Port Best Gathering Di D’Teratai Anggun, Sabak Bernam. Boleh Muat Sampai 130 Orang, Lepak Makan BBQ & Borak Sampai Puas!

Share

Mempunyai 29 bilik untuk menampung keluarga yang besar, D’Teratai Anggun Sepintas, Sabar Bernam ini memang port best untuk anda gathering bersama keluarga.

Boleh memuatkan sehingga 130 orang dalam satu-satu masa, penginapan ini menawarkan aktiviti-aktiviti kekeluargaan seperti BBQ, mandi-manda di kolam renang khas untuk dewasa dan kanak-kanak dan banyak lagi aktiviti lain yang menarik.

Terletak di kawasan yang dikelilingi dengan Ladang Kelapa sawit, selain penginapan berbentuk homestay, tempat ini juga turut mempunyai chalet berbentuk A yang cukup cantik dan bersih untuk dihuni.

Memang sesuai sangat kalau nak buat gathering bersama keluarga kat sini. Selesa dan nyaman sambil nikmati waktu berkualiti bersama ahli keluarga besar anda.

Dengan harga bermula dari RM150 untuk Chalet segi tiga, penginapan anda di sini bersama keluarga tentunya akan meninggalkan kenangan manis untuk semua.

Alamat:Batu 2 Sepintas 45200 Sabak Bernam, Selangor

Kredit: FB D’Teratai Anggun Sepintas

IKLAN