Seorang Pramugari dari penerbangan Korean Air yang tidak didedahkan identitinya disahkan positif jangkitan COVID-19.
Wanita terbabit dilapor telah memberikan layanan kepada lebih 200 penumpang ketika bertugas dalam dua penerbangan ke Tel Aviv dan Los Angeles, bulan Februari lepas.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea dalam perkembangan terkini mengesahkan 31 daripada lebih 200 penumpang berkenaan dijangkiti virus tersebut dalam penerbangan ke Tel Aviv.
Ads
Ads
Korean Air dilapor menghentikan operasinya di Lapangan Terbang Incheon bagi melakukan operasi pembasmian kuman susulan pengesahan tersebut.
Ads
Berikutan penularan virus tersebut yang semakin serius di negara itu, Korean Air kini mewajibkan semua kakitangannya memakai topeng muka ketika bertugas. Syarikat itu turut menyediakan sut hazmat sebagai langkah kecemasan sekiranya jangkitan dikesan sewaktu penerbangan.
Piramid Senusret II yang dibina pada era pemerintahan Firaun Dinasti ke-12 buat pertama kali dibuka kepada pelawat. Majlis pembukaannya dirasmikan oleh Menteri Antikuiti Mesir Khaled Al-Anany pada minggu lalu
Dikenali sebagai Piramid El-Lahun, makam diraja itu wujud antara tahun 1897 sebelum masehi sehingga 1878, terletak di kawasan Faizal, 100 km dari barat daya ibu kota Kaherah.
Piramid itu dibina daripada bata tanah liat dan teras bongkah batu, panjang 106 meter dengan cerunnya kira-kira 42 darjah dan ketinggian 48.65 meter. Kaedah yang digunakan untuk membina piramid itu bertujuan bagi memastikan ia kekal kukuh.
Uniknya Piramid Senusret II, kebiasaannya pintu masuk piramid sering berada di bahagian utara berdasarkan kepercayaan kuno Mesir namun, pintu piramid ini terletak di sebelah selatan. Bagaimanapun, alasan bagaimana pintu masuk piramid Senusret II ditemui di bahagian selatan masih tidak diketahui, katanya.
Menurut setiausaha agung Majlis Tertinggi Antikuiti, Mostafa Waziri, piramid ditemui pada 1889 oleh ahli arkeologi British William Petrie. Kerja membaik pulih piramid dan kawasan sekitarnya bermula Ogos 2018.
Thailand sedang membuat persediaan untuk membuka semula pulau peranginan Phuket kepada pelancong yang telah divaksin, bermula 1 Julai.
Di bawah skim “Phuket Sandbox”, pelancong asing yang telah divaksin dibenarkan mengunjungi Phuket tanpa kuarantin.
Namun, perlu tinggal di pulau itu selama 14 hari sebelum ke wilayah lain.
“Pembukaan semula bergantung pada situasi COVID-19 di Thailand dan luar negara serta persetujuan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA),” kata Timbalan jurucakap Kementerian Luar, Natapanu Nopakun pada satu taklimat harian COVID-19 baru-baru ini.
Beliau berkata, setakat ini sekitar 50 peratus penduduk Phuket telah divaksin.
Skim yang dicadangkan itu akan dibincang semasa mesyuarat CCSA yang dipengerusikan Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha Isnin depan, sebelum mendapatkan kelulusan Kabinet pada Selasa.
Terdahulu, Gabenor Lembaga Pelancongan Thailand (TAT), Yuthasak Supasorn berkata, Phuket akan menjadi destinasi pertama di Thailand yang akan dibuka semula kepada pelancong asing yang telah divaksin tanpa perlu menjalani kuarantin.
“Kita semua di TAT gembira dan semua orang di Phuket sedang membuat persiapan untuk menyambut kedatangan pelancong asing tidak lama lagi.
“Mulai 1 Julai 2021, pelancong asing yang sudah divaksin akan dibenarkan mengunjungi Phuket tanpa kuarantin, jadi nantikan pembukaan Phuket,” katanya dalam satu kenyataan.
TAT menjangkakan kira-kira 129,000 pengunjung akan ke pulau itu antara Julai dan September tahun ini.
Kasih sayang tidak pernah boleh dijual beli. Ia datang dari hati yang paling dalam. Menggembirakan hati pasangan ada bermacam caranya, salah satunya ialah membuat perkara disukai isteri.
Ia samalah dengan membawa pasangan keluar bersiar-siar, makan di restoran dan lain-lain hal kecil tapi sudah cukup menggembirakan hatinya.
Ternyata usaha seorang lelaki dari Jepun, Mr Kurosaki menanam bunga demi menggembirakan hati isterinya yang depression akibat mengidap diabetes berjaya apabila tanaman bunganya itu mendapat liputan media di Jepun atas usahanya itu.
Ikuti perkongsian Zunita Ramli, owner dan founder Tokyo Organik HQ menerusi Catatan Zunita Di Jepun mengenai kisah unik ini.
Pernah dengar tak cerita pasal seorang suami tanam bunga selama 2 tahun untuk isterinya yang mengalami depression?
Mr dan Mrs Kurosaki berkahwin pada 1956 dan dikurniakan 2 orang anak. Mereka hidup secara sederhana dengan bertani di Bandar Shintomi di wilayah Miyazaki.
Tragedi berlaku apabila Mrs Kurosaki disahkan menghidap diabetis. Hanya selepas 1 minggu mengetahui dia menghidap penyakit tersebut, Mrs Kurosaki diuji lagi dengan kehilangan kedua-dua penglihatan matanya akibat komplikasi diabetis.
Mrs Kurosaki tertekan dan mula mengasingkan diri dari dunia luar. Dia tidak mahu berjumpa dengan orang lain dan hanya mengurungkan diri di rumah sendirian.
Bimbang keadaan menjadi lebih parah, suaminya Mr Kurosaki telah menanam lebih 7,000 bunga moss phlox atau pink shibazakura dalam tempoh 2 tahun. Mr Kurosaki memilih bunga pink ini bukan kerana rupanya yang cantik, tetapi kerana baunya yang menarik. Ini mengingatkan dia bahawa kecantikan itu tidak selalunya pada rupa sahaja.
Menyedari kehadiran haruman bunga di halaman rumah, Mrs Kurosaki keluar dari rumah untuk menikmati haruman tersebut. Walaupun tidak dapat melihat, Mrs Kurosaki amat gemar berada di luar rumah untuk menikmati haruman 7,000 moss phlox yang ditanam oleh suaminya.
Ternyata usaha Mr Kurosaki terbalas kerana berjaya “mengeluarkan” isterinya dari tekanan dan mengembalikan senyuman di wajah Mrs Kurosaki. Well, true love still exists . #CatatanZunitaDiJepun Bored panda
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau sebut tentang Curaçao, antara perkara pertama yang pasti terbayang ialah deretan bangunan berwarna-warni di tepi laut. Itulah pesona Willemstad, ibu negara Curaçao yang...