Port Dickson antara pantai peranginan popular di kalangan orang ramai. Banyak tarikan menarik ada di pantai ini dan pada musim cuti, lokasi ini sering jadi tumpuan ramai.
Bagi yang hujung minggu ingin ke sini dan ingin menikmati suasana malam dengan sedikit kelainan, bolehlah cuba-cuba singgah di Aurora Park Port Dickson. Tempat ini sangat terkenal dengan pesta lampu berwarna-warni yang membentuk replika bangunan terkenal di seluruh dunia dan dalam negara dan ianya sangat sesuai untuk geng insta worthy sebagai port bergambar.
Ads
Terletak di Batu 9 Port Dickson, korang dapat saksikan replika mercu tanda seperti KLCC, Eiffel Tower, Gunung Fuji, binatang dan banyak lagi. Paling best, kalau beli tiket sebelum jam 5 petang, harganya Cuma RM12 sahaja dan selepas jam 5 ke atas, harganya cuma RM18 sahaja.
Ads
Ads
Tidak hanya replika warna warni, Aurora Park Port Dickson juga sesuai untuk kanak-kanak kerana di sini ada taman haiwan (Mini Zoo Theme Park) dan harga masuk untuk melihat haiwan-haiwan ini hanyalah RM12 sahaja.Pasti anak-anak sangat teruja untuk belajar tentang haiwan kesayangan mereka
Flea Market atau lebih dikenali sebagai pasar karat adalah lokasi seperti yang kebiasaannya menjadi tempat menjual barang-barang lama (antik) dan juga terpakai.
Kewujudan pasar karat ini sangat menarik pelancong asing selain penduduk tempatan sendiri dan mampu menjana ekonomi masyarakat setempat.Nama lain yang sering digunkan untuk pasar karat adalah Pasar Lambak, Boot Sale, Rope Walk, Roadwalk, Pasar Loken, Memory Lane dan Pasar Warisan. Antara pasar karat yang terkenal terdapat di Malaysia yang menjadi ‘trademark’ untuk dikunjungi seperti:
Pasar Karat Lorong Kulit Pulau Pinang
Ia dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 2 petang. Lokasinya bersebelahan dengan Stadium Bandaraya Pulau Pinang. Barang yang boleh didapati di sini adalah matawang lama dan barang antik.
Pasar Loken telah wujud sejak tahun 1970an beroperasi setiap hari Ahad jam 7 pagi hingga 1 petang.Terdapat lebih 400 gerai menjual pelbagai barang antik dan terpakai dari eksesori diri hingga perabot rumah dan juga kenderaan.
Lokasinya berdekatan dengan Jonker Street dan dibuka pada setiap Ahad dari jam 9 pagi hingga 3 petang. Terdapat lebih 25 gerai yang menjual barangan yang selalunya terdapat di pasar karat lain.
Terletak di Jalan Utam Singh berdekatan dengan Pasar Besar Seremban. Dibuka setiap hari Ahad dari jam 7pagi hingga 5 petang.
Tip Membeli-Belah Di Pasar Karat
1. Fikir terlebih dahulu apa barangan yang ingin dibeli, dan tahap keperluannya.
2. Pastikan barangan dalam keadaan baik supaya tidak menyesal dikemudian hari.
3. Semak label harga jika ada pilihan buat perbandingkan harga terlebih dahulu.
4. Elak untuk singgah setiap kedai atau lokasi jualan. Dengan cara itu dapat membantu anda mengurangkan duit yang keluar dari poket.
5. Berbelanja di pasar malam kadangkala lebih menjimatkan, jika bernasib baik anda akan memperoleh barang yang berkualiti sama seperti di dalam pasaraya.
6. Jika terbaca iklan jualan murah, pastikan anda telefon terlebih dahulu untuk yakinkan barang yang anda inginkan ada dalam stok.
7. Pertimbangkan tawaran yang diberikan. Misalnya “buy one get one free” atau “free gift with purchase”. Apabila anda tidak memerlukan barangan yang dikatakan diberi secara percuma apatah lagi barang percuma itu membuatkan harga barang anda menjadi lebih mahal, sebaiknya batalkan sahaja hasrat anda untuk membeli barang tersebut. Lebih elok anda membeli barang yang lebih anda perlukan.
8. Elakkan membeli barang curi walaupun dijual dengan harga yang begitu rendah. Awas, anda mungkin akan didakwa kerana bersubahat.
Kalau anda tahu port Pasar Karat best yang lain, jangan lupa kongsikan dengan LIBUR ya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pulau Pinang destinasi pelancongan terkenal dan dikunjungi ramai. Namun masih ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan sebuah masjid terapung di Tanjung Bunga atau dikenali dengan panggilan Tanjung Bungah. Walau bagaimana pun masjid ini tetap menggamit pelancong tempatan dan luar negara untuk singgah sejak ia dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2007.
Kedudukannya yang strategik iaitu dalam perjalanan menuju ke Batu Feringghi menjadikan masjid berkenaan sebagai tempat persinggahan di kalangan pengujung bukan sahaja untuk solat malah bagi merehatkan badan sambil bersantai.
Keadaannya yang terapung atas permukaan air laut cukup unik dan indah dipandang oleh sesiapa sahaja. Reka bentuknya yang unik sememangnya mengagumkan manakala kubah pula berbentuk aerodinamik, sesuai dengan persekitaran lautan. Keunikan masjid terapung diperkukuhkan lagi dengan menara azan setinggi tujuh tingkat yang dihiasi dengan ukiran kayu jati dan seni khat kaligrafi dari Indonesia.
Masjid dua tingkat ini mampu memuatkan 1,500 jemaah dilengkapi ruang solat utama, ruang solat wanita, tempat mengambil wuduk serta bilik menguruskan jenazah.
Info
Pembinaan masjid dengan kos pembinaan bernilai jutaan ringgit itu bertepatan dengan keperluan penduduk setempat apabila penduduk kawasan itu semakin bertambah dengan wujudnya penempatan baru mangsa tsunami pada tahun 2004 yang terletak bersebelahan masjid tersebut.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli bersantap di sebuah kedai roti tempayan ‘biasa’ di Daerah Pekan, Pahang pada 15 Jun 2020 lalu.
Ini bukan kali pertama foto tular baginda bersantap di premis makanan biasa. Baginda sememannya telah dikenali dengan sifat sederhana dan sering mendekati rakyat tanpa protokol ketat.
Perkongsian foto tersebut di laman Instagram rasmi Istana Negara @istana_negara memaparkan baginda yang mengenakan baju berwarna hijau duduk bersendirian menjamu selera, hidangan terkenal di daerah Pekan itu. Turut kelihatan dalam foto yang dikongsi Istana Negara itu ialah tiga orang lelaki yang sedang menikmati hidangan dengan mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan.
Aksi baginda yang santai dan bersahaja itu telah mengundang reaksi positif daripada netizen yang rata-rata memuji, dan menyifatkan baginda seorang raja berjiwa rakyat. Pengguna Instagram @rohani_abdullah menulis ‘berjiwa rakyat’ dalam kirimannya di ruangan komen manakala @hamidahcemari pula menulis ‘Terharu ada pemimpin yang berjiwa rakyat’.
Seorang lagi menggunakan nama @janetteyip pula menulis “Wish I am there to meet and pay for his lunch as a small token of appreciation for being such a caring YDPA toward us rakyat”. (saya teringin berada di sana untuk bertemu dan ‘belanja’ santapan tengah hari baginda sebagai tanda penghargaan kepada baginda kerana menjadi Yang di-Pertuan Agong yang penyayang rakyat).
Pengguna dengan nama @1zram pula meninggalkan komen ‘brother belakang tu tak menggelupur ke Tuanku Agong makan sebelah dia, kalau i ni dah menggelupur nak tangkap gambar semua’ dan @nfar_77 pula menulis ‘yang duduk makan sebelah Tuanku mesti tak senang duduk. Cuba control diri buat cool.Hehehe’.