Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mahu dunia mengisytiharkan perang ke atas virus Covid-19, hanya dua hari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan wabak itu sebagai pandemik.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, setiap negara mempunyai tanggungjawab untuk meningkatkan langkah pencegahan dengan melaksanakan strategi berkesan, mengaktifkan segala sistem tindak balas kecemasan, termasuk keupayaan sistem mengesan dan penjagaan pesakit.
IKLAN
“Kita mesti mengisytiharkan perang terhadap virus ini. “Ini adalah masa untuk bertindak dengan lebih bijak dan cermat, bukannya panik. Walaupun situasi itu diklasifikasikan sebagai pandemik, ia adalah satu keadaan yang dapat kita kawal. Kita boleh melambatkan penularan, mencegah jangkitan dan menyelamatkan nyawa, tetapi ia memerlukan tindakan bersepadu semua pihak di seluruh dunia,” katanya.
IKLAN
Selain menjadi krisis kesihatan awam, virus itu turut menjejaskan ekonomi dunia PBB turut memberi amaran, dunia bakal menyaksikan pasaran kewangan terjejas teruk akibat ketidakpastian, rantaian bekalan global terganggu, pelaburan dan permintaan pengguna merosot dan risiko meningkatnya kemelesetan ekonomi.
IKLAN
Ahli ekonomi PBB menganggarkan krisis Covid-19 boleh mengakibatkan ekonomi dunia tahun ini kerugian sekurang-kurangnya AS$1 trilion atau mungkin lebih.
Jepun adalah salah satu negara yang akan ada dalam wishlist kaki travel. Keindahan negara matahari terbit ini sukar sangat mengagumkan dengan pelbagai destinasi menarik boleh dilawati.
Kalau dulu sebelum virus Covid-19 yang menyerang satu dunia, tiada masalah untuk pengunjung berjalan bebas di sana. Tetapi situasi dikatakan berlainan selepas kejadian itu.
Menurutnya pihak berkuasa di sana mula mengambil berat penampilan setiap kali berada di luar. Pastikan sentiasa kemas dan segak, jika tidak ada masalah lain mengundang.
Di Jepun, dulu kalau keluar rumah, tak berapa kisah sangat dengan pemakaian. Cuma sekarang ini kalau pergi ke bandar, nak kena pastikan pakaian nampak segak. Kalau tak, akan adanya risiko anggota polis datang dan mula ‘soal siasat’.
Nanti selepas habis COVID-19, ada kemungkinan boleh jadi situasi sebegini:
1. Ditahan selepas keluar dari lobi ketibaan lapangan terbang, atau
2. Diminta untuk membuka dan mengeluarkan kesemua barangan beg ketika di kastam lapangan terbang, atau
3. Tiba-tiba ditahan ketika bersiar-siar di Jepun,
Macam mana boleh begitu? Orang Jepun tak amalkan ‘Don’t judge the book by it’s cover’. Kalau pakaian kita menyerupai macam orang bersalah, orang gengster, orang asing yang ada masalah tak cukup duit, atau orang asing yang berkemungkinan akan buat salah, maka mereka cenderung untuk buat keputusan berdasarkan apa yang dia dapat lihat. Kalau ‘luar nampak jahat, tetapi hati baik’ adalah benda yang sukar nak mereka nilai dalam beberapa saat.
Jadi, bagaimana nak berjalan dengan Jepun dengan hati gembira? Ini 2 contoh yang kita boleh amalkan:
1. Pastikan pakaian kemas. Kalau dapat tiru cara pakai orang Jepun pun sudah dikira sangat baik.
2. Pastikan membuat ‘hair gromming’ bagi lelaki. Orang Jepun sensitif dengan rambut-rambut yang tumbuh. Contoh yang dominan ialah janggut.
Apabila polis mula menahan, silap-silap segala benda harta kita mereka nak tengok. Mereka boleh tanya, “Passport ada? Datang dari mana? Buat apa di Jepun? Menginap di mana?”
Kemudian mereka boleh buka dan tengok beg duit kita dan bertanya, “Kenapa ada banyak kad kredit? Ada benda berbahaya? resit ini ditulis atas nama orang lain?” Dan pelbagai lagi.
AirAsia telah memperkenalkan teknologi pemeriksaan keselamatan berdasarkan sistem pengecaman wajah di balai berlepas beberapa lapangan terbang terpilih.
Terbaru AirAsia telah melancarkan sistem tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Avalon, Melbourne. Sistem yang dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat penerbangan tambang rendah yang dikenali sebagai Fast Airport Clearance Experience System (FACES), di lapangan terbang itu menjadi laluan rentas sempadan pertama yang menawarkan perkhidmatan pengecaman wajah secara biometrik.
FACES adalah sistem daftar masuk layan diri pertama di Asia Tenggara yang menggunakan teknologi pengecaman wajah. Penumpang boleh menaiki penerbangan tanpa mengemukakan dokumen perjalanan selepas melakukan proses pendaftaran masuk.
Penumpang hanya perlu mengimbas muka mereka dalam aplikasi FACES di kiosk pintu pelepasan untuk pengesahan identiti dan terus masuk ke pesawat.
Aplikasi FACES sudah dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Ia mendapat reaksi positif daripada penumpang, malah AirAsia bercadang untuk memperluaskan kemudahan ini ke lapangan terbang domestik seluruh negara.
Sesuatu benda yang biasa tapi kalau dibuat dengan penuh kreativiti, akan menghasilkan satu benda yang sangat unik dan menarik untuk tatapan mata, betul tak? Macam tu juga dengan sains dan teknologi. Kalau dulunya jurutera rigid dengan rekaan bentuk yang sofistikated, tapi kini tidak lagi.
Pusat janakuasa solar terbaru di Datong, China, memutuskan untuk menjadi kreatif dengan rekaan baru mereka. China Merchants New Energy Group salah satu operator tenaga bersih terbesar di China, membina 250 ekar ladang solar dalam bentuk Panda.
Ladang solar berbentuk panda di China.
Digelar Janakuasa Panda, ia mampu menjana 3.2 billion kilowatt perjam tenaga solar selama 25 tahun. Ini dijangka mengurangkan penggunaan arang yang selama ini digunakan untuk penghasilan elektrik, dan menurunkan penghasilan karbon sebanyak 2.74 juta tan.
China Merchants New Energy Group bersama United Nations Development Program (UNDP) menghasilkan projek Janakuasa Panda. Projek ini adalah usaha besar memberi kesedaran kepada orang mudah di China tentang tenaga bersih. Grup ini berharap membina lebih banyak bentuk Panda pada solar sistem mereka dalam masa 5 tahun akan datang.