Kuala Kangsar, bandar Diraja yang terletak di kawasan pertemuan Sungai Kangsar dan Sungai Perak.
Terletak kira-kira 48 kilometer dari bandar raya Ipoh, bandar diraja itu mempunyai aset pelancongan yang tidak dimiliki negeri lain, sekali gus menjadikan ia begitu eksklusif kepada penduduk negeri Perak. Sebagai bandar tertua Perak, Kuala Kangsar terkenal dengan pelbagai perkara, antaranya bangunan lama dan bersejarah. Di sini menempatkan salah satu masjid tercantik di negara ini iaitu Masjid Ubudiah.
Tidak lengkap kunjungan ke Kuala Kangsar jika tidak mencuba pelbagai juadah tradisi yang menjadi sajian kegemaran rakyat Malaysia seperti Ikan Patin Gulai Tempoyak dan makanan bercitarasa kampung.
Ads
Dari perkongsian di facebook Seladang Perak ini antara cadangan port makan terbaik mesti singgah jika ke Kuala Kangsar.
Ads
Port nak makan tengahari dengan gulai tempoyak pior original yang santai di Kuala Kangsar. Nak makan ikan patin tempoyak dengan ulam ulaman kampung, mohle sini.Lagi lazat, ada menu kambing bakar tau, pekena dengan nasi putih panas panas memang marvelicious lunch kome nanti.
Selain itu, ada juga ayam goreng berempah dengan sup daging, juga menu menu tertentu yang berubah mengikut hari. Sempoinya di sini, lauk pauk telah dihidangkan dalam pinggan klasik lama, yang ada bunga bunga dekat sekeliling tu, ibarat mengimbau kenangan macam kita makan di rumah opah dan tok nenek kitalah.
Kalau anda rasa nak pergi Penang tetapi nak bajet duit, boleh bawa keluarga ke beberapa tempat ini. Tetap enjoy!
Seperti yang dikongsi oleh Cik Han, ini antara tempat menarik yang anda boleh singgah bila tiba di negeri Pulau Pinang.
Bermula dengan breakfast di Gemas Road sebab senang parking. Wajib cuba kalau anda suka makan menu kari.
Kemudian boleh pergi main basikal dekat Queensbay under Link Bike. RM5 je dah boleh main basikal merata. Tapi kena tengok masa lah nanti panas.
Anda boleh check in di The Lost Paradise kalau suka suasana ala-ala Bali. Di sini ada cafe viral Biru-Biru On The lsland. Macam vibes dekat pulau dan Bali.
Petang pula boleh pergi pantai Batu Feringghi jalan kaki daripada resort untuk tengok sunset. Kalau ikutkan pengalaman Cik Han, malam tak ada buat aktiviti apa-apa sebab memang trip ni nak healing. Esoknya pergi ootd sekitar situ, pun cantik!
Kemudian boleh terus singgah tempat 00TD Tanjong Tokong. Tempat ini dulu ada Secret Avatar Garden tapi dah tak beroperasi. Anda boleh Lunch di The Founders sebelum bergerak ke cross bridge untuk pergi Penaga.
Tempat ini dulu ada Secret Avatar Garden tapi sudah tak beroperasi. Sambung makan tengah hari di The Founders sebelum bergerak ke cross bridge untuk pergi Penaga sebab nak visit Kampung Agong.
Jangan terkejut singgah Kampung Agong, memang cantik sangat kalau anda suka ootd, suasana kampung tetapi memang cun habis.
Hah, nanti kalau ada niat hala ke Utara jangan lupa singgah beberapa tempat ini ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bila sebut Langkawi, pasti ramai yang suka melancong ke sana. Terkenal dengan syurga makanan dan lokasi menarik ditambah dengan 99 buah pulau yang mengelilingnya, syurga dunia ini antara tumpuan ramai pelancong.
Ditambah pasir putih, hutan hujan membekalkan udara segar, air terjun yang indah, pastinya pulau ini tak habis dilawat dalam tempoh singkat.
Diiktiraf sebagai Pulau Bebas Cukai, Langkawi menjadi destinasi yang popular bagi melancong secara solo dan bersama keluarga.
Di Langkawi, kita boleh menemui homestay murah hinggalah ke hotel mewah bertaraf lima bintang.
Antara tarikan di sini termasuklah Villa Paddy yang terletak di Padang Matsirat yang terletak 8 KM dari Lapangan Terbang Langkawi.
Bukan saja viewnya yang cantik saat matahari terbenam, di Villa Paddy ini penginapannya memang sesuai untuk percutian keluarga kerana biliknya cukup selesa, makanan yang sedap selain tempatnya masih baru serta amat selesa. Namun poolnya agak kecil tapi masih selesa jika tidak kisah mengenainya.
Namun lokasinya yang di tengah-tengah dari pusat bandar memudahkan korang berjalan-jalan. Antara tarikan yang dekat dengan Villa Paddy ialah Buffalo Park dan Taman Mardi Langkawi. Kalau nak mencuba sesuatu yang lebih advanture seperti Cable Car, jaraknya hanya 30 minit dari sini manakala untuk ke Pantai Cenang 20 minit memandu dari villa ke sana.
Lebih best, kalau luck korang, harganya serendah RM89 semalam sahaja.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Setiap kali hujung minggu jika ada masa terluang, ramai yang memilih untuk bercuti dan bersantai bersama keluarga atau teman-teman di beberapa resort penginapan berhampiran yang selesa. Rata-rata akan mula scroll aplikasi penginapan yang menawarkan harga yang menarik dan lokasi yang menyeronokkan. Salah satu elemen penting dan bonus untuk anda jika terjumpa destinasi penginapan yang mempunyai fasiliti kolam renang.
Janda Baik di Bentong Pahang sering menjadi destinasi pilihan percutian jangka pendek hujung minggu. Tarikan alam semula jadi menjadikan ia pilihan terbaik bagi mereka yang mahu lari seketika daripada kesibukan kota. Selain itu lokasi Janda Baik juga tidak terlalu jauh. Hanya terletak kira-kira 45 minit pemanduan dari ibu negara menggunakan susur keluar Genting Sempah.
Ini pilihan penginapan menarik yang ada disekitar Janda Baik yang mempunyai kemudahan kolam renang. Memang best bawa anak-anak!
Villa Embun menampilkan reka bentuk ala Bali. Elemen kayu, ruang dan privasi menjadi keutamaan dengan setiap vila mempunyai ruang legar luas, siling tinggi serta dipisahkan dengan tembok tinggi. Antara kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah rumah kelab, ruang mesyuarat dan seminar, gimnasium, restoran, barbeku serta pakej-pakej istimewa seperti majlis perkahwinan, percutian berbulan madu dan percutian keluarga.
Untuk ke vila, pengunjung dibenarkan menggunakan kenderaan sendiri hingga ke kawasan khas sebelum dibawa ke kawasan vila di puncak bukit menggunakan kenderaan buggy. Selain memudahkan pengunjung ke vila, cara itu adalah antara polisi Embun untuk mengelak gangguan bunyi, pencemaran asap, kesesakan trafik serta menjaga privasi pengunjung.
D’Villa Janda Baik salah satu penginapan hujung minggu pilihan ramai. Berjalan di sekitar D’Villa, pengunjung pasti akan terpesona dengan susunan landskap yang mengenengahkan elemen tumbuhan. Dikelilingi alam hijau, setiap bilik di sini mempunyai konsep tertentu iaitu Rainforest Rooms, European Premier Room, Modern Premier Room, Modern Family Room dan yang paling istimewa sekali adalah Balinese Executive Room. Paling menarik pastinya tumpuan akan diberikan kepada kolam renang yang disediakan khas untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.
Aman Rimba Private Estate mampu memberikan kedamaian kepada tetamunya yang ingin lari jauh dari kesibukkan kota. Berkonsep reka bentuk kampung Melayu tradisional, vila ini terletak di tepi Sungai Benus yang mengalirkan air jernih.
Setiap villa di Aman Rimba Private Estate menjanjikan ‘feel’ yang berbeza dari sudut rekaan iaitu bercirikan rumah tradisional Melayu sehinggalah moden kotemporari. Sementara lanskap pula bercirikan tropikal dan ala Bali. Kemudahan kolam renang yang disediakan memberikan anda peluang bersantai sambil menghayati alam sekitar.
Saufiville Boutique Resort terletak di disebuah kawasan bukit tinggi di Janda baik. Pengunjung dibenarkan menggunakan kenderaan sendiri untuk sampai ke kawasan ini. Paling menarik resort ini menawarkan kemudahan kolam renang infiniti dengan pemandangan bukit bukau yang menghijau.
Walaupun berada pada suhu sekitar yang agak sejuk, sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke kolam renang ini anda akan dapat rasakan suhu di dalam kolam renang ini sangat suam dan begitu selesa. Terdapat beberapa buah bilik yang ditawarkan mengikut bajet anda. Resort ini juga menerima tempahan daripada tetamu luar yang datang semata-mata untuk menjamu selera sahaja tanpa perlu menginap.
Danau Daun Chalets dibina di atas sebidang tanah yang penuh dengan rawa, pokok dan biodiversiti tropika.
Di resort ini terdapat beberapa jenis penginapan yang ditawarkan iaitu Teratak Air (lengkap dengan kolam renang peribadi di kaki bukit), Hillside Cottage, Danau Daun I & II (terletak di tepi kolam ikan) dan Danau Daun III (memiliki kolam peribadi dan terletak di sebalik kafe).
Serene Retreat berkonsepkan Bali terletak di sekitar Arena of Stars dan juga tokong Gua Chin Swee. Serene Retreat menawarkan 7 buah bilik yang masing-masing lengkap dengan ruang balkoni untuk anda menikmati udara segar dan pemandangan mendamaikan tanpa mengira masa. Beberapa aktiviti seperti kolam renang, basikal dan barbeku juga disediakan di lokasi ini.
Naaah! Ada dapat idea tak nak berlibur hujung minggu di mana minggu ni? Pilihan penginapan di sini memang menarik bukan?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Apabila menyebut mocha, ramai membayangkan secawan kopi berkrim yang menggabungkan espresso, susu dan coklat. Namun, di sebalik nama minuman popular itu, tersimpan sejarah panjang...