Bila ada cuti objektif utama bagi yang berkeluarga tentunya untuk kegembiraan anak-anak. Jadi selain bercuti dengan menginap di hotel, camping dengan anak-anak juga antara aktiviti yang menyeronokkan untuk dibuat terutamanya pada cuti umum.
Memilih Flamboyan Resort yang terletak di Ulu Yam, Selangor untuk menghabiskan masa bersama keluarga tercinta sempena cuti Maulidur Rasul, perkhemahan di sini cukup menyeronokkan anak-anak.
Mempunyai kawasan yang luas dengan landskap dipenuhi flora dan fauna, air sungai kat sini juga cukup cetek dan sesuai untuk mandi-manda. Paling best waktu malam kalau cuaca bagus dapatlah lihat pemandangan Genting Highlands yang meriah.
Damai dan menenangkan percutian selama 3 hari 2 malam ke campsite ini, Raisah juga turut berkongsi info buat yang ingin berkunjung ke sini.
Assalamualaikum semua.
Ads
3 hari 2 malam sempena cuti maulidur rasul di Flamboyan Resort, Ulu Yam, Selangor.
Campsite paling menang di hati anak-anak sebab sungai cetek, toilet bersih dan damai sangat .
Ads
Tapak seberang sungai, mengadap Genting Highlands.
Cuaca baik sepanjang 3 hari. Alhamdulillah…
Flamboyan resort: contact Dato Yunus 019-2282224
Ads
maxis/digi
toilet
plug point
check in check out tak ada specific masa
RM60/ night
Campsite ni anak-anak paling suka sebab aman, kawasan luas anak-anak boleh berlari, ada landscape flora dan fauna, air sungai yang cetek mesra anak-anak, dan view mengadap Genting Highlands tu memang cantik especially malam.
Kalau rasa nak pengalaman bercuti yang mewah, datanglah Ke Atas Villa di Ayer Keroh, Melaka ini. Sesekali dapat port menarik macam ini pun best. Hilangkan penat bekerja.
Penginapan berkonsep villa peribadi ini menyediakan beberapa banglo dan pelbagai kemudahan dalam sebuah kawasan yang berkeluasan 20,000 kaki persegi.
Penginapan dan seluruh villa ini bukan sahaja dihias dengan rekaan yang tampak mewah, elegan dan modern, malah juga dilengkapi dengan kelengkapan yang berkualiti tinggi.
Atas Villa menjanjikan pengalaman serba mewah bagai kelas atasan atau di-Raja. Dengan bilik-bilik yang dihias indah, keselesaan di sini bukanlah suatu persoalan.
Ada swimming pool, 6 bilik tidur, 19 katil, 7 bilik air, snooker, PS4, dan ruang untuk bbq.
Anda juga disediakan dengan kolam renang peribadi, bilik game yang lengkap dengan PS4 dan meja pool, dan banyak lagi.
Buat pengetahuan anda Atas Villa juga menyediakan perkhidmatan sewaan untuk events seperti Majlis perkahwinan atau sambutan istimewa.
Soal tandas pun cukup selesa dan kemas untuk anda sekeluarga, nah belanja sedikit suasana tempatnya.
Cantik tempatnya, bukan? Sebab itu lah dikatakan mewah dan sesuai kalau rasa nak privasi tanpa gangguan.
Okay, selepas ini kalau rasa boring stay hotel, boleh cuba Atas Villa ya. Barulah berbaloi datang jauh-jauh!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada berita gembira buat penduduk di Pulau Pinang yang rindu untuk melakukan akitiviti mendaki di Bukit Bendera!
Perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera dibuka semula mulai 6 Jun 2020 selaras dengan pengumuman kerajaan Pulau Pinang yang membenarkan pembukaan semula taman-taman rekreasi di negeri ini.
Berikutan perkhidmatan kereta api funikular tidak beroperasi dengan kapasiti maksimum selaras dengan SOP, tiada perkhidmatan kereta api di substesen disediakan kepada pendaki sebaliknya hanya perkhidmatan untuk turun serta naik di Stesen Tengah disediakan untuk pendaki.
SOP untuk norma baharu itu akan dikemas kini menerusi laman Facebook Penang Hill dan orang ramai boleh menghubungi talian 04-828 8880 atau e-mel ke inquiries@penanghill.gov.my untuk maklumat terkini.
Tatkala hati dilanda resah dan mahukan ketenangan buat seketika, kunjungan ke AVANI Sepang Goldcoast Resort pastinya melegakan. Hanya 45 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan 90 minit memandu dari pusat bandar Kuala Lumpur tidak mengambil masa yang lama untuk anda tiba ke sini.
Penulis berkesempatan bermalam di sini bagi merasai sejauh mana ketenangan yang diperkatakan. Setelah tiba, mata leka menyaksikan vila-vila mewah yang pastinya menawarkan keselesaan buat pengunjung. Tidak kurang itu susun atur perabot serta lantai kayu klasik melengkapi gaya resort mewah ini.
Wakil media berpeluang melawat beberapa ruang bilik yang terdapat di sini dan ternyata semuanya tampil eksklusif dengan dekorasi yang menarik. Selain itu kami juga dibawa melawat ke Avani Spa yang sering dikunjungi pengunjung. Istimewanya buat kami para media turut diberi rawatan urutan kaki bagi menghilangkan rasa stres.
Wakil media berpeluang melawat beberapa ruang bilik yang terdapat di sini dan ternyata semuanya tampil eksklusif dengan dekorasi yang menarik. Selain itu kami juga dibawa melawat ke Avani Spa yang sering dikunjungi pengunjung. Istimewanya buat kami para media turut diberi rawatan urutan kaki bagi menghilangkan rasa stres.
Panorama Avani Sepang Goldcoast Resort memang menakjubkan. Dari anjung lobi, kelihatan deretan vila mewah yang dibina di atas air. Kesemua 392 buah vila ini membentuk pokok kelapa sawit jika dilihat daripada udara. Menampilkan vila-vila atas air di Selat Melaka serta menawarkan sebuah kolam renang infiniti, spa dan pilihan restoran untuk menjamu selera.
Realitinya, ini ialah chalet terapung yang eksklusif dan memperlihatkan ciri-ciri reka bentuk Malaysia yang tersendiri. Pembangunan syurga pesisir pantai terpanjang di Asia ini meliputi kawasan muara Sepang Kecil dan Sepang Besar serta Pantai Bagan Lalang – Tanjung Rhu. Avani Sepang Gold Coast Resort juga menjanjikan sesuatu yang sangat unik dan istimewa merangkumi rumah kelab, bilik mesyuarat, pusat perniagaan, pusat rekreasi, pusat kesihatan, spa, gimnasium serta bilik penginapan yang menakjubkan di tengah laut Selat Melaka.
Nikmati bayu laut yang dingin serta pemandangan yang menakjubkan di ruang duduk luaran dan dalaman. Istimewa juga untuk ke bilik penginapan, anda dihantar dengan buggy. Jika sebagai pelawat biasa anda tidak mungkin dapat naik buggy ini apa lagi untuk meronda sekitar kawasan resort eksklusif ini.
Pengunjung boleh bersiar-siar di taman-taman berlandskap atau mendapatkan urutan yang menenangkan di spa. Manakala kemudahan-kemudahan rekreasi lain ialah seperti bicycle tour, gimnasium, smiley beach sports and activities seperti sailing, kayak, stand up paddle, windsurfing, cart sailing, speed sail, bocce ball, beach football, beach volleyball, sepak takraw, stretching, ping pong, darts dan lain-lain lagi. Disediakan juga yoga, power walk, kids club dan pelbagai pelbagai hiburan lain. Pendek kata, pengunjung tidak akan merasa rugi jika bertandang ke sini.
Menjamu selera
Bila Bila Restoran dan Buloh Bar menawarkan sajian sepanjang hari serta persekitaran yang santai untuk menjamu selera. Bagi pengalaman makan malam yang lebih intim, restoran Perahu dan restoran Stimbot menampilkan pemandangan indah bersama-sama dengan hidangan gourmet yang istimewa.
Cafe Sepoi-Sepoi pula memiliki aneka pilihan makanan dan minuman. Menunya terdiri daripada makanan Malaysia dan China. Dilihat daripada hiasan dalamannya Cafe Sepoi-Sepoi ini mengingatkan anda pada sebuah pondok besar dengan atap alang-alang rumbia. Dengan bentuk yang minimalis dan kafe ini sesuai bagi anda untuk bersantai sambil menikmati hembusan angin laut. Tentunya pengalaman bermalam di Avani Sepang Gold Coast Resort memberi memori yang sungguh bermakna buat penulis.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau berlibur di hujung minggu, pengalaman menonton filem di pawagam sering menjadi sebahagian daripada gaya hidup warga kota. Namun sebuah nama yang pernah menjadi...