Rapid Rail Sdn Bhd mengumumkan kesemua pintu keluar masuk Plaza Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek yang terletak bersebelahan OCBC Bank dan Bank Muamalat ditutup sementara mulai hari ini sehingga 28 April 2020.
Penutupan sementara ini adalah berikutan perluasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sekitar kawasan Masjid India.
Ads
Bagaimanapun, pintu keluar atau masuk Stesen LRT Masjid Jamek yang terletak bersebelahan dengan Masjid Jamek masih dibuka dan perkhidmatan LRT akan beroperasi mengikut waktu operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan.
Pengguna LRT Laluan Kelana Jaya atau Laluan Ampang/ Sri Petaling hanya boleh membuat penukaran tren sahaja di Plaza Stesen LRT Masjid Jamek.
Manakala bagi pengguna yang ingin ke atau dari arah Sentul Timur, mereka dinasihatkan untuk mengguna terowong sambungan di stesen tersebut bagi membuat penukaran serta untuk keluar atau masuk melalui bahagian stesen (bersebelahan Masjid Jamek) yang tidak ditutup.
Langkah itu diambil bagi membantu pihak berkuasa dalam mengurangkan pergerakan orang awam yang tidak sepatutnya pergi ke kawasan terlibat. Untuk maklumat, layari akaun media sosial Rapid KL atau menghubungi talian bantuan di 03-7885 2585.
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) meminta kerajaan untuk bekerjasama dengan industri mengenai langkah-langkah meningkatkan kepercayaan diri dalam kalangan pelancong kemungkinan menghadapi pemulihan permintaan udara yang perlahan.
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa menganggarkan kira-kira 25 juta pekerjaan dalam industri penerbangan dan berkaitan, termasuk sektor pelancongan, menghadapi risiko dalam krisis yang berlaku sekarang.
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa turut yakin penumpang akan merosot dua kali ganda walaupun wabak itu dibendung kerana wujudnya kebimbangan ekonomi peribadi dalam menghadapi kemelesetan selain daripada keselamatan melakukan perjalanan.
Tinjauan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa terhadap pelancong baru-baru ini mendapati bahawa 60 peratus menjangkakan orang ramai akan kembali melakukan pengembaraan dalam satu hingga dua bulan selepas COVID-19 tetapi 40 peratus menyatakan bahawa mereka akan menunggu enam bulan atau lebih lama untuk mengembara, dan 69 peratus memberitahu mereka boleh menangguhkan pengembaraan sehingga keadaan kewangan peribadi mereka kembali stabil.
Musim panas kali ini hadir dengan satu berita baik buat kaki travel yang sedang memburu destinasi luar negara dengan bajet berpatutan. Syarikat penerbangan tambang rendah dari Vietnam, Vietjet tampil dengan tawaran luar biasa menerusi promosi terhad yang membuka peluang untuk terbang ke Vietnam dengan harga yang sukar ditolak.
Lebih menarik, promosi ini bukan sekadar potongan biasa. Vietjet menawarkan diskaun sehingga 100% bagi tambang Eco, menjadikan impian untuk menjelajah destinasi eksotik di Vietnam kini lebih mudah direalisasikan, khususnya buat pelancong Malaysia yang gemar percutian last minute atau bajet-friendly.
Tawaran ini hadir menerusi kempen “Double Day” yang berlangsung pada 4 April 2026, dengan tempoh tempahan hanya selama satu hari.
Bagi yang mengutamakan keselesaan, pilihan tambang Deluxe turut ditawarkan dengan diskaun sehingga 15%. Selain harga yang lebih berbaloi, pakej ini hadir dengan pelbagai kelebihan seperti bagasi daftar masuk 20kg, pemilihan tempat duduk percuma serta fleksibiliti untuk menukar jadual penerbangan.
Sesuai untuk mereka yang mahukan perjalanan lebih tenang tanpa perlu risau tentang logistik kecil yang sering menjadi cabaran ketika bercuti.
Vietnam bukan sekadar destinasi, tetapi sebuah pengalaman yang menggabungkan keindahan alam, budaya dan kehidupan moden dalam satu perjalanan. Bayangkan diri anda menikmati angin laut di Da Nang, menyelam ke dalam kejernihan air di Phu Quoc atau bersantai di pesisir Nha Trang yang terkenal dengan pantai memukau.
Bagi pencinta alam dan pengembaraan, kawasan pergunungan seperti Sapa dan Ha Giang menawarkan panorama hijau yang menenangkan, lengkap dengan budaya etnik tempatan yang masih terpelihara.
Dalam masa yang sama, bandar seperti Hanoi, Hue dan Hoi An membawa pelancong menyusuri sejarah yang kaya, manakala Ho Chi Minh City pula menyajikan ritma kota moden yang sentiasa hidup.
Menariknya, setiap tempahan yang dibuat sebelum 19 Mei 2026 turut melayakkan pelanggan menyertai cabutan bertuah “Fly Vietjet Strike Gold”. Bukan sekadar tiket murah, malah peluang membawa pulang emas tulen, e-baucar eksklusif dan pelbagai ganjaran lain turut menanti.
Dengan rangkaian penerbangan yang semakin meluas serta reputasi sebagai antara syarikat penerbangan tambang rendah terbaik di rantau ini, Vietjet terus membuka lebih banyak peluang kepada pelancong untuk meneroka dunia tanpa perlu berbelanja besar.
Jadi, jika Vietnam sudah lama berada dalam bucket list anda, inilah masanya untuk bertindak. Kadangkala, percutian terbaik bermula dengan satu keputusan spontan—dan mungkin, satu tiket yang hampir percuma.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tahun 2020 genap ulang tahun ke-50 pengisytiharan Rukun Negara oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IV Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin.
Walaupun sudah 50 tahun, usaha bagi memastikan penghayatan rakyat terhadap Rukun Negara sentiasa berada pada tahap yang tinggi terus dilakukan. Sambutan Jubli Emas Rukun Negara akan berlangsung selama tiga bulan, sebagai usaha kerajaan meningkatkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia ketika menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara. Dalam keadaan ekonomi dunia yang mencabar, ditambah lagi dengan pandemik COVID-19, perpaduan dan bersatu padu memainkan peranan penting dalam menangani cabaran tersebut, kerana Malaysia juga tidak terkecuali daripada terkesan, akibat penularan tersebut. Telah terbukti rakyat Malaysia dari segenap golongan masyarakat telah bersatu padu dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dan meratakan lengkungan jangkitan virus itu.
Sempena ulang tahun Rukun Negara yang ke-50, kami membawakan semula tiga peristiwa penting yang membawa kepada kelahiran Rukun Negara:
Peristiwa 13 Mei berlaku beberapa hari selepas pilihan raya ketiga yang menyaksikan Parti Perikatan gagal mempertahankan majoriti dua per tiga di Dewan Rakyat. Pertelingkahan antara kaum dipercayai tercetus akibat penghinaan antara itu mengorbakan lebih 196 nyawa sementara 149 lagi cedera.
Peristiwa 13 Mei menyebabkan kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat selama 22 bulan. Serentak itu Parlimen digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan untuk menjalankan pentadbiran negara. Majlis itu diketuai Tun Abdul Razak selaku pengarah operasi.
Majlis Perundingan Negara ditubuhkan melalui MAGERAN yang bertangungjawab dalam merangka merangka perpaduan negara dan salah satu hasilnya adalah lahirnya satu ideologi kebangsaan iaitu Rukun Negara yang digubal sebagai falsafah negara dan pendekatan baru bagi mewujudkan sebuah negara yang stabil.
Ada sesetengah mercu tanda yang cukup dikenali hanya melalui bentuknya. Tak perlu tengok nama negara pun, orang sudah boleh agak lokasi itu berada di...