Pernah Diberi Bantuan Makanan Ustaz Ebit Lew, Hari ini Zoo Negara Kembali Beroperasi Lepas Tutup 2 Bulan

Share

Seperti yang sedia maklum sebelum ini pengurusan Zoo Negara terpaksa menutup operasi disebabkan perlaksanaan PKPB di Selangor dan Kuala Lumpur sejak 14 Oktober lalu.

Keadaan ini telah menyebabkan tabung kecemasan Zoo Negara hanya mampu bertahan sekitar tiga bulan bagi menampung operasi termasuk gaji kakitangan.

Tutup selama 2 bulan disebabkan PKPB di Selangor dan Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Red Alarm Zoo Negara Ketika PKPB! Tabung Kecemasan Hanya Bertahan Untuk 3 Bulan Sahaja

Menyedari hakikat ini orang ramai turut membantu termasuklah Pendakwah Bebas Ustaz Ebit Lew. Beliau telah memberikan sumbangan makanan kepada pihak pengurusan Zoo Negara.

Ustaz Ebit Lew beri sumbangan makanan kepada pihak Zoo Negara.

Dan hari Ini setelah hampir dua bulan ditutup Zoo Negara telah mula kembali beroperasi seperti biasa.

Namun begitu dalam perkongsian di Facebook rasmi Zoo Negara, memberitahu pengunjung dihadkan kepada 1,250 orang bagi memudahkan pemantauan.

Kembali beroperasi.

“Zoo Negara mengikuti perkembangan semasa Covid-19 dalam negara. Berdasarkan penilaian semasa, Zoo Negara dibuka mengikut jadual ditetapkan dengan jumlah pengunjung dikurangkan kepada 1,250 orang pada waktu ini,” menurut perkongsian di Facebook Zoo Negara, semalam.

Menurut perkongsian sama, orang awam diminta mengikuti laman web dan sosial media Zoo Negara untuk mendapatkan perkembangan semasa.

Menghadkan jumlah pengunjung.

Artikel Berkaitan: Zoo Negara ‘Offer’ Rakyat Malaysia Jadikan Singa, Harimau, Penguin Sebagai Haiwan Angkat Dengan Segera

Dalam pada itu, menurut Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana, berkata demi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pihaknya menetapkan 1,250 pengunjung dibenarkan masuk pada satu-satu masa.

Tarikan tersendiri.

“Ini adalah hari pertama pembukaan semula. Kami jangka menjelang esok, lebih ramai pengunjung hadir membawa anak-anak beriadah di sini.

“Sebelum ini, kebiasaannya pada Disember, hampir 5,000 pengunjung hadir setiap hari, tetapi kali ini kita menetapkan had dengan setiap pengunjung akan diberi kad.

Pelbagai aktiviti disediakan.
Antara haiwan yang ada di sini.

“Begitu juga bagi tempahan tiket secara dalam talian akan diberikan angka giliran untuk masuk jika sudah melepasi 1,250 pengunjung dalam satu-satu masa,” katanya lagi.

Jadi sempena cuti persekolahan yang bermula esok, orang ramai digalakkan datang bersama keluarga bagi memanfaat aktiviti riadah di sini.

Ambil kesempatan sempena cuti persekolahan bermula esok.

SUMBER: BERITA HARIAN & SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan: Kempen ‘Adopt An Animal’ Zoo Negara Dapat Sambutan Hangat. Terima Kasih Rakyat Malaysia!

Kredit Foto: Facebook Zoo Negara

IKLAN