Pulau Mawar, Mersing Lokasi Lihat Panorama ‘Bima Sakti’ Indah Di Langit

Share

Dalam setiap galaksi, terdapat berjuta-juta bintang yang masing-masing memancarkan cahayanya sendiri. Galaksi terletaknya sistem matahari, bumi dan bintang-bintang lain berada dinamakan Bima Sakti (Milky Way).

Salah satu syurga astronomer amatur dalam mengabadikan keindahan langit malam adalah Pantai Mersing, Johor. Keindahan pantai dan langit yang jauh dari pencemaran cahaya membolehkan langit malam lebih mudah dirakam dan diabadikan.

Melihat imej di langit yang terakam daripada lensa pastinya ramai menyangka ia fenomena angkasa di luar negara. Mungkin ada yang menyangkakan ia antara rakaman imej langit di kutub utara atau lokasi di negara tersohor dengan astrofotografi seperti di Australia dan Eropah. Sedangkan ia antara koleksi imej menarik langit di negara kita.

Imej-imej di bawah adalah hasil pencerapan & pengimejan Galaksi Bimasakti (Milky Way) yang dibuat oleh team Planetarium Negara di Pulau Mawar, Penyabong, Mersing Johor.

Orang ramai juga turut kongsikan beberapa imej Bima Sakti menarik yang berada di kawasan mereka sejak beberap hari ini.

IKLAN