Travel

Perlis Pun Ada Emerald Pool, Jom Ke Taman Eko Rimba Bukit Ayer!

Share

Terokai hutan lipur di Perlis yang ada emerald pool, jom! Walaupun negeri kecil di Malaysian tetapi sebenarnya terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati terutama melibatkan tarikan alam semula jadi.

Kalau nak tahu, Hutan Lipur Bukit Ayer ini terletak dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Bintang dengan kawasan meliputi seluas 3.72 hektar.

Emerald Pool Di Perlis

Kolam disini airnya sangat cantik berwarna biru kehijauan bila terkena sinaran cahaya matahari (Emerald Pool). Terdapat air terjun yang boleh dipanjat untuk sampai kebeberapa kolam. Air Kolam di atas sangat sejuk dan tidak dalam, setakat pinggang orang dewasa.

Taman Eko Rimba Bukit Ayer

Dewasa (RM5.00) Kanak-kanak (RM2.00)

7.00 am-6.00 pm

WGS 84 : N6.5462° , E 100.1668°

Hutan lipur ini merupakan tempat popular untuk aktiviti mandi-manda dan riadah utama penduduk Perlis selain Taman Eko Rimba Gua Kelam dan Pusat Rekreasi Bukit Jernih.

Terletak 14km daripada Kangar, Keunikan hutan lipur ini ini terletak pada keindahan kawasan persekitaran menghijau dan sungai yang nyaman yang mana sangat sesuai untuk dijadikan lokasi untuk beriadah bersama ahli keluarga dan juga teman-teman sekiranya berkunjung ke Negeri Perlis.

Antara kemudahan lain yang terdapat disini ialah tempat menjamu selera, tandas awam, parking kereta, kolam mandi & tapak untuk camping / berkhemah dimana bayaran tambahan dikenakan untuk bermalam.

 

Jadi kalau nak berdamai dengan alam, boleh lah ke sini ya. Memang syok layan main air yang bersih macam ini.

 

Owh ya, nanti jaga kebersihan kalau sampai sini, bawa plastik nak letak sampah sesiap, siapa lagi nak jaga nature kita kalau bukan kita sendiri.

 

IKLAN