Pilih Keindahan Pulau Langkawi, Nora Danish Habiskan ‘Me Time’ Sambut Hari Lahir Teman Bersama Rakan Akrab

Share

Oleh kerana penutupan pintu masuk ke luar negara akibat Covid-19, ramai yang mengambil kesempatan hanya bercuti dalam negara.

Sebenarnya dalam negara kita juga banyak tempat atau lokasi menarik untuk menghabiskan masa bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan.

Dan salah satunya adalah Pulau Langkawi. Baru-baru ini pelakon Nora Danish mengambil peluang meraikan sambutan hari lahir salah seorang temannya di Pulau Langkawi.

Malah percutian ini juga sebenarnya boleh merapatkan tali silaturahim dan memberi ‘me time’ untuk kita menghabiskan masa bersama teman-teman rapat.

Melihat kemesraan mereka ternyata foto dirakam menarik minat ramai untuk turut melakukan percutian yang sama.

Apa yang menariknya dalam percutian ini Nora Danish dan rakan-rakannya sepakat mengenakan baju bertema warna menjadikan foto diambil sangat cantik dan menarik.

Dan sudah tentunya pemilihan lokasi percutian juga penting dalam memberikan keselesaan dan kegembiraan sepanjang percutian ini.

Jadi kepada yang merancang untuk bercuti, apa kata memilih Pulau Langkawi kerana keindahannya juga setanding pulau cantik di luar negara.

Artikel Berkaitan:

Pilih Belayar Naik Cruise Pusing Langkawi, Ustaz Ebit Lew Lepas ‘Lelah’ Kerja Bercuti Dengan Keluarga

Pelayaran Sungai Kilim Geoforest Park Bawa Pengunjung Tinjau Alam Hijau Langkawi

Kredit Foto: Instagram Nora Danish

IKLAN