Pulau Pinang menjangkakan bakal menyambut ketibaan pelancong menjelang suku tahun ketiga dan keempat tahun ini susulan penularan pandemik COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Keseniaan, Kebudayaan dan Warisan Pulau Pinang Yeoh Soon Hin berkata meskipun dikategorikan sebagai zon hijau, negeri itu masih berusaha membina semula industri pelancongannya.
"Kami hanya boleh menerima pelancong pada suku tahun ketiga dan keempat tahun ini kerana kami merancang untuk membina semula industri itu. Sekarang kami melaksanakan semua strategi dan perancangan untuk membolehkan kami bersedia bagi suku tahun ketiga dan keempat," katanya dalam sebuah Forum dalam talian.
Ads
Pulau Pinang sedang melaksanakan Strategi Pemulihan Berperingkat Pulau Pinang (PGRS) dengan prosedur operasi standard (SOP) yang amat ketat bagi membolehkan lebih banyak perniagaan memulakan operasi mereka. Jika terlalu ekstrem terhadap industri, kerajaan bimbang akan membunuh rakyat dan jika terlalu ekstrem ke atas kesihatan makan akan menjejaskan industri itu dalam jangka panjang.
Bagi industri perhotelan, SOP baharu sedang disusun untuk para pengusaha hotel dengan garis panduan yang menyeluruh sepanjang tempoh ini. Ada empat langkah pengawalan utama bagi hotel untuk diikuti apabila mereka memulakan operasi iaitu pengurusan orang ramai, pengurusan barisan, pengurusan tempat duduk dan pengurusan interaksi. SOP penganjuran acara di hotel juga perlu dikaji semula bagi mengelak perhimpunan besar.
Ads
Ads
Sebilangan pengusaha industri mungkin harus mengubah proses operasi mereka untuk menyesuaikan dengan persekitaran perniagaan baharu. Tetapi apa pun, kerajaan negeri menjamin akan bersama-sama pemain industir menghadapi krisis ini.
Terengganu akan memperkenalkan ‘pasar terapung’ sebagai satu lagi produk pelancongan sebagai tarikan terbaharu terutama kepada pengujung luar. Kuala Nerus ‘Floating Market’ dijangka akan menjadi destinasi tarikan yang pertama pasar terapung di negeri Terengganu.
Walaupun masih dalam peringkat cadangan namun lokasi di Seberang Takir adalah lokasi paling strategik untuk tujuan tersebut. Ini kerana, Seberang Takir mempunyai panorama yang agak indah untuk dilakukan aktiviti sebegini. Ditambah dengan kawasan yang berlatarkan jambatan angkat atau ‘drawbridge’ yang perlu dimanfaatkan.
Usaha yang dijangka menarik lebih ramai pelancong itu turut melibatkan perkhidmatan bot penambang sekali gus mampu mentransformasikan pengangkutan tradisi yang telah berusia lebih 60 tahun itu.
Penduduk tempatan negeri ini juga bakal menikmati suasana seperti berada di pasar terapung yang boleh didapati di Kampung Pulau Suri di Kelantan dan seperti pasar terapung Klong Hae di Hatyai.
Bagaimanapun, konsep pasar terapung Seberang Takir mungkin menampilkan sedikit kelainan daripada pasar terapung biasa dan ia masih belum diputuskan jawatankuasa terbabit.
Harap-harap cadangan ini cepatlah menjadi kenyataan. Zaman sekarang, apabila ada sesuatu destinasi yang menjadi tular pasti ramai akan datang ke lokasi tersebut.
Untuk kaki hiking, kalau inginkan pendakian yang unik dan best bolehlah ke Bukit Gemuk, Kijal, Kemaman dan hiking ke lokasi air terjun yang agak tersembunyi tapi cukup indah pemandangannya.
Pendakian untuk sampai ke Air Terjun Janda Mandi di Kijal ini perlu melalui laluan sejauh 900 meter. Menurut Aziera Dianza perjalanan untuk sampai ke Air Terjun yang kaya dengan cerita mitos itu tidak sedikitpun menimbulkan rasa bosan. Dengan pemandangan yang indah dan menarik, memang berbaloi mendaki untuk sampai ke situ.
Namun memandangkan sekarang musim hujan, wanita ini turut berpesan supaya yang ingin mendaki sepertinya ke tempat tersebut lebih berhati-hati kerana trail yang agak licin.
Ikuti perkongsiannya berserta gambar-gambar yang dirakam.
Short escape…. So hakak dengan member kasi layan trail Air Terjun Janda Mandi yang terletak di Bukit Gemuk, Kijal, Kemaman, Terengganu.
Subhanallah.. Air terjun setinggi hampir 90 meter itu sangat unik kerana aliran airnya mengalir terus ke laut menerusi Pantai Teluk Kalong..
Pendakian di laluan sejauh 900 meter yang sebahagian besarnya berbukit dan licin dan memakan masa purata 40 minit.. Tapi korang tak akan bosan sebab sepanjang perjalanan view memang sangat Indah dan menarik ..
Di sebalik keindahan, keunikan dan kesegaran Air Terjun Janda Mandi tersembunyi 1,001 cerita mitos dan mistik dahulu kala.
Nama Janda Mandi adalah mitos dari cerita seorang janda yang kematian suami nakhoda kapal dan kemudiannya singgah untuk mandi di air terjun ini dan dikatakan ghaib dengan tiba-tiba.. (Boleh google utk full story)
So ATJM memang sangat best..
Cuma kena berhati-hati sebab sekarang musim ujan..
Gua Damai terdiri daripada Gua Anjing, Gua Ichibawa, Gua Cili Padi, Gua Kristal & Gua Fig Tree. Gua ni dalam satu bukit yang sama dengan Batu Caves, cuma kurang diketahui umum…Sesuai bagi newbies macam saya…awak dah power lainlah..Baca lagi http://stg.libur.com.my/guadamai/#discoverselangor #guadamaiexploration #guadamaixpark #tombiruo
Posted by Majalah Libur on Wednesday, 11 October 2017
Video pendek eksplorasi Gua Damai
Apabila dapat jemputan dari Tourism Selangor dan Majlis Perbandaran Selayang bagi ekplorasi Gua Damai, saya terus Google Gua Damai.. Tak tahu pula ada gua area situ.
Carian di internet, kawasan ini popular dengan base jumping dan abseiling. Gua Damai Xtreme Park, sudah lama terkenal bagi base jumper seluruh dunia sejak 2008. Uniknya, ini satu-satunya lokasi base jumping dari puncak bukit setinggi 96m. Bagi terjunan seterusnya, penerjun naik semula dengan memasuki gua yang ada. Kawasan ini telah dibangunkan 10 tahun dahulu. Dalam peta, Gua Damai ni berkongsi satu bukit besar yang sama dengan Kuil Murugan Batu Caves, cuma Gua Damai di utara dan Batu Caves di selatan. Cuma tiada sistem gua yang terus ke Batu Caves. Rujuk gambar.
Ada lima gua di kawasan ini; Gua Anjing, Gua Ichibawa, Gua Cili Padi, Gua Fig Tree, dan Gua Kristal. Hanya empat gua dibuka kepada awam.
Gua Kristal hanya dibuka kepada pengkaji atau pelajar dalam jurusan berkenaan. Ini bagi memelihara gua tersebut yang dikatakan miliki dinding kristal begemerlapan apabila disuluh lampu.
Jenis gua di sini adalah limestone cave. Ia dipercayai berusia 65 juta tahun dan tiga kali lebih keras daripada konkrit. Gua di sini selamat dan tidak ada ular berbisa.
Acara disertai Yang Berhormat Tuan Amirudin bin Shari (Exco Kerajaan Selangor Pembangunan Belia, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Keusahawanan) beserta lebih 90 peserta dari Majlis Perbandaran Selayang, orang awam dan media.
Awal perjalanan, demo flying fox dilakukan. Dengan lintasan sepanjang 250m, menjadikan ia terpanjang di kawasan Lembah Klang. Ada perancangan menambah jarak ke 350m dalam masa terdekat.
Gua Ichibawa Ia dipercayai mendapat nama dari seorang bangsa Jepun yang menemuinya. Unik gua ini adalah separas permukaan laut.
Laluan masuk muat untuk seorang sahaja, kemudian meniarap sejauh tiga meter sebelum ruang gua lebih tinggi. Dalam gua ini terpelihara dengan stalaktik dan pembentukan siling gua seperti batu karang.
Berjalan jauh ke dalam membawa ke satu ruang luas. Terdapat satu tiang gua sebesar pemeluk dewasa. Nak tahu usia gua, ukur lilit tiang paling besar dalam gua. 1 cm sama dengan 60 tahun… So kiralah besar mana tiang tu….memang jenuh…
Ada satu bahagian dinding gua, aliran air dari siling gua membentuk seperti kawasan padi bukit di Indonesia dan Thailand. Berlopak air dan ada lereng. Cantik dan comel.
Gua Cili Padi Gua ini dahulu penuh dengan pokok cili padi. Nak ke gua ini, perlu mendaki lebih kurang 70m.
Gua ini mudah dimasuki. Ruang dalam sangat luas, mungkin lebih luas berbanding dewan badminton.
Di pintua gua, sudah terasa angin meniup. Masuk ke dalam dan lihat ruang siling gua, ada dua lubang besar dan cahaya masuk ke dalam. Sejuk dan cantik. Tinggi gua saya anggar sekitar 15-20 meter.
Dalam gua ini, menurut Pak Mus, ada pakej untuk tidur semalaman. Nak rasa pengalaman, boleh tanya Pak Mus…
Gua Fig Tree Trekking naik lagi untuk masuk ke gua ini. Ini gua paling mencabar. Nak masuk ke dalam, hanya muat seorang, dan terus turun menjunam. Di sini, perlu pakai harness dan cangkuk pada kabel besi di tepi gua.
Perlu lalu mungkin enam tangga curam. Saya beberapa kali tergelincir namun harness terikat padu bagi keselamatan.Laluan sempit, curam dan licin memang mencabar, tapi view dalam gua sangat hebat. Dalam gua ini, ada tiang gua yang sangat besar, dan stalaktik yang besar dan panjang. Ada juga gua kecil dan kelawar di sini. Turun lagi ke bawah, dapat lihat pintu gua besar, nampak kawasan padang dan bangunan. Pintu gua ini saya anggarkan selebar 30 x 20 meter. Dari dalam gua saya membanding kehebatan ciptaan Tuhan dan bangunan ciptaan manusia. Tidak terbanding langsung. Terlalu hebat.
Penghujung eksplorasi, peserta boleh memilih untuk turun secara abseiling atau ikut tangga tinggi ke bawah.
Bagi abseiling, perlu melompat ke seberang. Tinggi juga lihat ke bawah. Pintu gua untuk abseiling dianggar seluas 5×3 meter. Dari atas turun ke bawah, dianggar setinggi 50 meter.
Pengalaman saya, teroka gua ni sesuai bagi beginner macam saya. Seronok dan tak ambil masa terlalu lama untuk diterokai. Malah tak jauh dari tempat tinggal. Bagi yang tinggal di kawasan Kuala Lumpur / Selangor, gua ini sesuai diteroka.
Pakej untuk ekplorasi empat gua, flying fox, abseiling dan makan tengahari sekitar RM150. Bagi pelajar pula hanya RM85 seorang. Pakej 2hari 1 malam pula RM185 seorang. Tidur dalam Gua Cili Padi. Minima adalah 13 orang sekali trip.
Ada sesetengah mercu tanda yang cukup dikenali hanya melalui bentuknya. Tak perlu tengok nama negara pun, orang sudah boleh agak lokasi itu berada di...