Penganut Hindu yang menghadiri perayaan Maasi Magam Theppa Thiruvizha atau Festival Tanglung Terapung di Teluk Bahang, Pulau Pinang baru-baru ini dinasihatkan menjalani saringan COVID-19, jika mempunyai simptom wabak itu selepas tempoh inkubasi selama 14 hari.
Sehingga hari ini tiada lagi kes disyaki COVID-19, yang dilaporkan membabitkan mereka yang menghadiri perayaan itu.
Ads
Pada 8 Mac lalu, kira-kira 30,000 penganut Hindu dilaporkan menghadiri perarakan tahunan membawa patung Dewi Sri Singamuga Kaliamman ke laut, dan mereka yang menyertai upacara itu kemudian akan melepaskan lampu pelita berwarna-warni ke laut, sebagai pelengkap acara ritual tahunan itu.
Menurut kepercayaan Hindu, Maasi adalah bulan mengikut kalender Tamil, manakala Magam pula adalah salah satu bintang daripada 27 bintang, dalam sistem astrologi Hindu. Perayaan itu disambut antara bulan Febuari dan Mac untuk mendapat restu Dewi, yang dipercayai menjaga kawasan laut.
Dapat menyaksikan persembahan lincah ikan lumba-lumba yang comel menjadi idaman ramai pelancong tidak kira kanak-kanak dan juga orang dewasa. Namun tahukah anda, setiap persembahan yang sempurna seringkali dilakukan haiwan ini setiap hari adalah daripada latihan yang berterusan. Baru-baru ini persatuan pencinta haiwan mengutuk keras kejadian seekor anak ikan lumba-lumba yang baru berusia sembilan hari, mati dipercayai keletihan ketika membuat persembahan. Kejadian tersebut berlaku di Eropah sebuah taman air di Bulgaria.
Haiwan malang itu yang baru 9 hari dilahirkan didakwa mati di hadapan penonton di Varna Dolphinarium, akibat 'keletihan' melakukan persembahan berterusan lapor Daily Mail. Sejurus kejadian tersebut berlaku penonton diarah keluar dari kawasan persembahan oleh kakitangan yang bertugas dengan serta merta.
Walaupun masih tidak jelas punca kematian bayi ikan lumba-lumba tersebut, orang ramai mendakwa Varna Dolphinarium perlu bertanggungjawab kerana memaksa haiwan itu membuat persembahan bersama ikan dewasa walaupun masih kecil. Ia dilatih empat kali sehari untuk menghiburkan penonton terutama ketika kemuncak cuti musim panas.
Berita itu mendapat reaksi pengguna media sosial yang menganggap haiwan itu diseksa secara halus kerana dipaksa bekerja yang tidak sepadan dengan usianya. Jurucakap organisasi perlindungan haiwan Four Paws, Yavor Gechev berkata, sebanyak lima ikan lumba-lumba dan seekor anjing laut didakwa mati di pusat peranginan itu sejak lima tahun kebelakangan ini. Jumlah kematian dijangka lebih tinggi dari yang diumumkan. Kematian haiwan menandakan keadaan di pusat akuarium itu tidak memenuhi standard minimum untuk menjaga semua haiwan.
New Zealand Larang Aktiviti Berenang Bersama Ikan Lumba-Lumba
Di New Zealand pula kerajaan mereka telah mengenakan larangan terhadap sebarang aktiviti pelancongan berenang bersama ikan lumba-lumba Bottlenose sebagai usaha untuk melindungi haiwan yang diancam kepupusan itu. Menurut Jabatan Perlindungan New Zealand, satu kajian membuktikan sikap manusia keterlaluan dalam memberi perhatian terhadap haiwan itu. Pada masa yang sama, interaksi manusia dengan ikan lumba-lumba jenis itu akan memberi impak terhadap amalan pemakanan dan keperluan rehatnya. Larangan tersebut dilaksanakan keatas semua syarikat pelancongan yang berpusat di North Island Bay yang cukup popular dengan kehadiran pelancong.
Malaysia Airlines telah menambah penerbangan domestik serta menyambung semula penerbangan antarabangsa mulai bulan Jun dan Julai untuk memudahkan perjalanan penting dalam negeri dan berikutan negara-negara lain membuka semula pintu sempadan mereka.
Malaysia Airlines berkata ia akan menyesuaikan kapasiti rangkaiannya dari semasa ke semasa untuk memastikan permintaan penumpang dipenuhi. Penyambungan semula perkhidmatan itu akan membolehkan ahli keluarga pulang bertemu ibu dan bapa mereka selepas pelaksanaan sekatan perjalanan di kebanyakan negara di seluruh dunia menghalang mereka untuk melakukannya.
Bagaimanapun, penumpang diingatkan untuk memeriksa syarat-syarat untuk masuk dan keluar sebelum melakukan perjalanan kerana sekatan perjalanan masih berkuat kuasa di kebanyakan negara.
Dalam persekitaran penularan COVID-19, Malaysia Airlines telah melaksanakan pelbagai langkah dan protokol keselamatan yang dipertingkatkan melibatkan koordinasi dengan pihak berkuasa lapangan terbang untuk memastikan kesihatan serta kesejahteraan penumpang dijaga.
Langkah-langkah ini merangkumi pemeriksaan suhu badan, aktiviti nyahkuman dan pembersihan terhadap semua harta benda serta kemudahan, pelaksanaan penjarakan sosial, penggunaan topeng muka yang wajib dan pemasangan penghalang skrin pelindung di kaunter daftar masuk dan kaunter lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Foto: AFP
Syarikat penerbangan itu juga akan memastikan semua pesawatnya dibersihkan dan nyahcemar pada setiap penerbangan, sementara tanda akan dipastikan sentiasa bersih sepanjang tempoh penerbangan oleh kru kabin.
Jadual penerbangan yang tersedia di laman web dan penumpang diminta untuk melakukan pendaftaran masuk secara dalam talian atau peranti mudah alih untuk mengurangkan interaksi dan mengelakkan beratur panjang di lapangan terbang terutama yang melakukan perjalanan domestik.
Kalau sebut tentang destinasi alam semula jadi di Indonesia, ramai mungkin terus terbayang Bali, Lombok atau Gunung Bromo. Namun di Jawa Timur, ada satu...