Port healing dalam hutan di Belantara Resort Trong, Perak pemandangan di sini cukup indah. Yang suka ootd memang puas hati, banyak sudut instagramable.
Port Glamping di Perak
Cuma jalan masuk agak menyeramkan sebab lalu kawasan kampung, kebun getah, kebun kelapa sawit dan jalan berbatu yang belum ditar. Tetapi jangan risau, jalan dia cantik dan kereta biasa pun boleh masuk.
Kalau sudah sampai, boleh terus bawa anak anak mandi mini theme park. Mini theme park sini sesuai untuk anak-anak sebab tak dalam sangat. Mak-mak boleh menyembang di tepi sambil anak-anak bermain.
Bab Makanan Jangan Risau
Ads
Makan malam dan breakfast disediakan. Termasuk dalam pakej penginapan. Makanan buffet yang bagi saya agak banyak pilihan. Yang paling best, makanan sedap.
Makan malam – sate gemok, ayam bakar, spagetti bolognese, nasi, lauk ayam, kuey teow goreng dan banyak lagi.
Breakfast- nasi hujan panas, soto, cereal, teh panas, kopi dan macam-macam lagi.
Ads
Selain dari theme park, ada playground, sungai, tempat main bola tampar dan lapangan memanah.
Owh ya, kalau nak kayuh basikal atau naik atv pun boleh tapi yang ni ada caj tambahan.
Ads
Untuk khemah yang kami duduk, tandas di luar. Tapi tak jauh sangat. Tandas pun bersih dan selesa. Kalau ambil chalet, ada tandas di dalam.
Yang paling penting ada line dekat sini, internet laju. Anda yang jenis buat kerja online tak perlu risau.
Kalau nak pergi, boleh search Belantara resort. Kena guna google maps, Waze tak detect.
Lokasi:
Belantara Resort Kg. Sungai Lubok, Trong, Perak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Buat pertama kalinya sejak pertengahan Mac lalu, pelanggan di Bangkok, Thailand, dibenarkan makan di restoran selain membungkus dan bawa pulang makanan.
Bagaimanapun, pelanggan dan juga pengusaha restoran perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Thailand mungkin bebas daripada perintah ‘lockdown’ tetapi negara itu masih dalam keadaan berjaga-jaga.
Selain itu, pihak berkuasa juga telah membuka semula taman bandar, termasuk, Lumpini Park, Bangkok. Setiap pengunjung yang masuk ke taman tersebut harus memakai penutup hidung dan mulut selain menjalani pemeriksaan suhu.
Pengunjung juga dilihat memulakan aktiviti berjoging dan berjalan di sekitar kawasan taman beriadah di Bangkok. Bagaimanapun, aktiviti beriadah berkumpulan masih dilarang, begitu juga penggunaan peralatan latihan awam. Perhimpunan besar juga masih dilarang.
Pelancongan agro adalah aktiviti melancong ke kawasan pertanian atau penternakan yang memberi peluang kepada pelancong untuk turut serta dalam aktiviti yang dilakukan pengusaha. Selain berlibur, lokasi ini juga dapat mendidik pengunjung dengan ilmu agro yang pelbagai.
Negeri Selangor mempunyai banyak destinasi pelancongan agro yang menarik untuk dikunjungi. Bukan setakat untuk lawatan, pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan. Ini 5 destinasi pelancongan agro terbaik yang boleh dilawati di Negeri Selangor selepas PKPB berakhir:
MAEPS Agro Tourism Park merupakan taman agro yang sesuai untuk bercuti bersama keluarga yang menampilkan keindahan alam semula jadi. MAEPS, Serdang menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik bagi mereka yang ingin merasai pengalaman di kawasan perladangan dan pertanian. Antaranya ialah “House of Kambing” yang menempatkan haiwan seperti kambing dan menawarkan menu makanan nasi kukus kambing bakar. Selain itu, terdapat juga pelbagai taman pertanian yang membolehkan pengunjung menimba ilmu seperti laman herba, laman padi, laman nenas, laman perikanan, G2G Animal Garden di mana mereka boleh memberi makanan kepada haiwan dan banyak lagi. Pengunjung juga boleh menginap di Nafas Cube di sini yang berkonsepkan binaan kabin dan tiub. Bayaran masuk: RM65 tanpa MyKad, RM45 dengan Mykad, RM35 pelajar Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi hingga 5.30 petang)
Taman Botani Negara merupakan taman pelancongan agro yang dibangunkan untuk tujuan riadah serta penyelidikan. Taman Botani Negara menampilkan pemandangan alam semula jadi yang hijau, nyaman dan menyegarkan. Taman ini mempunyai tarikan yang menarik khas buat pengunjung, iaitu Rumah Iklim Empat Musim yang terkenal di mana pengunjung akan merasai cuaca musim salji, musim bunga, musim panas dan musim luruh. Namun rumah empat musim hanya akan dibuka semula kepada umum pada suku pertama tahun 2021. Selain itu, terdapat juga taman kaktus, orkid, rempah-ratus, buah-buahan, taman haiwan dan banyak lagi. Bayaran: RM3 (12-54 tahun) RM1 (kanak-kanak 6-11 tahun), RM1 (55 tahun keatas), OKU percuma Waktu operasi: Selasa hingga Ahad (7.30 pagi hingga 4.30 petang)
Jika anda merancang untuk bercuti di taman buah-buahan, Selangor Fruit Valley merupakan destinasi yang tepat untuk anda kerana taman ini mempunyai pelbagai jenis ladang buah-buahan tempatan serta anda juga menikmati buah-buahan dengan percuma. Bukan itu sahaja, terdapat juga tarikan dan aktiviti yang disediakan seperti petting zoo mini, aktiviti berkayak, ladang rusa, rumah tradisional, ternakan madu kelulut dan banyak lagi. Malah, terdapat juga tanaman buah belimbing, jambu, betik, rambutan dan sebagainya. Selain itu, terdapat kemudahan trem yang boleh dinaiki dan anda akan dibawa ke sekitar kawasan taman ini sambil menghirup udara segar. Anda juga boleh singgah ke gerai menjual air kelapa untuk beristirahat dan menghilangkan dahaga dengan menikmati air kelapa yang segar. Bayaran: RM8 (dewasa), RM4 (60 tahun keatas), Rm4 (Oku) dan kanak-kanak (5-12 tahun), percuma (5 tahun ke bawah) Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (9.00 pagi hingga 4.00 petang)
Antara tempat menarik untuk melakukan aktiviti dengan gabungan alam semula jadi adalah di Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong. Dengan keluasan 600 hektar, ia dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong di mana tempat ini menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung yang datang. Salah satu tarikan terbaharu di sini ialah ‘Sky Walk’, manakala antara aktiviti yang boleh dilakukan di FRIM adalah seperti berjoging di Rover Track, berjalan kaki di kanopi, berkelah dan berkhemah bersama keluarga, hiking, berbasikal malah berpeluang mempelajari tentang keunikan alam semula jadi. Terdapat juga tanaman seperti Rubiaceae (famili kopi), Fabaceace (famili kacang), Euphorbiaceae (famil getah), pokok Keladan yang berumur 116 tahun, pokok Melaka dan banyak lagi. Tambahan RM5 akan dikenakan jika pengunjung membawa kamera untuk mengambil gambar.
Satu fakta menarik – FRIM, Kepong ini pada mulanya merupakan tempat perlombongan, kemudian menjadi kawasan kebun sayur dan kini ianya merupakan sebuah kawasan hutan dengan suasana yang nyaman dan tenang yang boleh dilawati pengunjung. Bayaran masuk: Tanpa Mykad (RM5, dewasa), (RM1, kanak-kanak tanpa seragam), (Percuma, OKU dan kanak-kanak berseragam)Mykad (RM1, dewasa), (RM1, 13 tahun keatas), (Percuma, OKU dan kanak kanak pakaian berseragam) Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi hingga 5.00 petang)
Taman Eko Kuan Wellness merupakan salah sebuah destinasi yang menarik untuk dilawati di Negeri Selangor. Pengunjung akan menikmati persekitaran taman yang segar dengan tema pelancongan ekologi semula jadi disertakan dengan aktiviti yang ada di taman ini. Jika melawat ke sini, aktiviti yang boleh dilakukan adalah memberi makanan kepada haiwan di mini zoo seperti arnab, itik dan burung. Selain itu, pengunjung juga boleh melawat ke ladang buah tropika, menyaksikan aktiviti pemprosesan sarang burung untuk dijadikan produk kesihatan dan landskap yang cantik untuk bergambar. Bayaran masuk: RM3 untuk ruang pameran sarang burung, RM5 untuk mini zoo Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang (Setiap Hari)
Tanah air kita Malaysia, dari pembukaan kampung orang Melayu, India dan perlombongan oleh orang Cina, serta penjajahan Inggeris dan pencerobohan Jepun meninggalkan kesan sejarah hebat.
Setelah 63 tahun negara merdeka, berbagai perubahan dan pembangunan telah dilalui oleh tanah air kita hingga merubah pesekitaran serta aktiviti. Melihat Malaysia saban tahun mengecap kejayaan demi kejayaan, ia juga berkat keringat pemimpin dan rakyat terdahulu.
Jom imbas suasana tanah air kita tercinta pada masa lalu.
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...