Sekali dah camping memang semacam ‘ketagihan’ nak cari campsite-campsite cantik dan menenangkan untuk pacak khemah. Baru sahaja camping di sekitar Selangor pada tahun baru, Norsheila Salleh kali ini memilih Wildrock Campsite di Padang Rengas, Kuala Kangsar Perak pula untuk pacak khemah.
Melihatkan perkongsiannya gambarnya di Family Camping Malaysia (FCM) memang cantik dan tenang je bila berkhemah kat sini. perjalanan hampir tujuh jam untuk sampai ke tapak ini memang berbaloi.
Walaupun perlu ke luar kawasan sedikit untuk mendapat coverage handphone, itu sedikitpun tidak memudarkan perasaan seronok dapat camping selama tiga malam di Wildrock Campsite.
Dapat menghirup udara segar sepanjang camping dengan sungai yang landai dan sesuai untuk mandi, fasiliti yang disediakan oleh pemilik tapak campsite ini juga lengkap dan cukup untuk memberikan keselesaan kepada setiap camper.
Nak tahu apa lagi yang menarik kat sini, ikuti perkongsian Norsheila Salleh:
3 Malam Di Wildrock Campsite, Bangun Pagi Mandi Sungai Sambil Layan Udara Segar
Wildrock Campsite
4D3N
Ads
Padang Rengas, Kuala Kangsor, Perak
21 – 24 Januari 2023
Trip 22
1st time camping 3 malam, best gila Rasa kepuasan dok dalam campsite dan hilang penat travel jauh menempuhi jalan jammed seawal subuh 7 jam perjalanan dari sungai buloh-kuala kangsor. Akak booking sini awal Nov untuk 4 khemah.
Tapak boleh booking tau. Tapak tepi sungai banyak pilihan, ada juga tapak belakang. Boleh refer layout tapak dari CO masa booking.
Ads
Sini best sebab waktu check in (start 10am), check out pula paling lewat jam 5 petang confirm tak kalut nak mengemas
Harga tapak rm30-rm60 ikut saiz khemah
Coverage- tak semua line ada
Tiada Plugpoint
Tandas duduk
Kutipan sampah setiap hari- bayo rm5 sahaja
Bilik mandi siap shower
Pondok surau open concept
Tapak best² view sungai & tapak belakang
Glamping site
Jalan masuk offroad + jalan tar
Malam diterangi lampu solar
Genset dekat pondok CO
Sungai mesra kanak² & dewasa
Sungai tersangat best
Keperluan asas sinki, tandas duduk & bilik mandi, semua cukup bersih dan luas juga Tiap pagi CO mai cuci bilik air, terbaik Ada sediakan juga tempat sangkut baju atau bag dalam tandas, cermin beso untuk solek muka. Siap ada pewangi bau vanilla, love gila dok dalam jamban wangi Dan ada sediakan sabun mandi juga. Terbaik usaha CO
Kereta semua jenis boleh masuk sampai campsite walaupun ada sikit jalan masuk offroad tapi still acceptable untuk proceed. Jalan masuk campsite pun lawo je, view kebun hutan.
Coverage sini tak cover banyak telco. Kami pengguna maxis memang takde line langsungCelcom & umobile katanya line ada. Kadang kami keluar cari line kejap sambil² recce campsite berdekatan.
Ads
Boleh handcarry atau guna wagon untuk transit barang ke tapak khemah. Campsite ada sediakan beberapa wheelbarrow juga untuk guna secara percuma
Sini banyak lampu solar tau, tapi diletakkan di beberapa spot contohnya kat parking kereta, tepi surau dan tepi sungai. Make sure bawa juga extra lampu sendiri macam headlamp supaya takde tersadung langgor tali khemah orang Sebab tu sini takde plugpoint
Ada rumah pondok CO, sentiasa ada kat campsite. Contact Pn Tikah for booking 0189184990.
Daerah Mersing, terletak di pantai timur negeri Johor, sememangnya popular dalam kalangan pelancong sebagai pintu masuk ke rangkaian pulau-pulau indah di negeri Johor.
Selain dikurniakan keindahan alam, pulau dan pantai yang bersih, Mersing juga mempunyai tarikan sejarah tersendiri kerana pernah dijadikan pangkalan Tentera Diraja British, sekitar tahun 1940-an serta menyimpan sejarah penting Perang Dunia Kedua. Tahu kisah Battle of Endau? Battle of Endau tercetus selama dua hari di Mersing,Johor menyaksikan peristiwa pertempuran sengit antara tentera Jepun dan tentera Berikat yang diketuai Biritish bermula pada awal pagi 26 Jan 1942, di perairan Endau, kira-kira 38 Kilometer dari sini.
Menyingkap ringkas sejarah pertempuran Battle of Endau, pasukan Tentera Laut Diraja British menghantar dua kapal terbang pemusnah ke Endau bagi menyerang dan memusnahkan kapal kargo tentera Jepun yang berlabuh di pantai Endau yang dipercayai cuba menurunkan anggota tentera mereka. Pendaratan amfibia (di perairan Endau) yang dirancang oleh tentera Jepun bertujuan merosakkan jaringan komunikasi di antara pihak British di Johor dan Singapura. Sebelum itu, konvoi tentera Jepun telah dikesan oleh dua kapal peninjau Tentera Berikat (pada awal pagi 26 Jan), namun berita tersebut lambat disampaikan ke Singapura, akibat masalah komunikasi.
Peperangan bermula pada petang 26 Jan apabila Tentera Berikat menghantar pasukan dari Singapura ke Mersing dengan dilindungi oleh pesawat pejuang British membabitkan 12 pesawat pejuang jenis Brewster F2A Buffalo dan sembilan pejuang Hawker Hurricane. Bagaimanapun, tanpa diketahui pihak Berikat, tentera Jepun yang diiringi pesawat tempur Nakajima Ki-27 dari Skuadron Udara Jepun pertama (1st Sentai) dan Ke 11 (11th Sentai) telah terlebih dahulu mendarat di Endau beberapa jam sebelum ketibaan British. Serangan demi serangan menerusi udara dan laut dilancarkan Tentera Berikat bagi mengekang kemaraan Jepun di Tanah Melayu, bagaimanapun tidak dapat mematahkan pencerobohan Jepun dan akhirnya Jepun berjaya menawan Mersing pada awal pagi 27 Jan 1942.
Kisah peperangan Battle Of Endau yang berlaku hampir 80 tahun di Tanah Melayu ketika itu, disingkap kembali oleh Muzium Mersing melalui pameran khazanah artifak dan bahan-bahan sejarah yang dikumpul dan dikaji oleh Yayasan Warisan Johor. Pengunjung ke Muzium Mersing kini berpeluang menyelami sendiri kisah Battle of Endau, mereka juga boleh melihat artifak koleksi sezaman dengan peperangan tersebut seperti enjin pesawat, senjata, radio komunikasi, kamera, basikal dan dokumen-dokumen persuratan yang ditulis pada era 40-an dan 60-an.
Terdapat tiga bahagian pameran di muzim berkenaan iaitu pentadbiran sosioekonomi, Battle of Endau dan pameran khas yang akan diadakan secara bermusim, enam bulan sekali. Ruangan Perang Dunia Kedua di muzium ini, antara yang istimewa memandangkan banyak peristiwa besar dipercayai berlaku ketika itu (di Johor) dan artifaknya dipamerkan di sini. Muzium Mersing terletak di Jalan Ibrahim di sini, mula beroperasi pada 2016, telah dirasmikan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada 15 Mei 2016, bersempena Program Kembara Mahkota Johor. Dibina pada tahun 1920-an, bangunan setingkat ini pada asalnya digunakan sebagai pejabat pentadbiran daerah Mersing yang kemudiannya dipercayai menjadi markas operasi Tentera Imperialis Jepun semasa perang dunia kedua, sehinggalah Jepun menyerah kalah pada tahun 1945. Selepas kekalahan Jepun, bangunan ini beroperasi semula sebagai pejabat kerajaan bagi daerah Mersing sebelum diubah suai menjadi sebuah muzium di bawah seliaan Yayasan Warisan Johor. Bayaran masuk ke muzium ini adalah percuma dan ia beroperasi setiap hari kecuali Jumaat, bermula 9.30 pagi hingga 4.00 petang manakala Khamis hingga 3.00 petang.
Kalau dah sampai Terengganu, anda wajib singgah beberapa tempat ini untuk melengkapkan percutian di negeri ‘kaya’ dengan pantai ini.
Okay, jom tengok pantai apa yang best di sini dan makanan apa yang sedap di ‘Ganu Kita’ menurut pengalaman saudari Cik Han, katanya ada 9 tempat menarik, ya!
1. Pujangga Cafe
Cafe ni buka early morning & korang boleh experience breakfast style Terengganu. Dekat sini famous dengan Nasi Dagang & Nasi Minyak. Tapi untuk air tak banyak choice. Retro style cafe yang served Terengganu breakfast.
2. Pantai Mangkuk
Pantai Mangkuk terletak di Penarik dan sepanjang pantai ni ada banyak kedai celup tepung. Boleh pilih sahaja yang mana anda nak. Exact location dalam gambar ni susah nak explain tapi anda boleh explore sepanjang pantai dan boleh jumpa port ootd kat sini.
3. Pantai Jambu Bongkok
Pantai ini terletak di Marang. Dekat sini banyak Pokok Kelapa jadi rasa tenang sangat. Dekat tepi tepi pantai pun ada pondok pondok untuk lokasi bergambar.
4. Pantai Kekabu
Pantai ini ada benteng batu bentuk Y. Pantai berdekatan dengan Jeti Marang ke Pulau Kapas. Jadi anda boleh tengok banyak kapal dekat sini. Pantai ini pun ada kanak-kanak yang mandi.
5. Warung Adik Beradik
Selain Pok Nong Celup Tepung, anda patut cuba makan dekat sini. Anda boleh menikmati celup tepung sambil tengok pemandangan pantai.
6. Xofi.Trg
Antara cafe yang famous di Terengganu. Coffee & frappe sedap. Pastry dan cake pun ada banyak jenis. Lokasi di Tok Jembal dan dalam gambar tu makanan yang diorder.
7. Masjid Kristal
Yang ni wajib visit, floating masjid yang sangat cantik architecture. Tourist pun selalu datang sini. Kalau jalan sikit ada kedai makanan berdekatan.
8. Nyiur
Cafe yang viral sebab vibes dia tepi pantai dan lokasi pun cantik. Ada banyak pokok kelapa. Parking senang sebab tempat luas. Makanan berat tak banyak. Air dan snack pun biasa biasa. Lebih kepada tempat lepak.
9. Terengganu Foodie
Kalau nak merasa nasi kerabu sedap boleh makan di Suerasa Nasi Kerabu. Kalau nak merasa celup tepung sedap dan tempat makan yang vibes best boleh cuba di Mr.Celup Tepung Station. Mee Champa wajib cuba kalau ke Terengganu, lokasi di Dungun. Owh ya, boleh cuba makan di Warung Selera Sayang lepas balik daripada Pulau Kapas.
Itu sahaja yang anda boleh singgah bila sampai Terengganu. Jangan lupa bawa balik keropok losong juga sebagai buah tangan, baru lengkap percutian ke negeri ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Siapa yang pernah sampai ke Bukit Baginda di Kampung Majau? Kepada yang belum sampai, Bukit Baginda di Kampung Majau ni terletak di daerah Kuala Pilah, 13 kilometer dari pekan Batu Kikir dan lokasi ini antara tempat popular untuk orang ramai datang melakukan aktiviti rekreasi.
Apa yang menarik di Bukit Baginda ni selain daripada persekitarannya yang menghijau dengan tumbuh-tumbuhan adalah kewujudan Waze Rock atau Batu Berombak yang cukup unik dan menjadi ‘magnet’ penarik pelancong untuk berkunjung ke sana.
Keunikkan Waze Rock itu berjaya menarik ramai pelancong semenjak kawasan itu dibuka kepada orang awam kerana rupa bentuk batunya bulat dan tekstur permukaan batu tersebut beralun seperti ombak. Dek kerana itulah batu tersebut mendapat jolokan nama Wave Rock atau Batu Berombak.
Populariti Waze Rock Bukit Baginda itu bukan sahaja menarik minat pelancong tempatan malah ramai pelancong dari luar negara juga tiba bagi merasai sendiri pengalaman mendaki Bukit Baginda dan melihat sendiri Waze Rock tersebut. Rata-rata pelancong luar negara yang datang adalah dari Perancis, Jepun, United Kingdom, Vietnam dan Filipina.
Sekiranya anda ingin mendaki ke Wave Rock disarankan untuk mempunyai daya tahan mental dan fizikal yang baik kerana lokasi batu itu terletak di ketinggian lebih kurang 450 meter dari aras laut dengan jarak sepanjang 2 kilometer mendaki sahaja.
Masa untuk orang dewasa normal mendaki adalah lebih kurang 1.5 hingga ke 2 jam sahaja untuk sampai puncak Bukit Baginda. Anda yang ingin ke sana dikehendaki untuk membayar yuran masuk lebih kurang RM8 seorang iaitu RM5 untuk permit dan RM3 untuk yuran pengurusan kawasan berkenaan.
Selain daripada Wave Rock itu, kawasan Bukit Baginda juga mempunyai empat buah gua yang masih belum diterokai sepenuhnya dan di sekitar daerah Kuala Pilah itu juga terkenal dengan 70 tapak batu megalit atau lebih dikenali sebagai Batu Hidup daripada 300 tapak batu megalit yang ada di Negeri Sembilan.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...