Puas 3H2M Camping Di H&N Campiste Port Dickson. Lagi Best Layan Sunset Paling Cantik Pernah Dilihat!

Share

Bagi mereka yang suka bercuti ala camping, pastinya melihat keindahan sunset paling dinanti.

Antara lokasi melihat sunset terbaik adalah di H&N Campiste Port Dickson. Keindahan kala cahaya mula menghilang di sana cukup mendamaikan kala dilihat lewat senja.

Tidak dinafikan lagi campsite ini antara yang agak popular di pantai Port Dickson dan sering jadi pilihan buddies yang berkhemah di sini.

Sewa yang dikenakan juga berpatutan dengan RM45 untuk satu khemah bagi 4 orang dan tambahan RM3 untuk setiap seorang caj dikenakan.

Ayuh, ikuti perkongsian salah seorang sahabat Camping Buddies Malaysia, Ewan Mc Jawer yang memgambil kesempatan bercamping di sini.

Buru Sunset Di H&N Campsite Port Dickson

Memburu sunset di H&N Campsite Port Dickson; H&N sebuah Campsite yg tak perlu diperkenalkan lagi. Spot camping yg popular di Port Dickson.

Melihat posting-posting dari buddies-buddies yang pernah berkhemah di sini, membuatkan kami tergerak untuk mencuba berkhemah di sini.

Mencuba pondok baharu, KZM Oscar House. Saiz yang sedang-sedang elok untuk kami 6 beranak.
Ruang bersantai-santai dan menjamu masakan mama.
1st night, penat usai memasang khemah. Mee segera dan MCD jadi santapan.
Movie night sebelum tidur.

Trip 3h2m seakan tidak cukup untuk menikmati keindahan pemandangan pantai. Lebih-lebih lagi ketika dekat senja.. spot ni boleh dikatan spot sun set yang paling cantik pernah saya kunjungi.

Selain itu. Lokasi campsite yg dekat dengan pasar malam dan port-port makan. Amatlah convinent. Stok makanan memang kami bawa sedikit je. Selebihnya order saja.

Ambience malam di H&N campsite, SubhanAllah cantik bulan itu.
— at H&n Campsite.
Kami memilih tapak yang kurang popular, di bahagian bakau. Pemandangan yang unik dengan redup mata memandang..
Hari kedua, breakfast.
Pagi di H&N campsite
— at H&n Campsite.

Bagi kami, campsite ni antara spot pantai yg boleh dikatakan istimewa dan best. Kemudahan mencukupi seperti tandas 24jam dan sinki.

Ini sudah memadai buat kami. Cuma pada masa akan datang sekiranya ada penambahbaikan pada toilet amat-amat dihargai.

Aktiviti membersihkan sekitar tapak khemah.
Isi masa lapang dengan aktiviti melukis.
— at H&n Campsite.
Menyelusuri setiap sudut campsite
Best nap ever. Dengan angin sepoi-sepoi.
— at H&n Campsite.
Balik dari pasar berhampiran site.
Pasir putih dan air yang tenang. Sesuai untuk anak-anak.

Artikel Berkaitan:

Lebih 10 Tempat Menarik Di Perlis Wajib Korang Pergi. Confirm Berbaloi & Menyeronokkann!

‘Glamz At Genting’ Lokasi Glamping Moden Untuk Percutian Ala Musim Sejuk

9 ‘Blue Lake’ Sesuai Jadi Port Instagramble Yang Korang Wajib Pergi. View Cantik, Tapi Kena Waspada!

IKLAN