggian bawah 90cm
Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman tema. Ikut sahaja papan tanda pada laluan pejalan kaki berbumbung
Aktiviti: Joging, sukan, riadah dan rekreasi
Stesen: LRT Alam Megah
Jarak: 650 meter
Masa: 8 minit
Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman.
Aktiviti: Joging, sukan, riadah dan rekreasi
Stesen: MRT Hospital Kuala Lumpur (Pintu B)
Jarak: 850 meter
Masa: 10 minit
Sederhana mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman.
Sebelum anda memulakan perjalanan, jangan lupa untuk muat turun Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang (gambar bawah) di sini.
Buat masa ramai pelancong mengambil kesempatan bercuti ke Turki. Selain prosedur ke sana tidak begitu ketat seperti negara lain, Turki juga sebuah negara yang mempunyai keindahan alam semula jadi yang menakjubkan.
Pastinya pengalaman menaiki belon di Cappadocia antara tarikan utama untuk bercuti ke Turki.
Untuk yang pertama kali ke sana, perkongsian Detektif Kembara memberitahu panduan serta lokasi boleh pergi untuk jang masa tertentu.
Sebenarnya Turki mempunyai keluasan yang sangat besar dan tidak cukup untuk beberapa minggu berada di sini.
Jadi disertakan panduan ini adalah untuk mereka yang mempunyai masa sendiri terutama untuk yang pertama kali menjejakkan kaki ke Turki.
Panduan Merancang Lokasi Perjalanan di Turki
Ada yang terkilan bila pergi ke Turki tapi tak sempat ke lokasi-lokasi lain yang menarik sebab yang kerap dikongsikan dan dipromosikan di Turki adalah Istanbul, Cappadocia dan Pamukkale.
Tidak mengapa sekiranya tak mempunyai kesempatan semasa kali pertama sebab memang disarankan datang lagi. Agak sedikit mencabar nak mengembara ke semua tempat menarik di sini terutamanya jika ada masa yang singkat sebab Turki ni luas.
Saiznya dua kali ganda Malaysia dan ada tempat yang jalannya motorway (highway), ada juga jalan kampung dan berbukit bukau.
Nota: Panduan trip ini lebih sesuai kepada yang mempunyai masa sendiri dan bukan touch and go. Kalau nak cover sebanyak mungkin seelok-eloknya 3-4 minggu roadtrip.
First Timer
1) Ada masa <7 hari Istanbul-Bursa-Cappadocia-Pamukkale
2) Ada masa >7 hari Istanbul-Ephesus-Bursa-Kusadasi-Izmir-Pamukkale-Konya-Cappadocia-Ankara
Non First Timer (Seeloknya dah lebih 2 kali ke Turki)
1) Ada masa 1-2 minggu Istanbul-Safranbulo-Mount Nemrut-Sanliurfa-Adana-Antalya-Fethiye-Marmaris
2) Ada Masa > 2 minggu Istanbul-Safranbulo-Ordu-Trabzon-Kars-Mount Nemrut-Sanliurfa-Adana-Antalya-Fethiye-Marmaris-Bodrum
Tips 1) Boleh guna lesen memandu Malaysia 2) Elakkan memandu di bandar seperti Istanbul dan Bursa 3) Kalau nampak teksi di belakang biarkan mereka potong 4) Jaga speed limit, polis dan speed camera ada di merata-rata 5) Sewa kereta dengan syarikat yang reliable seperti Europcar, Avis,Budget dan Cizgi 6) Dekat roundabout, perlahankan dan bagi laluan kepada kereta yang dah di roundabout tu 7) Semasa di traffic light kena bersedia bila lampu hijau, kalau lambat akan kena hon
Yang nak pergi tu jangan lupa daftar HES Code dahulu. Kena daftar 72 jam sebelum departure ya. HES ni kiranya macam tracking code untuk bantu pengawalan sekiranya ada berlaku jangkitan Covid-19 di tempat kita pergi. https://register.health.gov.tr/
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...